Monday, October 27, 2008

MAWI ! KELUAR SEKARANG !



“Keluar sekarang ! sekarang !” tengking Ekin, marahnya membuak-buak. ”Buat apa kat tandas perempuan ni?” Mawi lari seperti lipas kudung, menyedari dirinya ditengking dengan kuat.

...............

Hari itu, kecoh satu sekolah apabila berita seorang pelajar lelaki curi-curi masuk ke dalam tandas perempuan tersebar. Mawi dipanggil oleh guru disiplin atas tindakannya yang amat memalukan malah mencurigakan.

Sepanjang perjalanan Mawi pulang ke rumah, dia diejek oleh pelajar yang turut berjalan kaki pulang, ada yang membalingnya dengan batu kelikir jalan, dan ada yang meludahnya sambil menaiki basikal.

Mawi jalan tertunduk-tunduk, sambil menggalas beg yang penuh dengan buku. Mawi mengeluh. Tiba sahaja di rumah, ”Mawi, ambilkan lampin adik, lepas tu buang sampah. Aku nak engkau pergi rumah Mak Nab mintak duit untuk beli susu adik,” Ibu Mawi memberi arahan, belum sempat Mawi meletakkan beg, menghilangkan penat. Namun diturutkan kata ibunya.

Keesokan harinya, guru kelasnya memulangkan buku latihan. Didapati Mawi tidak membuat kerja sekolahnya, malah pembetulan yang sepatutnya dilakukan langsung tidak disentuh Mawi.

Jika anda merupakan guru kelas Mawi, apakah tindakan anda ?

14 comments:

ShohwatuL_Islam said...

Menarik skali cerita ni..
Ana begitu simpati pada MAwi..
Andaikata beginilah kehidupan yg Mawi hadapi..Mawi umur berapa yek?
Remaja mahupun kanak2,sebagai guru kita perlu peka kpd keadaan/latar belakang pelajar kita...mungkin Mawi masuk tandas perempuan secara x sengaja..Itulah gunanya siasat terlebih dahulu,jgn main serkap jarang jer...Mawi juga perlu dibantu kehidupannya.

Balik rumah dah disuruh pelbagai perkara...Ibunya tidak memahami. Jiwa remaja perlu dijaga agar tidak terpengaruh dgn perkara2 liar...Tapi itulah hakikat yg perlu diterima pada DUNIA skrg...Pendek kata GURU BERPERANAN UTK CAKNA pd pelajarnya....

Penuntut bidang perguruan (^_^)....

ShohwatuL_Islam said...

Pelajar itu ibarat kain putih...
Guru berperanan mencorakkannya
Apalah erti hidup sebagai guru
Andai tidak mampu memdidik mereka
menjadi insan berguna...

Inilah jihad besar seorg GURU...
PROUD TO BE A TEACHER....

ShohwatuL_Islam said...

Mawi ni...tak sabar nak tunggu bulan Disember ni kot..Tulah, suruh kawin awal tak nak..tgk Ina tu...hehe
Saje jer..

Shukstarz said...

what your purpose??
klu i jd cikgu die, ckp kt die,
"mawi, wat persembahan kt depan kelas blh??"hahahaha..
pastu belanja saya makan!!!
hahahaha

qudwaH_Humaira' said...

Shohwatul_Islam

Kadang guru kurang menekankan pendaekatan psikologi terhadap pelajar..

Sedang pembelajaran tidak patut disekat hanya di bilik darjah..

Setuju x kalau ana kata berhadapan dengan pelajar zaman sekarang lebih mencabar ?

qudwaH_Humaira' said...

Shohwatul_Islam..

Hehe..
Jihad nak jadi seorang pendidik..
Bagus...
Susah nak dengar dari mulut nti ni
Ana doakan nti dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi seperti yang nti idam2kan..

dapat ilmu tu yang penting..
ana x puas hati betul kalau ada orang x suka pendidik ni..

nak cubit je rasa nya...
huhu

qudwaH_Humaira' said...

shuk_devdas

abang shukor...
mula-mula bila abang shukor ngadu x reti nak mengajar and nak tarik minat student, berdebar juga nanti nak buat LM..

Syabas kepada cikgu...

Apa yang cikgu shukor cuba sampaikan melalui persembahan kat depan tu ye ?

