Al-fatihah..
Babah mula sakit selepas walimah kak ngah
Hari Kenduri babah nampak penat, batuk yang semakin panjang..
Sejak akhir bulan Disember lagi babah tidur tidak nyenyak
Kata babah, semput susah bernafas
Babah paling susah nak ke hospital
Babah batuk berat dan panjang
Bila babah sakit kepala, babah makan panadol
Bila babah batuk, babah ambil ubat batuk
Puas dipujuk babah senyum dan sentiasa kata babah ok
Hingga satu malam babah batuk berdarah
Ma bawa juga babah ke klinik untuk terima rawatan
Hingga babah terus ditahan wad dan dengan segera dihantar ke HTAA, Kuantan
Aku menemani babah dalam ambulans
Masuk ke wad tingkat atas, ke bilik yang terasing dari bilik lain
Dua hari menunggu untuk bertemu pakar
Kami sentiasa memujuk babah dan hati-hati kami
Insya ALLAH babah sakit bahagian leher je ni (sebab leher babah bengkak berkelenjar)
Sehingga doktor bertemu babah dan melihat x-ray
Katanya babah mengidap kanser paru-paru dan perlu menjalani CT Scan segera
Pagi subuh di HTAA..selesai solat subuh
Babah menangis dihadapanku, menangis yang teresak-esak
Aku bacakan ayat-ayat shifa’ untuk menenangkan hati babah
babah mengadu sakit tulang belakang, lalu ku ambil minyak angin dan mengurut di belakangnya
Esoknya kami pulang dengan hati kecewa kerana masalah prosedur hospital yang lambat
Membuat keputusan untuk melakukan CT Scan di hospital swasta Kuantan
Kak Ngah menelefon kami adik beradik..
Kata kak Ngah babah tidak tahu lagi keputusan CT Scan,
Doktor hanya memberitahu babah supaya menerima rawatan di HUKM kerana punya pakar paru-paru
Sehingga di HUKM, doktor memberitahu babah mengidap kanser paru-paru tahap 4 dan kanser telah mula merebak ke bahagian hati dan salur pernafasan
Dua kali rawatan radioterapi, doktor benarkan babah pulang untuk berehat
Di rumah kami ikhtiar untuk rawatan alternatif lain
Darus shifa’, berjampi, air akar kayu, dan minuman herba
Solat hajat dan bacaan yassin bersama-sama
Namun Allah lebih mengetahui
Keadaan babah lebih tenat
Mula berhalusinasi, percakapan juga tidak jelas, tidur yang makin tidak nyenyak
Sehingga kami berjaga malam untuk menjaga babah
Babah dulunya suka makan nasi panas-panas
Kini hanya makan sesuap dua
Terlalu mudah jatuh dan lebih banyak diam
Semua yang berada dirumah sentiasa bersedih dengan keadaan babah
Lebih-lebih lagi mama yang setiap malam memangku babah
Sehingga 18 februari 2010 ma, pakteh, makteh dan aku membawa babah ke HUKM
Untuk appointment bersama pakar paru-paru babah
Doktor minta babah duduk dikerusi untuk diperiksa
Babah duduk dengan kepala hampir bersatu lutut
Babah tertidur hingga hampir terjatuh dari kerusi
Doktor memberitahu kami bahawa beliau mengesyakki
Kanser babah telah menular ke bahagian otak
Kerana simptom yang babah alami menunjukkan kesan pembengkakan di bahagian otak
Babah ditahan wad sekali lagi
Pagi ahad itu memang babah tenat
Babah muntah darah dan subuhnya apabila ma tarik babah kepangkuan
Babah diam, mata babah pejam, dan bernafas sedikit-sedikit
Aku terus memanggil jururawat
Dan babah dibaringkan diatas katil hospital
Doktor berbincang dengan ma diluar
Bahawa pihak hospital dapat berikan cadangan supaya babah kekal di HUKM atau dibawa pulang kerumah
Tidak dapat fokus dalam kelas
Akhir solatku paling berbekas.
