Wednesday, March 2, 2011

ALLAH SINARKAN HATI MEREKA DENGAN CAHAYAMU


Segala puja dan puji bagi Allah..saya sukakan perasaan ini, perasaan yang indah inilah yang membuatkan saya tidak merasa penat.


Apabila saya renung seorang demi seorang anak muda di hadapan saya, timbul rasa kasihan yang amat dalam.


Mereka kebanyakannya anak pendatang dari seberang, lahir di Malaysia. Tinggal dikawasan setinggan kampung Melayu gelap yang menjadi pusat segala gejala hitam daerah ini. Sehingga ada yang pernah meluah yang mereka hanya keluar rumah untuk membeli barang, barangkali takut untuk keluar mengenangkan terlalu mudahnya kehitaman dadah, rokok dan arak untuk mereka serap.


Convin Choong, adalah seorang pelajar Cina dalam kelas akhir saya, 3 kelas tingkatan 4 dan ini adalah kelas hujung yang mempunyai seribu satu masalah. Ibu dan ayahnya telah berpisah tinggal bersama neneknya, kaya, namun terlibat dengan pelbagai masalah disiplin, saya lebih dahulu mengenali dia daripada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Kali pertama saya masuk ke kelas mereka, dia tidur bersama rakan-rakan cina yang lain. Sekali lihat, seperti lelaki.


Dalam hati saya terdetik hanya satu. “ Aku harus bantu dia”. Mereka kurang kasih sayang dan perhatian. Saya juga pada mulanya risau sekiranya pendekatan yang digunakan tidak berkesan. Salah memberi pengaruh, kesannya mungkin berpanjangan. Sekali mereka lihat guru dan sikapnya boleh “dimakan” alamatnya sampai kesudah hanya menjadi bahan “makanan”.


Kelas kedua, dia hadir. Saya lega, kerana kata salah seorang guru, pelajar nakal andai kali pertama lihat guru “lembik” mereka tidak teragak-agak untuk ponteng. Saya mengajak mereka masuk ke bilik tayang. Usaha yang agak keras kerana makmal semuanya telah penuh, gara-gara sesetengah kelas menjadikan makmal kelas persendirian akibat kerusi meja yang tidak cukup! (Apakah ? sungguh tidak dapat diterima. Sabar. Sabar.)


Saya lihat mata dan hidungnya merah, saya mula memberi isyarat kepada rakannya, kemudian mengeluarkan gula-gula yang dan pergi kepadanya dan terus menghulurkan gula-gula tadi. Dia memandang kehairanan. Saya mula mengusap bahunya.


Untuk kelas yang hujung begini, saya tidak memberikan mereka banyak kerja sekolah, kerana mereka sendiri tidak membawa buku. *__*. Jadi saya berusaha lebih banyak untuk memberikan contoh disertakan tayangan video dengan harapan mereka sekurang-kurangnya terbuka hati untuk belajar sains.


Allahuakbar, akhir kelas saya edarkan tanah liat dan memberi arahan mereka membuat fasa-fasa mitosis dan tunjukkan pergerakan pembahagian sel. Nah, segala puji bagi Allah yang memudahkan, Convin choong menjawab soalan di slide power point dengan tepat. Saya tahu dia seorang anak yang pintar!


Saya berterus terang dengan mereka, saya sangat gembira hari itu kerana “dia” telah berjaya menjawab soalan dengan tepat. Betapa puasnya hati dan dinginnya rasa melihat sikap positif yang berkembang bagi seorang anak. Saya yakin, kelas berikutnya mereka akan lupa apa yang telah saya ajarkan. Namun saya juga yakin, mereka telah mula sukakan saya. Wink.wink.^__^.


Allahu Rabbi, bantulah aku ya Allah..

Agar sinar hidayahMu memancar dalam hati anak-anakku..

Kasihanilah mereka Ya Allah

Mereka bahkan tidak tahu betapa indahnya pergantungan padaMu…

Sekiranya mereka tahu, mereka pasti sentiasa rindu dan cinta padaMu..

4 comments:

Isra' Nailofar said...

MasyaALLAH...ayun,dyh pun hadapi perkara yg hampir sama ngan ayun.tp bukn masalah disiplin.mereka ni sbnrnya asal dr kelas peralihan..mmg dyh kena bg special attention pd dorg...blaja cm x minat.tp dyh yakin dorg ni mmg pandai.cuma perlukn lebih bimbingan...dyh sedaya upaya x nk letak label apa2 pd dorg...geram mmg ada sbb mcm acuh x acuh...tp apa yg dyh perhatikn dorg mmg cuba berusaha utk take part in my class...

Head Shot said...

tahniah!

Al-Fateh said...

Nikmat bagi pendidik itu telah cikgu rasa. Moga usaha yang berterusan serta tidak pernah kenal erti jemu menyelongkar dan membetulkan perihal anak murid kekal dalam diri cikgu. Tahniah dan selamat menunaikan tanggugnjawab kepada Allah.

syud said...

=) nape la cikgu aye tak mengajar masa sy skolah dulu~