Friday, May 29, 2009

SEPAGI BERSAMA PROFESOR EMERITUS TAN SRI DR. KHOO KAY KIM


                                                   Berbual dengan Prof Khoo yang masih kacak 



 

Pagi ini mood saya agak tidak stabil selepas pulang daripada pejabat Naib Canselor. Kak Tun emelkan kepada saya berkaitan surat yang perlu saya ambil di pejabat Naib Canselor. Cukup menguji kesabaran.

 

Saya berjanji dengan Brother Nuruddin dan Brother Hanif untuk bertemu Prof Khoo 10.30 pagi ini dan kami berbual di bilik pantri Jabatan sejarah . Hati yang tadi panas, terus sejuk apabila memandang wajah cendekiawan sejarah ini.

 

CHIN PENG

 

Membuka perbualan dengan perbezaan Profesor dan Profesor Emeritus cukup menarik.  Saya bertanyakan respon Prof Khoo tentang Chin Peng yang tidak dibenarkan pulang ke Malaysia. Mulalah beliau mengimbau tentang sejarah, bercakap tentang Daerah Dinding di Perak, tempat lahir Chin Peng  di Sitiawan. Daerah Dinding merupakan termasuk didalam negeri-negeri selat yang di jajah oleh British dan selepas pengisytiharan negeri-negeri selat sebagai tanah melayu, Semua masyarakat di negeri-negeri selat boleh mendapatkan kerakyatan. Persoalan yang ditimbulkan oleh Prof Khoo pada dimanakah Chin Peng berada pada tahun 1948 ? Ini kerana Chin Peng tidak dapat membuktikan bahawa dia adalah warganegara Malaysia. Prof Khoo bercerita lagi bahawa dia mengsyakki kemungkinan butiran bukti berada di Singapura kerana ketika itu Singapura merupakan pusat bagi negeri-negeri Selat.

 

KESEDARAN PADA MAHASISWA

 

Saya sempat melontarkan beberapa masalah yang saya dan rakan-rakan MPMUM hadapi ketika ini. Bagaimana ingin berikan kesedaran kepada mahasiswa hari ini ? Jawab prof Khoo “ Its too late. Kalau nak ubah kena start daripada pendidikan awal lagi.”

 

Beliau bercerita bagaimana UM dulu sangat dikagumi dan kini jatuh. Katanya ini adalah akibat peralihan budaya, mengapa Asia lambat mencapai kemajuan. Prof menekankan tentang budaya mencabar pada satu ketika dahulu yang sebenarnya menaikkan kualiti mahasiswa.

 

Sebagai contoh, thesis yang dilakukan oleh mahasiswa dahulu berkaitan dengan siapa yang dahulu menemui Pulau Pinang, yang dibuktikan oleh sejawaran Barat ialah Francis Light, sehingga dibuktikan oleh mahasiswa itu akan sejarah sebenar yang berlaku.

 

Hakikat yang diceritakan Prof Khoo, budaya ini sudah tiada, dikalangan mahasiswa hari ini. Sempat berseloroh tentang Pensyarah muda yang melabelkan gagal pada mana-mana mahasiswa yang tidak memberi jawapan seperti yang dikuliahkan.

 

MAHASISWA MENGGUGAT

 

Saya bertanyakan respon Prof Khoo sekiranya MPMUM ingin menghidupkan semula budaya SPEAKER CORNER yang telah menjadi satu platform kepimpinan, Prof Khoo sendiri amat menggalakkannya. (^_^)

 

Sempat bertanyakan tentang bahan bacaan tentang sejarah gerakan mahasiswa sendiri yang sukar untuk dicari, dan mencadangkan daripada pihak MPMUM sekiranya diberi peluang mendedahkan para mahasiswa tentang sejarah gerakan mahasiswa satu masa dahulu. Prof Khoo menyatakan kesanggupan beliau untuk memaklumkan kepada pihak Prof. Muhammad Abu Bakasupaya membuat cetakan semula buku tersebut. Ceria.

 

POLITIK NEGARA

 

Saya terkesan dengan kata-kata Prof Khoo pada ayatnya ”every person is an individual, sukar untuk menjangkakan apa yang akan seseorang lakukan, walaupun kembar siam. “ Nasihat yang sempat diberikan supaya kami berperanan untuk menyampaikan kepada mahasiswa lain tentang pentingnya mengkaji sejarah.

 

“ Universiti adalah tempat untuk mencipta idea”

“ kita perlu cipta idea yang berbeza”

“ produk mahasiswa ini yang perlu dilahirkan dari semasa ke semasa untuk majukan masyarakat.”

 

MENARIK

 

Saya sangat teruja dan melihat ianya menarik apabila Prof Khoo menggalakkan golongan mahasiswa “berguna” memohon untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). kerana apa ?

