MESYUARAT SEMAKAN DRAF PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UM
Petang kelmarin, Jumaat MPMUM telah dipanggil untuk satu mesyuarat bersama pihak pendaftar unversiti. Saya dimaklumkan oleh Puan Thanavani K. Krishnan, penasihat undang-undang universiti bahawa pihak Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) ingin mendapatkan pandangan pimpinan mahasiswa sebelum peraturan pemilihan ini diluluskan oleh pihak lembaga.
Pihak MPMUM telah mengadakan mesyuarat malam sebelumnya untuk menyiapkan laporan bertulis berkenaan pendirian diperingkat kami. Antara perkara yang dibangkitkan ialah:
1. Definisi "pelajar berdaftar" ialah semua pelajar yang mendaftar universiti termasuk pelajar ijazah, diploma dan ijazah tinggi (master dan PHD). Pihak MPMUM memohon penjelasan definisi ini kerana ianya diguna pakai dalam setiap perkara (). Adakah mungkin PRK sesi depan membolehkan pelajar PHD dan Master menjadi wakil calon, pencadang, atau terlibat secara aktif? Pihak Puan Thana menerima "teguran" kami dan akan mengadakan penelitian semula definisi pelajar berdaftar.
2. Pihak kami memohon perkara :calon supaya boleh bertanding secara individu atau mewakili mana-mana kumpulan pelajar. Menarik bukan ? realiti hari ini pihak MPMUM mengajak pentadbiran tertinggi universiti menilai semula, hakikat sebenar pemikiran mahasiswa dan memberi peluang secara terbuka. Namun saya yakin dan percaya pihak LPU akan memikirkan pro kontra cadangan kami.
3. Banyak perkara-perkara teknikal yang masih gagal diberi perhatian serius, malah dalam draf ini masih tertulis pelaksanaan pengundian secara manual atau e-undi. Pihak MPMUM meminta penjelasan berkenaan bantahan pengiraan semula undian mengikut sistem e-undi kerana sistem ini tidak boleh melakukan kira semula.
Mengapa saya sangat kecewa ? Mungkin segelintir daripada anda memandang isu ini sebagai isu kecil. Namun ketahuilah, jika begini keadaannya, masakan kita akan berubah.
Saya amat terkejut apabila mendengar jawapan daripada Puan Thana. Saya bertanyakan berkenaan keterlibatan pelajar dalam Jawatankuasa Audit Pemilihan seperti yang telah ditekankan oleh pihak TNC HEP dan PTM dalam mesyuarat bersama mereka. Saya masih menyimpan rakamannya bahawa wakil pelajar akan dipilih menjadi Jawatankuasa Audit ini berfungsi penting sebagai auditor sistem ketika hari pemilihan, dan boleh berada di tempat main server.
Mainan apa yang cuba diberikan kepada kami ? Puan Thana memaklumkan, mesyuarat diperingkat KPT memang telah memutuskan untuk tidak melibatkan pelajar dalam Jawatankuasa Audit Pemilihan. Malah mesyuarat itu diputuskan lebih awal daripada beberapa siri mesyuarat kami bersama pihak HEP dan PTM. Jadi, mengapa perlu bercakap soal keterlibatan pelajar walaupun sebenarnya tiada ?????? PALSU .Allahuakbar ! Mesyuarat diperingkat LPU untuk meluluskan peraturan ini adalah pada Disember. Kami tidak bodoh.
Akhirnya fahamlah saya....
14 comments:
politik = putar belit
bkn sekali 'mereka' menipu...
takkan sekali-kali juga 'kita' percaya...
pendedahan yg baik ayuni...teruskan usaha...buka mata warga UM ni...
Allah b'sama org yg sabar...
Salam.
Kena ingat, bahawa musuh tidak akan berdiam diri, dan selalu untuk mencari kesalahan serta menjatuhkan..
Apa pun, kita akan tetap berdiri atas kebenaran. Kebatilan pasti akan kita hancurkan..
Takbir!
ermmm...pening jugak dengan e-Undi ni.. lagi 1 kalo pelajar master n PHD nak masuk bertanding???
sempat ke diorg nak jaga kebajikan pelajar???
bukahkah komitmen diorg lebih besar berbanding undergrad??
salam..
emm yg pasal audit ni..
lectrer saya juga mnyatakan yg pelajar akan trlibat..
mcm mane tu??
adakah bhawa lectrer di um ni juga xtau bhwa mereka juga 'dipermainkan' atau itu sume adalah perancangan awal mereka utk 'bersepakat'..
'MASYAALLAH' semoga mereka mendapat hidayah 'NYA'
Bercakap menggunakan fakta yang tepat dan sahih setiap kali mengeluarkan kata. Takut2 ianya menjadi umpat atau fitnah. Bahaya tu..jangan terlalu buruk sangka, hati cepat kotor. Sekiranya terdapat sebarang konflik, ambil pendekatan 'face-to-face' bukan terus didedahkan dalam blog. Takut apa yang kita cakap itu tidak betul akan jadi fitnah di kemudian hari sebab orang yang baca blog akan terus percaya apa yang dikatakan.
Mahasiswa perlu lebih intelek bukan terburu-buru dan adab juga perlu dijaga sebab kia bawa nama Islam..
Sekadar pandangan
Shbt lama =)
Assalammualaikum buat Encik sahabat lama:
cukup2 la nak tegakkan benang yg basah...
kalau tak tahu apa2 baik encik sahabat lama diamkan diri..takut2 nanti malu sendiri..
Lagipun apa yang Encik Sahabat Lama cuba nak buktikan ttg ayahanda..cuba bawa fact n figure yg mampu juga warga UM yg lain terima...mn la tahu, nanti ada org percaya..
