Thursday, May 6, 2010

TEACHER, PLEASE DON'T SAY THIS TO YOUR STUDENTS



“ kalau awak semua tidak siapkan latihan saya, awak tak akan cemerlang dalam peperiksaan.” Kata seorang guru dalam kelasnya.


“ Hazim ? Oh, budak kelas tu? Dia pelajar paling pemalas dan paling bodoh pernah saya jumpa.” Umpat seorang guru di bilik guru.


“ Jangan tidur dalam kelas. Saya tidak akan halalkan ilmu yang saya berikan selama ni.” Menggeletar semua pelajar mendengarnya.


Ia berlaku. Anda percaya atau tidak. Jika anda bakal guru yang baru sahaja ingin berlatih untuk mendidik pelajar yang pastinya akan mengajar satu hari nanti disekolah, yang mungkin akan menjadi guru lama dan berjasa.


Ia perlu dididik dengan taujihad sirah. Setiap ilmu amat perlu dikaitkan dengan keberkatan ilahi. Bukan disandarkan kepada kehebatan guru sebagai manusia yang punya dosa dan kesilapan sehingga dengan bangga menghukum seorang kecil yang sedang mencari diri dan jatinya, walaupun dia bersalah.


Menggunakan kuasa sebagai pemegang ilmu perlu menyebabkan setiap diri pendidik lebih dekat dengan rasa takut pada Allah. Rasa takut bahawa kecemerlangan anak murid itu adalah bukan kepada sejauh mana latihan yang dilakukan semata-mata dan bercakap seperti Tuhan bahawa kejayaan adalah dalam tangan.


Nauzubillah. Betapa kita tidak menjaga diri kita. Kadang tidak berfikir setiap bait kata melibatkan akidah. Ya, kadangkala kita tidak berniat, dalam kata-kata, dimaksudkan supaya pelajar harus rajin membuat latihan, dengan membuat latihan mereka akan lebih faham dengan isi pengajaran yang diajar. Namun sebagai seorang muslim, meletakkan setiap perbuatan adalah kerana Allah adalah wajib jika mahu ianya dinilai dengan pahala.


Sangka, kita telah mencurahkan ilmu. Namun sebenarnya kita berdosa. Nauzubillah.

Belajarlah dari kehidupan, kelak kau akan dekat dengan Tuhan.

4 comments:

Adibah S said...

betul tu dik..
behave our words bila berkata... semua tu akan jadi ikutan sbb kita lah qudwah kepada pengikut kita di sekolah...
all da best ya ayuni..be the best teacher!

Anonymous said...

ustzh ayuni, sy nak tanya ustzh apa hukum mentaati seorg guru yg byk buat dosa..tq

qudwaH_Humaira' said...

salam, akak sayang:

insya ALLAH, sakitlah sape jadi anak murid aye..(^_^)

anonymous:

ana x reti letak hukum, tapi mungkin boleh ajak adik berfikir. Hukum taat pada ibu bapa dalam quran kata wajib selagi ibu bapa x mengajak kearah larangan Allah dan mematuhi syariat Allah..

Sehingga terlalu banyak kisah tentang keperluan kita baik pada ibu bapa walaupun ibu bapa kafir.

pendapat ana, kita sebagai manusia yang juga banyak berbuat dosa tidak layak menghukum manusia yang lain berdosa atau x kerana kita tahu satu sifat Allah iaitu Maha Pengampun.

Bersangka baik dan hormati guru selagi seorang guru itu mencurahkan ilmu dan tidak mengajak adik berbuat mungkar.

ni pendapat ana, kalau nak tanya hukum. tanya yang lebih alim ya.wallahu'alam.

Anonymous said...

salam ziarah..jemputlah datang blog ana, www.akhtarusabili.blogspot.com