Monday, October 19, 2009

BERSAMA ; FEMINA09

Alhamdulillah..setinggi –tinggi kesyukuran kepada Allah yang telah meninggikan langit dan melandaikan bumi. Hanya padaNya setiap daripada hamba berserah dan memohon pertolongan.

FEMINA

Petang semalam merupakan antara detik penting dalam pengalaman kepimpinan saya di kampus. Malah, ianya adalah salah satu manifesto besar saya. Bagi saya, Festival Mahasiswi bukan sekadar projek, namun ianya adalah salah satu medan dakwah untuk mengajak mahasiswa sedar betapa perlunya hidup dalam berjemaah, saling tolong menolong dan mengambil tahu apa yang berlaku isi dunia.

Keberhasilan sesebuah projek bukan sahaja terletak kepada output dihujungnya namun saya lebih suka melihat sejauhmana seseorang AJK mampu memahami bidang tugasnya, malah dapat menghayati dan mengaplikasi setiap ilmu dalam berorganisasi untuk kegunaan sepanjang kehidupan.

Keberkatan dalam melaksanakan projek ini pastinya terletak peri pentingnya pada niat dan matlamat sesebuah usaha. Jika buat projek 30 projek sekalipun namun tiada keberkatan daripada Allah, lebih baik tidak payah buat projek.

IMPIAN

Allah lebih tahu segalanya. Semoga ini bukanlah ujian sehingga menyebabkan para pejuangnya tersungkur jatuh akhirnya. Oleh itu, saya melihat keberjayaan ini sebagai satu ujian Allah terhadap kepimpinan muslimat.

Biarlah bercita-cita besar, kerana saya beriman cita-cita besar ini akan membawa diri kearah berfikiran lebih jauh. Sungguh dahulunya saya berasa keseorangan dalam membawa MASISNA, namun, alhamdulillah saya kini boleh berasa lega kerana lebih ramai figura-figura mahasiswi yang tampil mendokong agenda kebajikan ini.

Allah sentiasa dihadapan, hanya Allah yang layak menerima pujian, sungguh ini adalah pemberian Allah.

DICABAR

Inilah masanya semua pimpinan wanita bersatu. Saya masih ingat kata-kata puan Jasmin Baba ketika forum ” What Women Need in Life”. Ilmu sangat penting bagi seorang wanita, barulah tidak akan silap memilih jalan, dan barulah tidak salah meletakkan hak wanita sehingga membuang agama.

KESERONOKAN

Keseronokan paling tidak ternilai dalam melaksanakan projek ini adalah rasa kebergantungan kepada Allah, saya yakin seluruh kepimpinan FEMINA daripada Majlis Tertinggi, sehingga krew pasti memahami intipati FEMINA yang sebenar. Tidak kira siapapun anda, Majlis Tertinggi, Penolong Pengarah, AJK ataupun krew, anda semua merupakan pimpinan FEMINA.

ISU WANITA

Terpanggil apabila ada pihak menuding jari mengatakan isu Kartika hanya propaganda politik, saya hanya mampu berdoa agar perancangan saya pada masa akan datang dalam petunjukNya.

Namun saya beriman, tudingan jari itu adalah kerana mereka nampak dengan jelas perjuangan ini. Jika tidak, mereka tidak akan tahupun untuk mengangkat jari.

TERIMA KASIH

Kepada seluruh pimpinan FEMINA, terima kasih saya ucapkan. Ini adalah usaha kita bersama, setiap titik peluh dan penat lelah hanya Allah yang mampu membalasnya. Tanpa anda semua, siapalah FEMINA. ngee~

9 comments:

syafiq harun said...

assalamualaikum..tahniah kepada FEMINA 09.semoga dengan pengiftirafan dari kak izat.FEMINA dpt membela nasib mahasiswi x lupa juga mahasiswa.kami dari UMP tunggu akan ketibaan manisna di varsiti kami.

Aizat Salleh said...

Salam.
Tahniah ana ucapkan kepada kejayaan FEMINA.. Semoga kenjadi titik tolak dalam gerakan mahasiswi.
Paling penting implementasi selepas daripada alam kampus.
Siapa kita 'wanita' ketika itu..
Salam perjuangan

Aizat

sya_ais said...

assalammualaikum akak...
tq so much memberi kesempatan pd sy dlm FEMINA..
rindu menggerakkan femina on the event...

simpleshida said...

salam ukhhuwwah..
bismillah walhamdulillah..

tahniah wa mabruk ats keberlangsungn merealitikan femina ;) masyaAllah perancngn yg mantop..hehe..

i've read.. the femina p/work..
actually nk juge menjenguk..memantau ke femina.. juga dpt pggilan utk duty the NISA' booth.. but then, DIA telah mencaturkn sglanya.. maka, bukan insan terpilih diri ni utk ke FEmina..huhu. hanya menatap p/work shj ;)

btw.. just nk wish well done for the big event, ur team hv set up!
go on.. dgn events yg menjana pemikiran.. dismping sisipan tarbiyyah diisi..

ok dik.. slm perjuangn..
barakallahu.. ;)

qudwaH_Humaira' said...

ustaz aizat :

syukran..ana nak bagitau, ana dah lunaskan janji pada cabaran ustaz..alhamdulillah

qudwaH_Humaira' said...

syakila sayang..

akak banyak terhutang budi ngan syakila..sebab setia bersama akak susah senang..terima kasih bukk

nuwairahsafwa said...

tahniah FEMINA '09
mengajar erti sahabat,perjuangan,ukhwah dan dakwah antara kita..
insyaallah ekin akan bersama pengarah baru utk FEMINA akan dtg..
terima kasih bagi kesempatan utk ekin blajar perkara baru yg tak pernah ekin terfikir secabar ini..
doakan ekin jadi yg lebih hebat selepas ini..

nuwairahsafwa said...

teringin nak jadi salah satu anggota masisna dan sahabat kartika..
cume xtau di beri peluang ke x..
nk truskan bersama anggota baru masisna slps ketiadaan k.yuni nnti.. nk sbb dah dpt cara utk libatkan diri dlm platform2 yg dpt menonjolkan kelebihan dlm diri..
apa yg sesuai utk diri..
xsuke expose diri dalam sesuatu..
sbb tu byk diam..
kene byk blajar lg..

Unknown said...

assalammualaikum....tahniah atas kejayaan femina...semoga saya juga mampu menjadi seperti akak :)...semoga perancangan akan dirancang dapat berjalan dengan baik..insyaAllah...Mahasiswa penggerak masyarakat...