Tuesday, May 4, 2010

ANAK MUDA ITU


Tekanannya berbeza


Alhamdulillah. Pertama kali menjejakkan kaki di sekolah baru melihat wajah-wajah anak muda di hadapan saya, sesuatu bermain difikiran.


Hari ini, hari pertama perhimpunan pagi, saya melihat ada dikalangan pelajar aktif mendapat pingat dan salaman daripada pengetua atas kejayaan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kriket.


Wajah pertama yang bagaimana harus saya berikan kepada wajah anak muda ini.


Anak muda. Mereka masih tidak melakukan sesuatu mengikut hati. Di sini saya melihat proses mereka menerima sesuatu dengan taat. Saya melihat wajah mereka keletihan.


Entah apa yang mereka fikirkan ketika mereka solat zohor di surau beramai-ramai.


Saya yakin setiap jiwa muda inginkan kepuasan dalam kehidupan, berbeza dengan jiwa-jiwa muda yang saya temui, mereka berada dalam lingkungan terpelihara, hanya tidak punya penekanan agama.


Namun, agama yang bagaimana? Ada antara kita yang punya penampilan soleh solehah, menutup aurat dengan sempurna namun mereka juga tidak punya ruh keimanan. Nah, inilah yang membezakan kita setiap manusia. Mereka tidak bijak jika membenarkan akal mengarah kehidupan dan membiarkan ruh kering kontang, mereka tidak bestari jika merelakan jasad gagah dan perkasa dan melenakan ruh tercungap-cungap hendak mati.


Pernahkah diri rasa sunyi ? Rasa keseorangan ? walaupun kita punya ibu bapa dan sahabat sekeliling. Namun kita tetap rasa sunyi dan keseorangan. Kita rasa didunia ini kita tidak punya sesiapa jua. Tidak punya tempat bergantung.


Hati pasti mencari, dimanakah akal, jasad dan ruh hendak bergantung? Kerana walaupun ada insan disekeliling, kita masih tidak merasa nikmat pada kehidupan ? rasa sunyi?


Tekanannya berbeza, kerana kita mencari pencipta diri, yang menimbulkan urat nadi, yang memanjangkan helaian rambut, mengeluarkan bendalir dari hidung, yang mengerdipkan mata. Jiwa muda akan mencari jawapan persoalan hingga tersentak, Allah. Tiada yang lain, Allah.


Tekad utama saya ketika bertemu anak-anak jiwa muda. Bahawa akal dan jasad tidakkan pernah sihat dan sejahtera apabila kita lenakan ruh yang dicipta Tuhan.

3 comments:

erul alambina said...

salam 'alaik~

sy suka ayat terakhir entry akak ni...erm,moga segala usaha akak dipermudahkanNYA~ :)

pst : dah start praktikal ek?smoga bergumbira di sekolah biasa-biasa itu ^^

qudwaH_Humaira' said...

salam dik

sangat baik budak2 nya kat sana..
akak dah start parktikal..insya ALLAH..take care

Al-Fateh said...

Semoga dapat menimba pengalaman berharga di sekolah SMSAS ini. Kalau nak pengalaman yang lebih mencabar, boleh tanya orang yang lebih lama menjadi guru. ;)