Kak Kartika
Terima kasih kepada adik Syazwan yang sanggup memandu daripada UM ke Sungai Besar( mengambil Maryam yang berehat selepas menerima jahitan kemalangan) dan terus ke Ipoh Perak.
Setibanya di Madrasah Ustaz Kazem kami sempat menziarahi pondok warga emas dan pondok tahfiz yang masih baru. Kami melawat rumah warga emas, dan menziarahi bilik-bilik sewa yang disewa khas untuk mereka mendalami ilmu agama disini. Malah, alhamdulillah, Ustaz Kazem mempelawa kami untuk menjadi fasilitator disini ketika musim cuti.
Kami tiba di Lang Buana, rumahnya keluarga Kartika, cantik ! ditepian sungai. Masih ingat filem Lang Buana lakonan Senario? Disitulah tempatnya.
BERSAMA KAK KARTIKA
Persoalan Kak Kartika minum arak dan dosa yang ditanggungnya biarlah antara dia dan ALLAH, apabila melihat Kak Kartika yang berbaju kurung biru dan bertudung hitam manis, saya mendoakan agar taubatnya diterima ALLAH.
DUGAAN MENCABAR
Selepas mendengar sendiri apa yang diluahkan, saya memandang wajahnya dan berkata ” Akak, jika saya ditempat akak, saya tidak tahu samada saya akan jadi sekuat akak ataupun tidak,”
Siapa tidak malu, Kak Kartika sendiri memaklumkan hukuman sebat yang diputuskan ke atas dirinya sudah tidak menimbulkan apa-apa kesan, kerana apabila ditangkap sahaja seluruh keluarga tercalit malu atas perbuatannya, itu sudah cukup membuatkan dirinya sedar dan insaf.
Apabila satu negara dihebohkan tentang isu ini, pendedahan berkenaan bagaimana pelaksanaan hukum sebat syariah mula tersebar diakhbar juga blog. Kagum saya padanya apabila dia berkata,” Mengapa akak meminta supaya sebat secara terbuka dilakukan ? kerana biar semua yang melihat hukuman tersebut, akan mendapat pengajaran, orang takut untuk minum arak. Sekarang umum dah tahu pelaksanaan sebat syariah, tapi kalau buat kat penjara, siapa yang akan tengok dan ambil pengajaran ?” Allahuakbar..
Saya bersyukur, tika Kak Kartika berhadapan dengan masalah ini, beliau terus merujuk kepada alim ulama’ dan bukan golongan beridealisme liberal, sekular atau politikus.
Rasa sangat bertuah kerana kak Ika mencerita kisah disebalik segala yang berlaku. Saya tidak mahu menceritakannya disini kerana bimbang ianya akan membahayakan Kak Ika, cukuplah jika saya katakan negara kita dipenuhi dengan pakar-pakar yang sebati hidupnya dengan rasuah. Rasuah menjadi makanan paling lazat sehingga pelaksanaan hukum ALLAH boleh dijadikan barang mainan.
Tidak terkejut apabila ayah Kak Kartika, Pakcik Sukarno memaklumkan pernah seorang individu dari Amerika yang menawarkan projek bernilai jutaan ringgit semata-mata mahu Kartika membuat permohonan rayuan.
Kak Kartika berkongsi tentang pengalaman beliau ditemui oleh sebuah NGO terkenal Malaysia yang hebat memperjuangkan tentang hak wanita(anda pasti tahu), bukan sokongan yang diberikan, namun beria-ia memberi tekanan meminta Kak Kartika membuat rayuan. Kata mereka selepas menerima hukuman kad pengenalan Kak Kartika akan ditukar, hak kewarganegaraan boleh dilucutkan, persekolahan anak-anak yang tidak terjamin, masa depan gelap selepas disebat dan macam-macm lagi. Hebat mereka. Saya pun mencurigai apa agenda sebenar badan ini.
Air mata ibu kepada dua anak ini mula mengalir apabila isu yang menyatakan beliau adalah ibu tunggal keluar didada akhbar. Sungguh kesannya bukan sahaja kepada dirinya, namun juga suami dan mertuanya. Apabila anak sulong Kak Kartika berjalan dalam keadaan bogel menangis mencari mamanya, baru saya tahu betapa tidak boleh berenggangnya anak istimewa ini dengan ibunya. Ya, anak sulong Kak Kartika adalah kanak-kanak istimewa yang mendapat perkhidmatan pembelajaran spastik.
