Tertarik membaca post Dr. Asri di Malaysia kini berkenaan “Ulama UMNO bakar Kapal” memberi satu signifikan penting. Ada dikalangan rakan saya menolak PAS kerana pimpinan dan ahlinya yang ekstrem dan terlalu konservatif. Ya saya setuju kebenarannya. Malah mereka marah untuk menerima bahawa PAS hanya bermain-main sekitar nama Islam untuk tujuan politik.
Tapi apabila bercakap tentang parti lain, mereka tidak keras seperti itu. Malah amat lunak. Saya berfikir, adakah hanya kerana tidak bersetuju dengan akhlak beberapa pimpinan dalam PAS, dan sikap konservatif mereka, kita menolak dan menerima parti lain yang langsung tidak meletakkan asas Islam dan perlembagaan malah menolak usaha pelaksanaan hukum Allah? Pelik sungguh. Baiklah, kembali kepada apa yang ingin saya bawakan.
Saya pernah berbual dengan seorang rakan, apabila saya mengulas tentang tindakan Perdana Menteri menggunkan khidmat APCO sebagai perunding imej kerajaan, rakan saya cuba meletakkan rasional bahawa Perdana Menteri sudah pasti akan berfikir dan membuat keputusan setelah membuat pertimbangan yang sewajarnya.
Apabila kerajaan meluluskan lesen judi untuk Pertandingan Bola Sepak dunia dengan alasan mahu mengawal aktiviti judi yang semakin berleluasa dikalangan rakyat, rakan saya kata bukan PM yang meluluskan tetapi orang bawahannya, dikaitkan lagi PM ditekan oleh Jutawan Malaysia yang memegang saham terbesar perjudian? Saya hanya menjawab ringkas, “ok, kalau orang bawah buat keputusan tanpa melalui PM,so what ? Kalau ditekan untuk judi, so what? ”
Saya faham, tanggungjawab sebagai seorang pemimpin negara bukan mudah. Namun, sikap berdiam diri, dengan beranggapan mulut-mulut rakyat yang semakin berang akan senyap selepas seketika waktu adalah tindakan seorang bacul.
Rakyat berhak mengetahui setiap perancangan yang dilakukan ke atas negara kerana kita ‘beriman’ kepada kuasa rakyat. Apa gunanya setiap wakil yang dipilih oleh rakyat bersidang di parlimen untuk membawa suara-suara mereka sekiranya keputusan-keputusan besar seperti penyerahan tanah KTMB, isu jet hilang, isu APCO, isu subsidi, dan pelbagai lagi isu tidak dibahaskan dengan baik.
Saya amat pasti, ada yang berkata “Awak hanya seorang mahasiswa, apa yang awak tahu tentang isu negara? Perdana Menteri tahu apa yang terbaik untuk negara.” Malangnya, Islam tidak meletakkan kepandaian ilmu tanpa sikap pergantungan pada Tuhan sebagai ukuran. Adakah kerana ilmu dan pengalaman mereka terlalu tinggi, suara nelayan, peruncit, pelajar sekolah perlu diletak tepi?
Ada rakan meminta saya mencari jawapan yang sebenar disebalik tindakan-tindakan pimpinan negara dengan bertanyakan sumber yang sahih atau bertemu sendiri dengan pemimpin ini. Saya berkata kepada rakan “Masalah tidak akan selesai, pemimpin negara ada medium yang cukup besar untuk menjelaskan kepada rakyat, walaupun rakyat tahu media rasmi negara korup. Masalahnya, Perdana Menteri MENDIAMKAN diri.”
Sikap begini akan mendatangkan barah dalam rakyat. Jiwa akan sakit dengan kehidupan yang makin tertekan. Semakin ramai yang merasa kesempitan. Anda berhak untuk tidak bersetuju, kerana saya tidak bersuara untuk buat anda duduk satu pemikiran dengan saya.
p/s : Mari kita sama-sama solat hajat untuk keselamatan dan kejayaan sukarelawan kemanusiaan ke GAZA.
1 comment:
Islam milikan manusia. Kerana jahila mereka yang bernama Islam tidak berpegang kepada al-Quran & Sunnah, maka jadilah apa yang kita lihat sekarang.
Dari sisi ekonomi, akibat pemerintah mahukan pencapaian positif KDNK suku tahun kedua, maka dihalalkan judi yang jelas haram dalam Islam jua agama yang lain. Maka ditarik subsidi dan dinaikkan harga minyak dan sebagai. Mana janji MEB untuk menjana rakyat berpendapatan tinggi?
Kini, Dato Seri Idris Jalal, nyatakan Malaysia akan muflis menjelang 2015. Ada atau tidak dikalangan menteri yang menyatakan Malaysia akan kiamat 2015?
Lihat masalah sosial anak muda menjadi-jadi. Pendidikan generasi muda terumbang ambing.. Maka jika diteruskan rakyat akan membuat perhitungan.. Jika tidakpun rakyat maka Allah akan memberi jawapan bagi setiap kebinasaan yang manusia lakukan di muka bumi ini~
Post a Comment