Terkenang babah menghembuskan nafas terakhir didepan mata
Kalimah tauhid dibibir babah yang dibasahkan
Terasa panas lagi kucupan di pipi babah
Terasa selesa lagi genggaman tangan babah bila berjalan-jalan dengannya
Terasa segar lagi babah mendengar alunan bacaan yassinku
Terasa bau badan babah masih melekat
Aku kini anak yatim
Namun aku bersyukur Allah mendengar doaku
Yang aku mahu akhir hayat babah aku ada bersamanya
Babah lebih baik begitu kerana Allah lebih sayang padanya
Mama juga tiada penyesalan kerana cinta pada babah ditanggung hingga akhir hayatnya
Semoga babah sentiasa dalam redha Allah
Babah, kakde akan hadiahkan rantaian doa dan tasbih untuk babah setiap solat kakde
Kakde akan ingat janji pada babah dan penuhi keinginan babah
Insya Allah
Allah..
Kami hanya punya Engkau
Kami hanya mengharap keampunan padaMu
Kami insaf dengan dosa-dosa kami
Jadikanlah kubur tempat tidur paling aman buat babah
Temukanlah kami disyurgaMu Ya Allah
Dalam pakaian keimanan
Berilah kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah
Supaya kelak akan menjadi rantai penyambung doa redhaMu pada babah
Terima kasih kepada semua sahabat yang datang melawat babah, menggembirakan hatinya, juga yang memandu jauh untuk hadir hari pengebumian babah, ziarah hingga ke rumah, memberi kata-kata perangsang dan dorongan. Taat pada ibu dan ayah tidak pernah merugikan kita. Terima kasih atas ingatan.
23 comments:
salam kak Ayuni..kami warga um nilam puri mengucapkan takziah untuk keluarga akak atas pemergian babah..Moga ditempatkan di kalangan org2 yg soleh.ana yakin akak tabah..
Al-fatihah~
semoga yang pergi lebih baik dari yang masih tinggal.
dan semoga yang tinggal masih sempat utk menghimpun amal, mengikis karat dosa, agar jejak kita kelak menyusuli langkah mereka, adalah sebagai calon-calon penghuni syurga..
semoga ditabahkan hati, dikuatkan jiwa.
takziah buat ayuni sekeluarga.
ASSALAMULAIKUM,KAK....HARAP AKAK TENANG N TABAH,,,
KAK,TAHNIAH MARYAM UCAPKAN KERANA BERUSAHA MENJADI ANAK SOLEHAH,KITA NAK SANGAT TGOK N LIHAT KEHIDUPAN AKAK DI MASA HADAPAN ...SELALUNYA ORG YG TAAT PADA IBU N AYAH NI ALLAH AKAN BANTU DISTIAP SUDUT KEHIDUPANNYA KERANA TAAAT PADA IBU BAPA... KAK SEMANGAT AKAK , JADIKAN KITA MENGHARGAI N MENYANGI IBU MARYAM N MARYAM TERINGIN N BERUSAHA MENJADI ANAK SOLEHAH UNTUK IBU N AYAH MARYAM,,,
KAK, JG MAK AKAK TAU,SANYANGI DIA, TAATILAH DIA, BERI DIA DORONGAN KERANA BELIAU SEKARANG TELAH KEHILANGAN SAHABAT BAIKNYA....
SEMOGA KASIH SAYANG KITA, UKHUWAH KITA DIREDHAI ALLAH,,,,
SEGALA-GALANYA ADALAH ALLAH....
kak sekarang kita dh sama title ank yatimkan,,,,
Salam.
Tak ada ungkapan boleh keluarkan. Cuma ana boleh doakan semoga enti sabar dalam sedikit ujian yg Allah titipkan.
Ujian untuk menilai hamba-Nya. Yg pergi tidak akan kembali, tetapi bukan utk ditangisi, berdoalah, semoga ayahanda punyai 'cahaya' di alam sana.. antaranua adalah anak soleh yg mendoakannya.