PENDIRIAN
Allahlah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Hikmah terbesar pada seorang wanita bernama Kartika apabila Hukum Islam mula tersebar dan diperkatakan. Barulah masyarakat tahu betapa arak bukan sahaja merosak diri, namun juga pembunuh masyarakat.
Pihak kami menyatakan sokongan kepada pendirian Kartika dan meyakini Ustaz Kazem akan sentiasa membantu Kak Ika. Ustaz Kazem memaklumkan Kak Ika akan diambil untuk berkhidmat dengan Pondok Al-Barakah sebagai pegawai di sana.
Pihak saya sendiri mempelawa Kak Kartika untuk memberi talk di Universiti Malaya. Semoga usaha ini membuahkan hasil demi dakwah Islam dan penjelasan sebenar hukum Allah.
Penubuhan “SAHABAT KARTIKA” untuk memberi sokongan penuh kepada Kak Kartika telah kami sampaikan kepadanya, dan beliau menyambut niat dengan penuh gembira.
Insya ALLAH.. Saya mengharapkan rakan-rakan siswa sedar betapa isu ini bukan sekadar isu arak dan sebat. Sungguh besar hikmahnya kepada kita, dan rugi besarlah bagi mereka yang tidak mengambil peluang ini untuk “mencegah mungkar dan mengajak kepada makruf.”
Allah..sungguh aku belajar Ya Allah, Kau uji hambaMU dengan meletakkan penilaian terbaik kepada kesabaran. Allah, bantulah kami supaya menjadi kader-kader dakwah dalam menyampaikan yang hak dan mencegah kebatilan. Berikanlah hidayah kepada hambaMU yang mencari jalan sebenar kehidupan. Ameen..
12 comments:
truskan usaha..tahniah atas usaha ziarah kartika. hope blh truskn usaha mmbela n responsif dlm isu wanita..lwan SIS !
bertuah siapa yg dpt berborak ngn kak kartika..
mmg isu ini menyingkap pelbagai rahsia yg tersembunyi selama ni..
hebat benar manusia yg mengakui jln perjuangannya membela kaum wanita sehingga sanggup memujuk kak kartika ngn pelbagai provokasi spy membuat rayuan~
semoga semua ini menjadi iktibar buat kita semua..ameen
Salam.
Perjuangan feminisme yang beginilah sebenarnya dituntut dalam Islam. Buktikan bahawa begitu luas kefahaman Islam kepada seluruh umat manusia.
Tahniah!
p/s: cuba pula ambil alih SIS daripada puak liberal utk perjuangkan hak wanita. Satu cabaran dari saya..
Tahniah di atas satu anjakan yang sememangnya dinanti2kan daripada MPMUM. Semoga dengan pertemuan ini, akan tersingkaplah kebatilan dan terserlahlah kesyumulan Islam itu sendiri. Banyak iktibar yang boleh diambil daripada cerita ini. Tahniah buat HELWA UM. Satu pandangan yang terkedepan daripada anda untuk menyingkap isu ini.
helwa pemadah:
jangan lupa nanti pelancaran untuk "sahabat kartika" ana akan jemput mesyuarat penyelarasan.
ustaz aizat :
mencari makna pada cabaran. antara ana ngan ustaz, ana sentiasa sahut cabaran ustaz..ana tunggu ustaz sahut cabaran ana..
saladin :
insya ALLAH.teruskan memberi sokongan.
jabir :
sister in islam..road to fight.
Tiada kata yg mampu diluahkan melainkan merasa kagum..
setiap sesuatu yg dilakukn dgn ikhlas pastinya GANJARAN BERNILAI akan menanti n bukan sekadar cabar mencabar, teruskan perjuangan selagi termampu
Salam
Sungguh terharu hingga menitis air mata. Sgala puji-pujian hanya bagi Allah. Saatnya telah tiba buat para wanita mencari secebis keinsafan di sebalik segala yang berlaku.
ALLAHU AKBAR!
n i wanna told u..SIS same co. with IFC..so we must fite SIS..n dont give much space for them to talk about human rite..
to Kakak Kartika..
byk2 beristiqamah. n berdoa moga apa yg dilakukan olh kak kartika d berkati dan rahmati oleh ALLAH S.W.T..
tahniah kepada akak kerana berpeluang menyelami keadaan kak kartika dan berjaya menyebarkan kesedaran dan keinsafan kepada seluruh umat manusia.semoga akak akan terus thabat dalam perjuangan dan semoga amalan yang di lakukan akan mendapat nilaian yang setimpal dari Allah SWT...
Post a Comment