Wednesday, March 16, 2011

MERANGSANG DENGAN PUJIAN


Belajar mengenali manusia adalah satu nikmat indah yang Allah berikan apabila berada dalam dunia pendidikan. Maaflah, saya tidak dapat berhenti lagi menikmati dunia mendidik ini sehingga turutan post saya masih berada dalam kisaran yang sama..


Alhamdulillah. Hebat Allah dalam mengatur hambaNya, sehingga saya merasakan betapa indahnya kasih sayang Allah !


Saya selalu berpesan pada diri saya harus mengubah diri dan tidak goyah dek kata yang tidak membina. Begini, saya memasang tekad dalam diri untuk mula merangsang pelajar-pelajar saya dalam momentum awal sebagai guru.


Telahan awal yang biasanya akan diperoleh “ biasalah, guru baru, berkobar-kobar, persediaan mengajar nya hebat. Nanti bila dah mula sibuk, tidak lagi begitu” kata-kata ini saya tolak tepi bulat-bulat tidak mahu menoleh.


Setuju dengan saya apabila saya katakan momentum awal inilah yang akan menentukan langkah seterusnya dalam mendidik anak muda itu.
Oleh itu, saya tidak mahu mereka atau saya yang menentukan nasib saya selain Allah!


Kemudian datang satu lagi telahan “ Budak-budak sekolah ni, tak boleh nak dididik lagi, kurang ajar nya melampau, akak ajar dan balik rumah, dia nak belajar atau tidak, akak malas campur.” Saya senyum lagi dalam hati.


Ianya sukar ya menjadi orang baru. Saya tidak mahu terburu-buru dalam karier indah ini, lalu saya mengambil keputusan untuk kurangkan bercakap dan banyakkan bertindak. Dengan langkah yang mungkin kecil namun berkat doa dan keyakinan pada Allah akan berikan kesan mendalam.


Saya usahakan ini. Pernah saya rungkai latar belakang majoriti anak muda ini, mereka adalah anak pendatang, jika anak tempatan kebanyakan mereka dari keluarga tidak mampu, pulang sahaja dari sekolah, mereka mula menyalin pakaian untuk bekerja demi menampung wang belanja rumah. Jika tidak pun, mereka mungkin adalah anak-anak muda yang kurang mendapat perhatian daripada ibu dan ayah, didikan agama sebaiknya.


Melihat keadaan ini, saya mengambil langkah untuk merangsang jiwa mereka dengan memberi pujian di akhir tandatangan setiap nota dan latihan yang mereka siapkan, kata-kata rangsangan setiapkali Allah kurniakan peluang bersama mereka(ditambah dengan beberapa sesi pencerahan dari guru-guru hebat sekolah tersebut)


“ Dear XXXX,

I love to see your writing. You know what, I belief that you are smart, and just need more passion. Then, you will be surprised how awesome you are! ^__^”

“ Dear YYYY,

Cikgu suka melihat garisan menggunakan pen yang berlainan warna dalam nota kamu. Sungguh lurus! Cikgu percaya kamu telah bersungguh-sungguh menyiapkannya walaupun kamu sibuk membantu ibu kamu bekerja. Kamu pasti boleh berjaya jika kekalkan sikap ini. Jangan putus asa!^__^”

“Dear UUU,

I’m sad because you didn’t focus in my class today, are you ok dear? I love to see you giving responses when I asked about hormone, do you still remember? Please keep that attitude. Aja aja ! ^__^”


Segala puji bagi Allah,

Walaupun mungkin tidak semua daripada 100 pelajar yang saya ajar merasai kesan kekuatan pujian ini, namun saya yakin pada Allah yang Menggenggam hati-hati ada antara mereka yang mula memahami isi pujian ini.


Sehingga minggu sebelum cuti sekolah bermula, usai Ujian Penilaian pertama sekolah, saya masuk mengawasi kelas saya sendiri untuk subjek Matematik Tambahan, saya terlihat seorang pelajar cina matanya merah ketika saya mengutip kertas ujian mereka.


