“Kenapa langit biru pada siang hari?” cuba menduga mereka.. Mereka lama diam mencari jawapan atau sahaja sebenarnya takut bersuara kerana tidak yakin dengan jawapan.
“Sebab dia warna biru lah cikgu !” jawab seorang pelajar memecah kesunyian..terburai ketawa rakan-rakan yang lain.
“langit warna biru sebab dia pantulkan warna air laut kan cikgu? “ seorang lagi cuba meneka. Dan saya rasakan tekaan itu adalah apa yang telah dia terima sekian lama.
“Kenapa langit merah oren-oren gitu pada waktu senja?” Tanya saya lagi cuba menambahkan kekusutan mereka..
Adakah anda juga tahu mengapa kita dapat menghayati biru dan merahnya langit ?
Pernah saya memberhentikan kereta di tepi sebuah taman, usai pulang dari satu program..semata-mata untuk merenung langit. Berhenti dan menilai setiap persoalan disebalik soalan anak didik..
“Cikgu, kenapa cikgu cakap langit biru, tapi saya nampak ianya warna putih?”
“Cikgu, kenapa kita tak dapat lihat apa yang ada disebalik langit?”
“Cikgu, kenapa kalau hujan, langit gelap warna hitam ?”
“Cikgu, kenapa langit warna biru dan bukan warna lain ?”
Bagaimana untuk mengajak mereka kepada persoalan utama kehidupan..Kadang inilah yang cukup memberatkan saya. Dengan keterbatasan ilmu, saya juga perlu mencari jalan bagaimana untuk mengarahkan setiap persoalan mereka kepada jawapan yang sepatutnya..
Ia sama seperti persoalan kehidupan.. apabila insan lain melihat kehidupan daripada kaca mata mereka, sejelas mana mereka dengan apa yang mereka mahu dan tahu, sejelas itu jugalah mereka akan melalui detik dan usia mereka.
Adakah cukup dengan jawapan bahawa putih yang dilihat bukan langit tetapi awan, atau keterbatasan mata kita tidak dapat melihat objek jauh adalah asbab kita tidak dapat melihat disebalik langit, atau yang gelap itu adalah awan hitam yang dipenuhi air dan cas berat, atau cukup sekadar menerangkan prinsip penyelerakan cahaya (light scaterring) keatas kesan fenomena matahari terbit dan terbenam ? bagi saya ianya tidak mencukupi..
“Bayangkan jika kita hanya ada 1 warna sahaja. Sofa putih, muka putih, kasut putih, pokok putih, kereta putih.. apa perasaan kamu?” saya menduga..
“Ish, bosanlah cikgu..”
“Jadinya, ada 7 warna cahaya(pelangi) dalam warna cahaya putih ni membahagiakan lah ya ?”
“Mestilah cikgu, cantik!” yakin bebenar mereka menjawab.
“Andai cikgu cakap nanti di syurga ada warna-warna cahaya yang 100 kali ganda lebih cantik dan yang kamu tak pernah bayangkan ada di dunia bagaimana?”
“Errr….macamne tu cikgu?” salah seorang dari mereka yang amat tekun mendengar bertanya kepada saya.
Saya ulang buat kali kedua soalan yang saya lontarkan sebentar tadi, kali ini dengan lebih bersungguh-sungguh..
“Saya nak cikgu, nak tengok warna-warna tu..wah..pasti sangat best kan !”
“Best yang tak boleh nak dibayangkan dengan akal fikiran” tambah saya lagi..
“Tapi……………….” Saya tersenyum. Cuba memberi senyuman bermakna kali ini..
“Nak tengok warna-warna 100 kali ganda lebih cantik yang best tak boleh nak dibayang dengan akal fikiran ni kena masuk syurga dulu” senyuman saya lebih lebar kali ini..
“Saya cikgu, saya nak masuk syurga!”
Segala puji hanya bagi Allah. Yang mengilhamkan kebaikan kepada hambaNya..
::Maafkan saya atas blog yang telah lama tidak dikemaskini. Saya doakan semuanya sentiasa dalam redha Allah ::
3 comments:
entri yg bermotivasi dan penuh hikmah! (^__^) ayee sungguh bijak menjawab persoalan anak2 murid :)
alhamdulillah..susah sebenarnya sebab otak kena sentiasa dikerah..ngee~ aye cemburu tengok basyi dapat baby..^_^
Alhamdulillah. Bersyukur kerana menjadi seorang guru, kerana guru mampu memberikan refleksi hidup yang berguna kepada anak-anak murid. Lontarkan persoalan yang mungkin menggugah diri mereka seperti "apa tujuan anda semua hidup di muka bumi ini ? " dan mungkin mereka akan berfikir tentang jalan menuju redha Allah. InsyaAllah. :)
Post a Comment