Thursday, August 14, 2008

MELAYU ISLAM ITU INDAH

Kali ini saya ingin berkongsi satu pengalaman yang baru sahaja saya perolehi. Selepas tamat sahaja kelas pagi tadi, saya menerima sms daripada seorang rakan yang mengajak saya untuk menghadiri satu syarahan umum yang diadakan di Pusat Dialog Peradaban. Kebetulan, kelas sesi pagi itu baru sahaja tamat, saya terus melangkah ke tempat seperti yang dimaklumkan.

Hari ini saya berkenalan dengan seorang ilmuan Melayu hebat Y.M. Dr. Tengku Nasyaruddin s. Effendy atau lebih mesra dipanggil Bapak Tenas Effendi, yang merupakan Pakar Bahasa, Budaya, Sastera dan Adat Istiadat Melayu- Indonesia. Tertariknya saya terhadap syarahan beliau adalah pada keindahan kata-kata dan kearifan beliau terhadap budaya Melayu Islam.

Antara perkongsian pengalaman yang dikongsi bersama, Bapak Tenas menceritakan tentang pertemuan beliau dengan penduduk di Riau yang dahulunya menganut kepercayaan animisme. Beliau dilayan ”bermacam-macam” (ayat yang sering Pak Tenas gunakan), dengan sirihnya, rokoknya, dengan hidangan makanannya, apabila diajaknya tuan rumah kepada Islam, tuan rumah tersebut diam.

Diam yang lama..Dan akhirnya memulakan bicara, ” Di kampung ini, rumah tiada berpagar, pintu tiada berkunci, nah pula tingkap tiada bertutup, namun tidak pernah ada kehilangan barang di rumah-rumah, terus jika di masjid, sepatu dibawa pulangnya sudah tiada lagi.” Bagitulah respon yang diberikan oleh tuan rumah. Keindahan Islam itu hilang dari mata mereka kerana penerapan sebenar Islam ke dalam masyarakat melayu seperti tidak berlaku.

Pak Tenas juga memperkatakan tentang masjid hari ini yang sehingga mempunyai papan tanda bertulis ” Sila jaga barang anda, kecurian mungkin berlaku”, yang beliau rasakan tidak perlu wujud di dalam rumah ALLAH. Saya terus mendengar. Pak Tenas merungkai betapa keindahan budaya Melayu yang pada awalnya diterapkan nilai Hindu dan Buddha, apabila Islam datang, Islam membawa masyarakat Melayu ke arah kehidupan sebenar, dan menghapus amalan-amalan syirik dengan membawa amalan-amalan tersebut yang mengikut syariat sebenar.

Satu perkara baru yang saya pelajari ialah berkaitan asal usul Baju Kurung. Jika dahulu pakaian wanita melayu lehernya dibuat Cekak Musang dan Telok Belanga yang asalnya merupakan penerapan nilai agama Budhha dan Hindu, Islam memberi nafas baru terhadap tradisi ini dengan 3 aspek iaitu, tidak nipis, tidak ketat, dan tidak jarang. Nama Baju Kurung itu adalah simbolik bagi pakaian telah dikurung oleh syariat dan dikongkong oleh adat. Sungguh menarik.

Pak Tenas juga ada menyentuh betapa keutuhan falsafah Ungkapan Melayu menggambarkan orang Melayu Islam itu sebenarnya menyediakan minda dan kearifan (wisdom)nya sendiri bagi menangani berbagai pancaroba semasa, seperti cabaran perpaduan, ekonomi dan pembangunan serta intelektual.

Sebagai contoh, jika orang Melayu Islam itu menerima tamu yang bertandang ke rumah, tuan rumah akan berusaha menyediakan makanan yang paling enak ! Walaupun sebenarnya rumah tidak mempunyai susu atau makanan, tuan rumah akan keluar ikut pintu belakang meminta pada jiran tetangga makanan untuk dihidangkan. Dan jika mereka benar-benar kehabisan makanan, pertanyaan ” tuan, sudah makan ?” akan diajukan kepada tetamu dengan penuh rasa rendah diri, dan automatik tamu itu akan menjawab ”sudah” (walaupun perut lapar sangat, tamu itu memahami bahawa tuan rumah tiada makanan). Indahnya budaya kita. Budaya Melayu mengajar kita untuk sentiasa bersopan santun, menjaga hati saudara kita, dan jelas amalan ini amat dituntut oleh Islam itu sendiri.