 

“ PTD adalah decision maker kepada ahli politik tidak berpendidikan” ( Loud and Vocal)

 

** Harap dapat jumpa Prof Khoo lagi, selepas ni mahu jumpa siapa pula ?**

** NANTIKAN**

 

15 comments:

Unknown said...

syoknya dpt berjmpa dgn prof emeritus dr. khoo kay kim..indahnya kalau dpt bertemu dgn nya...(tringat dgn Dr. Adi Badiozaman Tuah tyme Seminar budaya melayu sarawak)

Saladin the Sarasin said...

Ana rasa betul apa yang diucapkan oleh Prof tentang pembentukan mahasiswa tu. Memang bila dah jadi remaja dan orang muda ni, agak sukar untuk kita lenturkan dan buat acuan yang baru ke dalam diri mereka.

qudwaH_Humaira' said...

Aiman :

Datangla Um, saya bawakan berjumpa dengan dia..Insya ALLAH..(^_^)

qudwaH_Humaira' said...

Saladin the sarasin :

Ya..bila ana tanya dia jika benar kata Prof pimpinan mahasiswa tidak dapat berbuat apa-apa untuk tingkatkan kesedaran...

Prof khoo kata, berperanan untuk menyampaikan kebenaran..dan strateginya kena pelbagaila sebab sasarannya pelbagai

Shahidah said...

itu la sbbnye tak sume profesor bley jd emeritus kan?^^

menarik sbenanye p'kajian sejarah. byk buku2 ttg sejarah melayu dsb yg kini ada kt library negara rusia, belanda etc. kt salah sebuah library di rusia je, ada beribu-ribu naskhah dr tanah nusantara yg masih t'simpan rapi.

justeru, persoalannya, kenapa hak milik kite bkn berada dlm tgn kite?

sepatutnya, para mahasiwa mahupun graduan perlu m'buka mata mereka ttg sesetengah perkara yg terselindung di sebalik apa yg ada sekarang. tapi sayang, masih ramai yg t'bejat pemikirannya. sgt selesa dgn apa yg ada, hingga tiada inisiatif lgsg utk berfikir.

sifat inkuistif mmg sukar dipupuk di usia2 begini. akal mahasiswa di peringkat umur sebegini tak ubah spt CPU lama lagi tua.. lmbt memproses mklmt t'utamanya utk ditanamkn sifat2 sebegitu^^

di situlah terletaknya tanggungjawab ibu bapa yg sedar dan tahu ttg perlunya pendidikan insaniah spt ini. t'gmbar betapa susahnya nk mendidik anak sendiri suatu hari nanti^^

keep up with this kind of news sister~~^^

'ainun said...

salam..
wow..cantiknye templete..
teruskan usaha2 perkongsian ilmu dan maklumat

Muaz Hadi said...

prof khoo kay kim mmg layan. pendapat dia bagi aku lebih melayu dari ahli akademik melayu. kenegaraan dia hebat. mmg ahli sejarah tulen.

p/s aku tertarik dgn stament last pasal pegawai tadbir dan diplomatik.. tajam..

rahman said...

“ PTD adalah decision maker kepada ahli politik tidak berpendidikan” ( Loud and Vocal).....boleh terangkan dengan lebih lanjut x kak

Mohabar said...

bagus tulis anda..teruskan ngn menulis..jihad mate pena...

qudwaH_Humaira' said...

shahidah :

sekarang...akak mengajak shidah dan adik2 yang akak sayang yang lain, untuk berusaha menyampaikan kebenaran pada yang lain...

itu usaha kita..
boleh kan ?

qudwaH_Humaira' said...

'ainun :

hehe... syukaran ya ukhti !

Unknown said...

insyaallah sekiranya tiada aral melintang maybe nex semester we will visit UM...as a our international program..(lwtn muhibah)..(^-^)

Shahidah said...

insyaAllah~~^^
kesedaran perlu dtg dr dlm diri sendiri..
ada inisiatif utk b'ubah,
ingin tahu hal2 isu semasa
smoga dgn usaha yg b'dikit2 dpt m'beri ganjaran yg besar pd ms yg akan dtg...^^

qudwaH_Humaira' said...

aiman :

tafaddal

Anonymous said...

Semuga Tuhan berserta dr khoo kay kim..beliau bukan sahaja ahli sejarah bangsa bangsa tetapi bakal mencatat sejarah sebagai salah seorang bangsa cina yang berfikiran seperti ahlul bait..beliau di takdirkan Allah bakal mengenal keindahan syorga..tanyalah hatinya, bakal terjawab oleh hatinya..benar.
lawati alamjin-tuankelarias.blogspot