“ Teacher, saya minta maaf, saya tidak dapat jawab soalan tadi. Saya janji saya akan belajar lagi selepas ini”

Allah. Dia menangis sebab tak dapat jawab ka?


Dan saya mula mendapat feedback yang baik pelajar dari kelas-kelas akhir (semua gagal subjek Sains untuk Penilaian 1) bahawa ada yang mula ingin belajar dengan bersungguh-sungguh.

Hebat Allah!

Ada yang mula mahu melangkah, dan ada yang masih lena.


Saya kongsikan langkah kecil ini dengan harapan ia menjadi kekuatan dalam diri sebagai pendidik walaupun mungkin saya sendiri kadang masih gagal memberi kekuatan itu dalam diri saya sendiri. Saya mahu mampu!


Dan ini satu daripada langkah kecil. Masih banyak lagi yang perlu saya teroka. Insya Allah. Yakin dengan Allah!

10 comments:

asrar said...

sayang aye...rindu aye...

bestnye jadi anak murid cikgu ayuni...(^_<)q

banyak manfaat jadi seorang pendidik ni.jannah juga pernah jadi pendidik bagi anak2 kecil...tapi jannah gagal gunakan peluang sebaiknya utk didik mereka...byk lagi yg jannah perlu belajar.

syukran aye...post2 aye jadi panduan utk jannah...(^_^)

kemboja putih said...

HIDAYAH itu milik ALLAH selamanya..Tapi langkah2 kecil inilah yg akan membantu anak2 kecil belajar dari merangkak hingga berlari mencariNYA..Moga usaha pendidik ini menjadi bukti di sana nnt ^_^...

Unknown said...

nice !

Isra' Nailofar said...

itulah peranan psikologi terhadap makhluk yang bernama manusia. Bagaimana kita mahu menyentuh hingga ke dasar hati and make difference in others life

Anonymous said...

dulu semasa di ting 2-5 juga dapat berknln dgn guru yang sma spt ini,pendekatan yang sma,mmg btul kmi pd msa tu mula ttrik hti dgnnya,perubhn positif byk yang kmi cb tonjlkn kesan dri pndktnnya,namun slps bepish dgn gru tsbt ,stlh bgtu tbiasa bersama ,terasa tidak akn ada lg gru sptnya.msa ini terasa btapa dr ini brtuah krn bpluang mjd ank didiknya.tpi hri ini,slps mbca hsil nukiln yang ikhls bg sy,ternyta masih ada lagi insn spt gru sy..:D

Unknown said...

Ayuni,

Nice to hear this from you. Keep it up girl!

Anonymous said...

pujian atau term psikologinya kita pggl positive reinforcement....taktik yg sgt hebat kak.....teruskan usaha yea....seronok bace blog akak... byk info dan nasihat yg rilex tp melekat d hati....

fit@blonc said...

"....walaupun mungkin saya sendiri kadang masih gagal memberi kekuatan itu dalam diri saya sendiri. Saya mahu mampu!"

lama x singgah sini
teruskan optimis dan berfikiran positif dari sebelum bergelar guru

Taqiyyuddin said...

Bagus..Mmg fitrah pelajar @ murid kita utk menerima pujian dari guru walau benda yang diaorang buat tu nmpk kecil pd pandangan kita..Ni salah satu pendekatan utk guru menarik minat pelajar utk belajar..Murid yg malas dan nakal mampu berubah jadi rajin bila menerima pujian dan penghargaan dari guru..Motivasi jeni ni (intrinsik) lebih berkesan utk jangka masa yg panjang berbanding motivasi extrinsik..:-) Keep it up dlm pengajaran Cikgu Ayuni..

KhaiRuLe171 said...

bagus sgt cdgn kak tu..perang psikologi la katakn..mmg cara ni snanya mampu memupuk miat dan mnaikkan paradigma kanak2 tmbh2 ank2 murid kak..moga tros berjaya dlm mendidik ank bgsa mnjadi insan yg berguna di masa depan kelak..