Wednesday, February 10, 2010

KEBEBASAN HATI





Kebiasaan kita bercakap soal kebebasan berfikir yang membawa maksud pemikiran yang merdeka kadang terlupa menyentuh aspek kebebasan hati. Tertarik dengan penerangan Ary Ginanjar Agustian yang membuat satu advokasi emosi dalam siri pembinaan jati diri sekaligus menolak struktur penekanan pemikiran yang akhirnya menghasilkan satu perubahan berbentuk sementara.tidak kekal.

Sebagai contoh buku Dale Carnagie yang menekankan konsep penghargaan dalam setiap bentuk tindakan tanpa meletakkan aspek fitrah kejadian dan prinsip keTuhanan yang menjadikan manusia seperti adanya.


PROSES MENGOSONGKAN PEMIKIRAN


Manusia cenderung membuat keputusan berdasarkan prasangka yang terbina melalui pengalaman, kepentingan, sudut pandang, juga prinsip kehidupan.

Sebagai contoh anda pernah melalui satu siri pengalaman kepimpinan yang amat menyakitkan sehingga akhirnya anda menganggap mana-mana keputusan yang kontra dengan pemikiran dan sudut pandang anda ditolak. Ketika itu wujudlah satu konsep iaitu membenarkan setiap tindakan diri dan menyalahkan dan merendahkan setiap tindakan individu lain.

“ Dan sungguh ( syaitan-syaitan itu) menghalangi mereka dari jalan yang benar sedang mereka mengira bahawa mereka beroleh bimbingan …” ( surah az-zukhruf : 37-)

Inilah bayang hitam yang akan membelenggu diri dari bebas hati. Sedangkan Allah telah memerdekakan jiwa setiap muslim dan mukmin dengan kalimah Lailahaillah. Kalimah Agung ini bukan sahaja menafikan segala bentuk penjajahan minda dan jiwa, malah memzarahkan Hak Asasi Manusia yang menjadi nadi perjuangan PBB dan Negara-negara dunia.


MELIHAT SECARA JERNIH DENGAN SUARA HATI


Sudah pasti. Tiada manusia yang tidak mahu melihat secara jernih kerana ianya adalah fitrah kejadian manusia. Apabila Rasulullah s.a.w membacakan ayat-ayat Allah kepada kaum quraisy sebenarnya mereka mengakui kenabian Rasulullah s.a.w dengan akhlak dan kebenaran ayat Allah, dan yang membelenggu hati-hati kaum kafir itu antaranya adalah kerana sifat dengki dan keangkuhan mempertahankan maruah mereka kononnya.

“ Katakanlah, setiap orang yang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (diantara kamu) yang lebih betul jalannya.” ( Al-israa’ :84)

Di sinilah peri pentingnya prinsip keTuhanan yang sepatutnya menjadi manometer kepada setiap rentak tindak. Prinsip Ketuhanan ini tidak memerlukan kepada metod pemahaman kritikal ilmu fadhu ain atau pengerjaan puasa dan haji, prinsip keTuhanan ini lahir daripada pengEsaan Allah yang sebenar-benarnya dengan menolak segala bentuk kuasa makhluk.

Kita perlu bersama mereka kerana mereka akan memberikan kemudahan dan kesenangan kepada kita, jika kita tidak menyokong mereka anak cucu keturunan akan susah kelak..(manusia yang menentukan masa depan)

Ayah kena buat rawatan kimoterapi juga, kalau tidak nanti ayah akan mati ( rawatan yang menentukan hidup mati)


SIRAH PEMBEBASAN HATI


Badar adalah saksi. Apabila seruan jihad dilaungkan pada tahun kedua hijrah, pagi juma’at itu menyaksikan pertembungan mukminin dan musyrikin. Hari pembuktian ketaatan kaum ansar terhadap perjanjian bersama Rasulullah s.a.w. Hari pengasingan jiwa-jiwa suci(syahid) kaum muslimin yang teguh sehingga Allah merakamkan penghargaan kepada golongan mukmin:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin dari diri dan harta mereka dengan memberikan mereka syurga untuk mereka. Mereka berperang ke jalan Allah lalu membunuh atau terbunuh ( itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya( selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” ( at-taubah: 111)

Kebebasan hati ini hasil kerendahan hati dan natijah ‘ubbudiyyah( kehambaan) kepada pencipta.
Nah. Hakikat pembebasan hati adalah pada pengEsaan hanya kepada Allah, dan menolak bersungguh-sungguh kekuasaan makhluk sehingga Allah menjanjikan syurga.


KOREKSI


Wadah pembebasan hati kini sinarnya samar-samar. Terlalu banyak hati yang tenggelam dalam lautan undang-undang ciptaan manusia yang mencebiskan pemahaman pengEsaan Allah menjadi picisan yang membulat dan mendaulatkan kuasa makhluk. Cabarannya bukan sedikit dan kadang menemui jalan buntu.

Namun, keimanan terhadap hidayah Allah tidak boleh sirna. Hati ini pasti boleh bebas, kita masih ada peluang untuk melihat dengan pandangan jernih. Yakin dengan Allah. Selagi kita mengEsakan Allah dengan berpegang teguh kepada dua wadah berhadapan dengan Tuhan iaitu Al-Quran dan Hadith. Ambillah langkah walaupun ianya baru langkah yang pertama.

Jika hidup masih dibelenggu pengalaman lepas
Jika masih melihat dunia pada satu sudut
Jika masih hidup dengan prasangka buruk
Jika masih tiada prinsip hidup

BEBASKAN HATI

5 comments:

Insyirah Ameer said...

salam. sudah lama tidak melihat anda blogging semula. selamat kembali :)

semoga terus istiqamah.jika bukan di medan maya (lantaran sibuk di semester akhir), moga terus tsabat di medan realiti di luar sana.

salam ukhuwah

Aizat Salleh said...

Salam.
Tulisan ini sepertinya penulis berhadapan dengan ujian yg sangat besar.
Apapun, kuatkan hati kerana bagi kita allah sentiasa hadir di sisi kita.
Moga lebih tabah dan kuat.

qudwaH_Humaira' said...

insyirah ameer:

terima kasih atas baik sangka..insya ALLah..


aizat :

ana sentiasa doakan nta dalam lindungan ALLAH selalu..insya ALLAH..

Maryam Muneerah Ahmad said...

ASSALAMUALIKUM KAK,

SAH NI MESTI KES SMS KITA MEMBERI KESAN DALAM SANUBARI AKAK YER....
SAMPAI BLEH KELUAR DALAM BLOG AKAK ...APAPON TERIMA KASIH ...SELALULAH COMENT DAN BG PENDAPAT KT BLOG KITA NA..

Al-Fateh said...

Tahniah kerana telah hampir berjaya menghadamkan 165. Sesungguhnya, Ihsan, Islam dan Iman itu jika kita telusuri lebih jauh dan amat dengan lebih dekat, akan jelas perkaitannya dengan tujuan kehidupan manusia di dunia ini.

Semoga semua ujian yg nti hadapi dapat ditempuhi dengan tenang serta berada di bawah lembayung kasih ALLAH SWT. Insya ALLAH.