Bole perjelaskan lagi ?

nuwairahsafwa said...

hmmm ntahla..
klu ekin x trpk plak nk watpe..
sbb xde jiwa nk jd ckgu kn..
huhuhuhu...
cube la tanye kpd yg lbh pakar..
hehehe..
k.shi plak xde komen ke??
emm mmg brat tggjwb nk jd seorg guru..
kene byk sabar..
ingat ye,SABAR XDE TAHAP..
akak jgk yg mngingatkn ekin ar tu..
so skrg ekin akn ingatkn akak blek..
perasaan marah berasal drpd api..
dan ingt,syaitan brasal drpd api..
jd sudh tntu syaitan suke akn org yg dlm keadaan sedg marah..
hmm 2 je la kot advice sket..hehehe...
ape2 pon,chaiyok!!!
moga dpt jd guru yg cemerlang,briman dan bramal soleh

qudwaH_Humaira' said...

nuwairahsafwa..

alhamdulillah..
mantap isinya tu..
insya ALLAH...
rujuk balik surah asy-syura..

moga dalam keberkatan..

Anonymous said...

jika jadi guru ye...dalam kelas, usah malukan mawi. senyap dan kemudian akhir kelas jumpa sebentar. Kesalahan yang berturut-turut dilakukan pasti ada sebab disebaliknya. usah terus menghukum. Selidiki dan cuba selesaikan dengan cara yang berhemah...

mawi mungkin tertekan kerana masalah keluarganya... mungkin ayahnya sudah tiada (tidak disebut ayahnya dalam cerita ini) atau ayahnya tidak ada untuk menemaninya.

jika jadi cikgu mawi, ana akan dekatinya dengan kasih sayang seorang guru. bukan kasih sayang seorang guru disiplin.

anak2 murid lebih mudah didekati kalau kita faham hatinya. Pembentukan insan itu lebih mudah dicanai jika kita mendekatinya...

sekarang kata2 kosong seorang yang bukan guru...maaf kalau pendapat tak bernas.

Anonymous said...

salam...em, satuju sangat ngan shohwatul_islam. sebgai guru kita kena sekidik n siasat dulu nape anak urid kita baut sesuatu menda tu yang mungin salah pada pandangan kita. n yang pasti kita kena didik anak-anak murid kita dengan berhikmah dan sentiasa beri peluang kepada mereka agar berubah...sbb, stiap kata-kata guru adalah doa kan...
selamat bberjuang semua...

Shahidah said...

hm..
pertama kali m'baca cerita ni, terasa seperti realiti yg memang ada di sekitar kita. mungkin kita boleh mengatakan kita mahu belajar memahami murid2 seperti mawi sebelum kita membuat keputusan seterusnya.

tapi, sejauh manakah guru2 mampu menimbang pelbagai tugasan yang diajukan oleh pihak pentadbiran, urusan rumah tangga dan hal-hal "kecil" seperti ini? dalam perkara ini, certain things tidak dapat tidak akan diabaikan.

kita lihat sahaja zaman sekarang, para guru diberi tugasan melebihi kemampuan mereka. dengan pelbagai t/jwb yang diamanahkan oleh pihak pentadbiran, ditambah lagi dengan kerenah anak2 murid yang pelbagai (purata 40 org murid 1 kelas, jika ada 5 kelas yang perlu diajar?), selama manakah guru2 ini dapat bertahan drp tidak terus serkap jarang @ memarahi mawi?

dalam persoalan ini, sy yakin jawapannya neutral; tidak ada yang tepat, mahupun yg salah. apa yg diharapkan agar guru2 sentiasa mempunyai rasa t/jwb dan belas ihsan kpd anak murid mereka. seperti mana guru2 saya; sehingga kini saya amat menyayangi mereka..

kepada bakal2 guru, tambahkan ilmu, lapangkan fikiran dan sentiasa berfikiran positif. kisah mawi hanyalah secebis dr kisah kehidupan manusia. akan anda temui dengan kisah2 yg x pernah didengar mahupun diketahui. ketahuilah, kerjaya Guru adalah kerjaya Mulia. all the best Teachers! ^^
p/s: sori pjg sgt... =D

qudwaH_Humaira' said...

shahidah

ahlan wasahlan...
secara teorinya mudah..

sebab itu guru yang berjaya adalah guru yang membuang segala urusan peribadi ketika sahaja melangkah ke dalam kelas...

and the point here..
ini adalah cabaran untuk semua pendidik..
sebab kita menyampaikan bukan untuk ilmu semata2..tapi untuk bentuk jiwa2..

cikguwawa said...

Assalamualaikum,
Yuni, sebagai guru, saya rasa ini masalah cliche, tergelak saya baca ur frens yang caring suruh teachers jgn marah2,ask first dll, well picture reality- you only have 40 minutes to teach-during that 40 minutes-u have to -pastikan dustbin bersih ke tidak, sampah ada ke tidak,homework dah siap ke blum? belum lg masuk set induksi bla,bla,bla n dun forget refleksi- not to mention pengayaan or pengukuhan-40 minutes? Welcome to the real world honey...