Thursday, August 7, 2008

KONVOKESYEN 2008, TAHNIAH KEPADA SEMUA KEKANDA KU

Petang yang hujan.Hujan nya luar biasa, seloroh seorang kekanda, inilah kali pertama majlis konvokesyen dalam keadaan berhujan. Hujan rahmat insya ALLAH Namun, fenomena hujan ini tidak menghalang ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai daripada terus menanti di luar Dewan Konvokesyen, iaitu Dewan Tunku Canselor.

Petang ini, merupakan majlis graduasi pelajar sains. Wajah mereka pelbagai, ada yang gembira, yang dikejutkan dengan kain rentang oleh rakan-rakan kampus, menangis, tidak ketinggalan juga mereka sibuk bergambar dengan keluarga. Saya juga tidak melepaskan peluang menanti di luar dewan.

Jika di campurkan setakat ini, saya tidak pernah miss lagi untuk meraikan kekanda-kekanda yang akan grad ni. Kami akan berpakat membeli hadiah dan adakan majlis makan kecil-kecilan. Di situlah ukhwah antara kami diekspresikan. Kekanda inilah tempat rujukan saya ketika bergelar pelajar baru. Mereka memberi nasihat, menyayangi, dan belanja makan juga.(^_^)

Kejayaan mereka mengkagumkan apabila kebanyakan mereka mendapat pointer yang tinggi walaupun merupakan pelajar yanga aktif di kolej juga fakulti. Saya menjadikan mereka contoh terbaik. Ada antara mereka yang kini menyambung pelajaran di peringkat master malah ada yang terus mendapat kerja.Alhamdulillah.

Tahniah diucapkan kepada semua kekanda-kekanda ku..

Moga kalian terus berjaya..

Ya ALLAH...
Pasti aku akan merindui kekanda-kekandaku..
Kau peliharalah diriku..
Ku ingin akhlakku seperti mereka..
Seperti prihatinnya mereka kepadaku..
Seperti baiknya mereka kepadaku..
Seperti sayangnya mereka kepadaku...

3 comments:

Noor Aimie said...

u forgot something my dear.. u din come to my convo last year.. remember? really sad..=(

qudwaH_Humaira' said...

akak..
aye x datang ek ?
akak mane ni ? huhu

nuar said...

tahniah kepada semua yang akan grad sem ni. tahniah buat semua graduan di UM dan UIAM. (^_^)