* (#rßç6ôã$#ur ©!$# Ÿwur (#qä.ÎŽô³è@ ¾ÏmÎ/ $\«øx© ( Èûøït$Î!ºuqø9$$Î/ur $YZ»|¡ômÎ) ÉÎ/ur 4n1öà)ø9$# 4yJ»tGuŠø9$#ur ÈûüÅ3»|¡yJø9$#ur Í$pgø:$#ur ÏŒ 4n1öà)ø9$# Í$pgø:$#ur É=ãYàfø9$# É=Ïm$¢Á9$#ur É=/Zyfø9$$Î/ Èûøó$#ur È@Î6¡¡9$# $tBur ôMs3n=tB öNä3ãZ»yJ÷ƒr& 3 ¨bÎ) ©!$# Ÿw =Ïtä `tB tb%Ÿ2 Zw$tFøƒèC #·qãsù ÇÌÏÈ

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. ( An-Nisa’: 36)

Pak Tenas turut berkongsi kebimbangan beliau terhadap penilaian budaya melayu yang semakin terhakis dikalangan generasi muda hari ini. Tiada rasa hormat terhadap orang tua, tidak menjaga adab percakapan dan sombong. Namun hari ini kita masih dapat melihat keindahan budaya yang dipegang erat oleh masyarakat Melayu Riau dan beberapa bangsa lain di Indonesia. Saya juga amat tertarik dengan kesopanan dan kelembutan masyarakat Sunda yang ayu dan amat menyenangkan.

Sebagai kesimpulan, saya ingin ketengahkan amanah yang perlu digalas, iaitu didikan terhadap generasi muda, malahan anak dalam kandungan lagi perlu mula diberi didikan Islam dan keindahan budaya Melayu. Saya bangga menjadi orang Melayu Islam.


Tenang-tenang air dilaut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah tepaku didalam hati

Dari Daik pilang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

9 comments:

Anonymous said...

bila mana islam itu hilang dari orang melayu, kita akan tercari2 nilai yang baik dari orang2 asing... silap dalam pencarian, akan berjumpalah dengan nilai2 lain sprt hedonisme, liberalisme dll isme yang bukan datang dari Islam itu sendiri.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ShohwatuL_Islam said...

Satu artikel yg bagus...Ia mampu membuka minda individu yg memegang title "MELAYU MUDAH LUPA...". Tahniah

qudwaH_Humaira' said...

to anwar yassin:

betul tu...ana setuju ngan pendapat nta..emm..ana betul2 na dalami budaya melayu la..ana rasa ana pun x cukup menghayati budaya melayu tu sendiri..

qudwaH_Humaira' said...

to shohwatul_islam:

hehe..rumate yang bagus..
macamni la rumate yang penyayang..
nti..maksud nti tentang individu tu ape ye ?

ShohwatuL_Islam said...

Individu tu maksudnya seseorg or sekumpulan org yg bodoh sombong yg tak tahu menilai permata yg terdapat dalam budaya MeLayu Islam tu sendiri. Walaupun dalam kamus oxford(kalau x silap analah)melayu tu maksudnya malas, itu bukan bermakna kita perlu mengiakannya.Malah tanggungjawb kita adalah utk menangkis segala tohmahan yg melulu pd MElayu Islam...

Anonymous said...

kita tidak dapat lari dari istilah melayu, kerana darah daging kita memang adalah darah daging melayu(bagi mereka yg berketurunan melayu), cuma apa yang kita perlu larikan adalah semangat taksub keterlaluan pada bangsa serta mengutamakan bangsa dari agama... Agak salah disitu...

p/s : nak entri baru... ;)

sHi said...

salam buat qudwah humaira,

jazakillah~
byk yg akak blaja dari recent post dlm blog ni especially pasal asal usul baju kurung..hehe.

marilah kita sama2 trus menulis tuk kejayaan Muslim ummah! sama2 kite gemilangkan semula Islam ye!

Firman Allah:
Perumpamaan bagi orang yg menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yg menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah 2:261)

*feel free to visit my blog juga ye. ukhwah fillah~

qudwaH_Humaira' said...

to kak shi:

gemilangkan melayu-islam dengan akhlak adalah yang paling baik kan akak..sebab Rasulullah dulu dapat menarik ramai kafir kepada Islam kerana keindahan akhlaknya.. sama-sama lah kita berusaha ke arah akhlak mulia..

aye da lawat juga tadi blog akak..
pink lagi tu..
lebih banyak baca post kat blog akak..lebih aye mengenali akak..
hehe..akak cute