Ka sebabnya Encik Sahabat Lama terhutang budi dengan ayahanda??
Yang benar tetap benar wahai Encik Sahabat Lama...
cukuplah setakat di sini ya Encik Sahabat Lama....
pengerusi helwa mpmum,
untuk sahabat lama.(jgn terburu mgluarkan kata2 nt pedih di hatimu tak tertangung) ana kenal kamu!!!
untuk isu evoting .....mesti di pertahankan supaya hak demokrasi mahasiswa tidak di cabuli...
- bukti2 penipuan sudah terbukti tinggal di warwarkan sahaja.
- sms dgn meting dgn LPU banyak terbongkar tntg kekeliruan EVOTING...
- Tiada unsur buruk sangka tetapi jelas n nyata mpmum da bukti kukuh....
to sahabat lama:
sudah tentu ayuni sudah melihat dan menimbangkan perkara baik dan buruknya di dalam perbincangan yang dibuat bersama TNC.
bukannya pihak ayuni tidak ingin mempercayai ayahanda TNC..klu bole,kite sume sudah tentu xnk same2 brgaduh atau mmbawa nama buruk sesiapa..
tetapi klu ia nya membawa kemudaratan kpd org lain,sudah tentulah ianya elok untk diberitahu kpd org lain sblm akn mnjadi lebih parah.
di pihak ayuni,mesti susah untuk dia mempercayai ayahanda TNC sjak dari penipuan pembentangan kertas keje MPPK,dan byk lagi rentetan yg menghakis kepercayaan ayuni kepada ayahanda TNC..
mungkin di pihak ayuni sudah puas utk bersangka baik dgn ayahanda,ttpi klu penipuan demi penipuan yg dilakukan kpd pihak MPMUM,mcmmane kite hendak percaya lg..
kite sume sygkan ayahanda TNC..tapi kami juga xnk mahasiswa bole dibuat main2.kami juga ade akal fikiran dan otak untk berfikir..
bukan utk sesetengah org yg hanya pndai berkate2 di blkg,tapi didepan,bukan main manis dan cantik berkata memuji..
saya tau,awak pon lebih mengenali ayuni dari kami..
kadangkala awak perlu menerima yg mungkin ayuni membawa kebenaran,tetapi tidak sama cara dan pemikiran dgn awak.
yg penting,kite same2 membongkar kebenaran utk ISLAM..
Kpd sya_ais,
Saya mcm knal awak tp xprnh jumpe.knal la awak dl su jtk kk4..
Awak msh mentah, sy dah berada dlm kpimpinan klj bgitu lama dan prnh menjawat jawatn mpp slama sepenggal.
Apa yg awak tau dan label sy menegakkan benang basah?
Selalu berbaik sangka pd manusia dan terus berbaik sangka walau dikhianati berkali-kali..
Ambil pendekatan yg nabi buat.
Walau sy xprnh duduk klj4 tp sy tau mslh yg blaku dlm kk4.
Shbt lama..
amboi2 shbt lama...ckp org bkn main lagi...ko ingt dr perfect sgt kew?????????cermin diri dlu b4 nk tegur org len...walaweyyy....lu pikir lah sndr bro.....kpd yg setuju dkt shbt lama ue...x bek merendah-rendahkan org pnyer pointer...lu ingt lu pro sgt kew?????pkir leklok ah beb b4 ckp dkt org....pi gi dah.....
ayuni hipokrit..
annur :
terima kasih. Allah sayang Annur.
Ustaz Aizat:
ana x sehebat ustaz. terima kasih ustaz.
nuwairah :
terus follow up isu ya. ada beberapa perkara kurang tepat..huu perlu dibetulkan.
syakila :
sungguh berani ! Takbir !
sahabat lama :
siapa ya ?
helwa MPMUM :
Allah bersama kebenaran.
Salam kak ayuni..
Saya sokong perjuangan Islam walau dalam hakikat saya bukanlah antara baris pejuang yg baik..bykkan berdoa ye kak.
Hurm.. saya sedih kenapa begini sekali agenda penipuan nya.
Saya antara mereka yg hadir di sesi testing system dkt KK4 hr tue.
Saya test system dan saya ada bersama adik presiden KK4 bertanyakan mengenai ketelusan itu dan ini. Akhirnya saya temui jawapan yg baik dr Pengarah PTM sendiri. Beliau berjanji bahawa pelajar akan dilibatkan di dalam audit. Saya sendiri dengar. malah terdapat bersama 3 org pegawai tinggi yg menjawab soalan saya.
So dengn niat bersangka baik saya pon percaya pada sistem ini kerana mengenangkn pegawai tersebut meminta pihak pelajar percaya pada mereka dengan wajah penuh 'keikhlasan'. Beserta janji bahawa pelajar sendiri akan dilibatkan secara langsung dalam audit.
Malah pengarah itu sendiri meminta saya meng-email beliau supaya sebarang cdangn bg membaiki masalah e-undi ini. Sy hargai keikhlasan yg cuba ditunjukkan.
Tapi pada pagi ini bile saya baca blog akak saya jd sedih kenapa mudahnya mereka menganggap pelajar UM sama seperti pelajar skolah..
kalau benarlah ape kak ayuni kate ni. Kite same2 doa mereka semua terbuka hati nya.
Teruskan usaha mengajak yg kepada kebaikan walaupon pada musuh kita.
ehsan:
akak tunggu meeting tertinggi universiti LPU..dan akak akan hantar surat minta penjelasan kepada TNC..
buat pengetahuan ehsan..selama pengalaman akak..ini bukan kali pertama, malah ia mengajar kita untuk sentiasa berhati2..
"people cant talk about ur future, cause they r not deserve to"
Post a Comment