Semoga kita semua diberi rahmat dan keberkatan ilmu dalam amalan seharian sebagai hamba..
Baru-baru ini saya berpeluang menghadiri bengkel pidato yang disampaikan oleh seorang guru yang hebat. Bengkel ini merupakan bengkel anjuran Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya(PBMUM).
Bercerita tentang Cikgu Hafezi, kagumnya saya pada beliau adalah kerana kepetahan beliau dalam pidato, dan rasa bertuah kerana beliau merupakan anak murid kepada Dato’ Syed Ahmad Syed Shamsuddin al-Saggof, penerima Sandang Citra Ageng Pidato Nusantara Dunia) yang mana Dato’ Syed Ahmad ini merupakan anak murid kepada guru yang juga dahulunya pernah mendidik Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) berpidato.
Baiklah..
Hari ini cukup saya berkongsi tentang perbezaan pidato dan Pengucapan Awam(PA) atau bahasa Inggerisnya PUBLIC SPEAKING terlebih dahulu. Memudahkan bicara :
- Pidato adalah warisan bangsa dan budaya nusantara (warisan nenek moyang kita) manakala PA pula berasal dari barat (warisan nenek moyang omputih)
- Pidato merupakan sejenis seni meluahkan kebijaksanaa (ilmu dan seni berfikir) yang menggunakan seni bahasa indah, untuk menambat , memukau, menarik dan mempengaruhi audiens.
- Manakala PA adalah lebih menjurus kepada teknik dan cara penyampaian.
Secara kesimpulan PA ini adalah merupakan SUB kepada pidato itu sendiri.
Kita lihat contoh mudah, ketepikan isu politikus nasional atau isu parti. Saya ingin membawa anda melihat kehebatan DSAI yang bijak berkata-kata sehinggakan setiap ceramah beliau pasti dihadiri hampir puluh ribuan audiens. Hebat bukan ? Antara sebabnya adalah kerana beliau hebat berpidato.
Rasulullah S.A.W adalah pakar pemidato terhebat dunia. Hebatnya pidato baginda sehingga mampu menyentuh setiap roh pejuang Badar, hebatnya pidato baginda sehingga Islam dahulunya menguasai dan tersebar hampir kepelosok dunia, dan sehingga hari ini ajaran Baginda tentang Wahyu keTuhanan segar dihati-hati hambaNYa. Allahuakbar !!
Semoga daripada 2 contoh di atas kita dapat memahami sedikit sebanyak aplikasi pidato dalam kehidupan.
” Kalimah yang baik adalah seperti pokok yang baik, akarnya yang teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit.” ( Ibrahim:24)
” Dan demi sesungguhnya Kami sampaikan kata-kata Kami kepada mereka supaya mereka beroleh peringatan lalu beriman.” ( Al-Qasas:51)
Dan 2 lagi dalil di atas kita jadikan sebagai semangat untuk mula belajar berpidato. Jika mahu berdakwah, atau berucap atas pentas, ataupun sekecil-kecil membuat pembentangan dalam kelas, dan diselami dengan seni kemahiran ikhlas ini, pasti setiap dari butiran kata-kata kita akan memberi kesan yang mendalam pada hati-hati yang mendengar.
Perkataan kalimah yang baik, dan sampaikan kata-kata bagi dua surah di atas memberi penekanan terhadap pentingnya cara komunikasi yang berhikmah dan berkesan untuk setiap khalifah di muka bumi ALLAH ini.
Pidato juga penting untuk PENDIDIK seperti saya !
11 comments:
Salam pidato buat saudari ayuni...
Sungguh menarik artikel ni. pd pendpt ana, bagi mereka yg ada bakat semulajadi utk berckp dgn baik di khalayak ramai, mereka bertuah kerana ALLAH telah menyediakn pedang utk mereka dan hanya menunggu utk diasah (dilatih) utk berjuang di pentas pidato...namun bagi mereka yg kurg ckit dalam aspek komunikasinya utk mnjd pemidato yg baik, mereka perlulah bekerja lebih kuat...Betul,pidato ini pntg utk kita sbg org yg ingin menyebarkn dakwah dan juga sbg org nusantara yg ingin mengembalikan kegemilangan NUSANTARA di seantero dunia. Biar kita bermegah dgn bahsa kita sndiri agar ia tidak luput ditelan zamn...tu je kot. Ana bukan pendebat/pemidato yg hebat, tapi ana berkeinginan utk belajar mnjd hebat...TQ
shohwatul_islam..
bersemangatnya.. pidato ni bukan ilmu yang hanya boleh dipelajari oleh orang tertentu. Semua perlu belajar ilmu ini.
Insya ALLAH dakwah semakin mantap dan berkesan..
syukran
salam...akak syg...
sy xtahu pun ttg tajuk utk jd moderator mlm nti...
tarikhny pulak telah ditukar...
hehhehe...
ilmu bercakap dgn self-esteem yg tinggi perlu ada dan dimiliki semua..
x per..x per..utk yg x mahir lg..benda ni semua bleh pupuk n belajar..jgn risau ya...
selagi hayat dikandung badan, selagi tu kita kena tuntut ilmu...
insyaALLAH..smoga redha ALLAH bersama-sama kita semua..
jap dik..
sabaq na..
x berat..
Ha.. syakila wajib kena belajaq pidato ni..
Biaq cakap kedah bagi bergegaq sket dewan kuliah..
kan da bersemangat cakap dalam meeting...hehe semangat !! aja aja fighting !
salam..
akak...
ajar la ekin cmne...
itula msalah ekin wat mase ni..
xde idea dan xdpt nk menyampaikn ape yg ekin nk ckp bile dpn org..
tp klu untk bg komen cmni ade plak idea..plekla..
hmm xsemua org smpurnakn..
ekin trima..
tp ekin nk blaja gak..
manusia scara normal akn blaja dr kelemahan dia untk mmprbaiki diri..
so,doakn la ekin..
smoga kita sume di jalan yg diredhai olehNya sntiasa..
salam..tahniah untuk anda...cikgu hafezi
ekin...
akak dapat rasa ekin punya kehebatan adalah pada tulisan..
dik kalau bab2 mengarang ni memang hebat la akak tengok...
teruskan usaha anda duhai adindaku..
aceceh..
cikgu hafezi....
cikgu hafezi ke ?
salam..gunakan ilmu kalam ini dengan baik. jika tidak diguna akan 'mentah' dan'beku' namun gunakan secara hikmah...salam...
cikgu hafezi...
ana x sabar nak tunggu next class...
hopefully next sem..
andai PBUM x buat..
ana sendiri akan ke sana..
doakan 100% ikhlas..hehe
salam...insyaAllah semester akan datang mungkin kelas bersiri (kuliah pidato bersiri akan diadakan) di Um...bahkan saya jemput juga pada semua ke kuliah pidato nusantara di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras jam 9 sehingga sebelas malam pada setiap rabu. (Shah Alam isnin malam selasa di Pusat kebudayaan dan Sukan seksyen 7) semuanya bersama Guru Utama, Dato Syed.Untuk kelas di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia dan Pusat Asasi Sains UIA Pj akan berlangsung juga secara berkala dan siminta hadir (di bawah kuliah saya sendiri). cikgu hafezi
Post a Comment