Salam perjuangan
إِنَّ لِلّــهِ مَا أَعْـطَى وَلَهُ مَـا أَخَـذَ
وَكُـلُّ شَـيْءٍ عِـنْدَهُ بأَجَـلٍ مُسَـمّىً ...
فَلْتَـصْـبـريْ وَلْـتَـحْتَـسِـبيْ
أَعْـظَـمَ اللّـهُ أَجْـرَكُـمْ وَأَحْـسَـنَ عَـزَاءَكُـمْ وَغَـفَرَ لِمَيّـتِـكُـمْ... آمين
" Milik Allah apa yang dikurniakan, begitu juga sesuatu yang diambilNya kembali.Segala sesuatu mempunyai tempoh waktu yang ditentukan di sisi Allah. Saya harap saudari bersabar dan mengharap ganjaran dari Allah.
Semoga Allah gandakan pahala saudari sekeluarga,menggembirakan kamu dan mengampuni dosa - dosa arwah, amin."
wassalam.
'inna lillahi wa inna lillah rajiun'
semoga rohnya dicucuri rahmatNya..
~al-fatihah~
ya kak ayuni, sedih dgr crite kak ayuni..tabahkan hati ye kak..maniskan senyuman ^_^
kerna siapakah orang yg paling manis senyumannya kalau bukan org yg apabila ditimpa musibah/ujian, lantas mengucapkan 'inna lillahi wa inna lillah rajiun', lalu berkata 'Ya Allah aku redha dengan ketentuanMu ini'...smoga ktabahan & senyumn itu mjadi milik akak..salam syg
salam kak ayuni,
saya nk ucapkan takziah kpd akak dan keluarga. sgt tersentuh bila baca nukilan akak ni... teringat abah saya kat umah. dengan abah lah saya paling rapat. tak dapat bayangkan kalo dia takde...
semoga kak ayuni dan keluarga kekal tabah. ya, hanya doa anak yg soleh dan solehah dapat membantu ibubapa kita di sana. Al-Fatihah.
Salam. Kak yuni, terharunya baca post ni.. takziah kak. Semoga Allah menempatkannya di syurga. Amin.
salam ayuni..sha faham perasaan ayuni sha juga pernah merasai kehilangan seorang yg bergelar ibu..x dapat bayangkn keadaan sha pada ketika tu..doa sha utk ayuni agar ayuni tabah dalam mengharungi dugaan Allah ini..sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah ayah ayuni..tabahkan hati sahabatku...
~sha~
Moga ruh babah ditempatkan bersama-sama ruh orang yang soleh.
Babah masih mempunyai saham di dunia. Tidak lain dan tidak bukan, anak-anak babah yang berlima.
Sambungkanlah untaian pahala kepada ruh babah, agar ketenangan abadi diperolehi oleh babah di sana.
Kuatkan semangat ya Humaira'. Ramai yang akan menyokongmu di sini...
Sangat2 tersentuh hati membaca coretan Ayuni kali ini.Mungkin inilah tanda coretan anak solehah InsyaAllah.Babah Ayuni akan tenang dan berbahagia disana punya anak solehah seperti Ayuni.Teruskan menjadi anak solehah untuk babah Ayuni.
Rasa tersentak untuk lebih menghargai mak dan ayah selagi mereka disisi.Kita tidak pernah tahu bila kita dan mereka akan kembali.
Salam takziah dari kami.Tabahkan hati,kuatkan kesabaran.Langkah pejuang tidak terhenti disini selagi belum menggapai redhoNYa.Kita sentiasa punya Allah disisi.
~Nurul Syaari~
askum..
moga ayuni tabah. saya doakan agar roh babah diletakkan antara yang dirahmati dan dilindungi Allah swt. teruskan perjuangan akademik mu moga ayuni terus berjaya di masa hadapan.
Setiap kali mendapat nikmat
jarang ku sedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja
ku mengeluh risau bertambah gelisah setiap kali ditimpa musibah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah
oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah,yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku
kuatkan smgt ya.semoga lbh tabah.teruskn perjuangan.jgn jatuh..smuanya ada hkmhnya.smg Allah menemptkn ayahnda d syurga firdausi..jgn sdh.maafkan sya klu ada yg silp..apapn sya mdoakan kbhgian saudari dunia akhirt bsma2 dgn kluarga tcnta..maaf skli lg.
andai kata kita rasa terduduk dgn ujian yg Allah bg,kita rasa dugaan yg kita terima itu adlh sgt berat..pandanglah lihatlah,di sekeliling kita ada lg org yg hebat diuji olehNya..kuatkan hati dlm mendepani dugaan ini kak..smg trus istiqamah dlm perjuangan...
Salam. Bersabar ukhti. Setiap dari kita pasti merasakannya.
Tabahkan hati.Ana tau nti kuat. Moga babah ditempatkan di syurga firdaus.
Kehilangan orang tersayang memang amat pedih.Tapi itulah hakikat yang perlu kita telan.
Takziah ana ucapkan.Tabahkan hati mu.
Al-fatihah...
Allah...this post has really bring tears to my eyes...
1) u are a fatherless but u have a strong mother
2) u always been tested by Him but ur life is full with barokah
for every single test, u were closer n closer to Him. U past the stage from 1 to another. Isn't it obvious that He's focusing on u? U might be lost a thing(person) but in fact u were given a lot more prizes....
Close your eyes, use your heart to see everything around u and say Alhamdulillah, all praises is for Allah for everything the He had given to us.
Subhanallah He is really the best creator. Proud of u..be strong k...(^_^)
"Oh Allah our only creator, please give this girl by the name Shahrizul Ayuni a strong heart inside...give us a chance to be the most closer possible to You...and a chance at least to sniff out Your fragrant Jannah..."
salam takziah...moga roh babah ayuni detempatkan di kalangan org beriman....Al-fatihah
terima kasih semua atas ingatan..al-fatihah.
25 Feb 2010, 8.30 PM
PEMERGIAN YANG DIRINDUI
Jurai-jurai jerami yang halus begitu sendu
Menyanyikan lagu gemersik rindu pada sang PENCIPTA
Aku jua rindu pada ayahanda yang tiada
Tiada siapa yang mampu menepis badai gelora
Yang datang tanpa diduga
Sungai zikir yang mengalir tenang menyejukkan hati yang lara
Sempit rasa dada
namun jiwa lapang setelah pasrah pada ketentuan-NYA
Ya Hayah, Ya Mauta
Engkau pemberi nyawa
Engkau jua pemutus nikmat dunia
Sampaikan salam rinduku
Pada ayahanda yang jauh di dunia berbeza
Doaku agar bersama di syurga
pabila mata terpejam meninggalkan dunia
Nukilan buat sahabat tercinta, Ayuni atas pemergian Ayahanda Zulkiply pada 21/2/10
Semoga arwah ditempatkan bersama para solihin…Al-Fatihah.
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda, apabila meninggal seseorang itu maka akan terputuslah amalannya kecuali dalam tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dilakukan, ilmu yang telah dimanfaatkan serta doa anak-anak yang soleh ke atasnya..
Ayuni, sy memahami perasaan ayuni kerana ayah saya juga telah kembali ke pangkuan penciptaNya. Memang cukup pahit utk menerima kenyataan bahawa org yg kita sayang telah tiada disisi. Namun,teruskanlah berdoa agar kita dipertemukan semula di syurga kelak..semoga kita sama2 memperoleh darjat ank yang solehah..amiin
ucapan takziah daripada saya.
salam k yuni...
tkziAh buat k yuni n kluarga...
akk..kUatkn smgAt ek...
assalamualaikum..
ummi yakin ayuni adalah seorang serikandi yang tabah dengan ujian hidup..
setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Pencipta..
Kite yang masih bernyawa ini perlu terus berjuang sehingga dijemput bertemuNya..
Moga bertemu di syurga kelak..aminn..(^_^)
Post a Comment