Tuesday, February 15, 2011

TUNAIKAN HAK ALLAH PULA


Akhir post saya adalah pada bulan lepas. Huh! Ini sungguh penyakit malas datang hinggap ke badan. Alhamdulillah..ketika menulis post kali ini, saya telah selamat melapor diri di SMK Taman Molek, Johor Bahru. Entah mengapa dalam banyak-banyak “tika” doa-doa mustajab, saya cenderung untuk menjadikan musafir sebagai laluan muhasabah dan doa yang panjang. Mungkin kerana, apabila kereta dipandu, atau duduk di dalam bas, mata banyak merenung hakikat ciptaan dan sayu hinggap lebih lama.


Psikologi seorang wanita, yang saya sendiri alami, antara yang ketara ialah, apabila emosi kurang enak menjelma, amatlah sukar untuk memberi tafsiran “punca sebenar” gelojak hadir. Apabila saya tahu hakikat ini, dan melihat potensi perkembangan emosi diri sendiri, saya akan mula mengambil masa untuk muhasabah dan “counter back” ke posisi asal dengan harapan saya akan jadi lebih baik. Dan semestinya insan yang rapat dengan saya akan jadi mangsa atau “pesalah” awal, sehingga saya akhirnya meminta maaf.


Ia sungguh berkembang!


Kerana, selepas melalui fasa tersebut, saya mula menyebarkan “tarbiyah” yang saya terima. Alhamdulillah! Ia membuatkan saya teguh dengan teguran Allah kepada saya. Insya Allah..ameen.


Saya mengemas seperti biasa, menyelesaikan semua urusan posting seperti yang lain. Namun kejanggalan yang saya alami, apabila saya tidak akan dapat lagi melalui hari-hari biasa di rumah. Saya sangka saya tabah.*__*


Nah, bagaimana menerima transisi sukar apabila sudah “selesa” dalam halaman seorang “ibu”. Saya mula membayangkan hidup saya tanpa anak-anak..kerana, selepas konvokesyen bulan Ogos tahun lepas, sehinggalah hari saya bergerak ke Johor, saya ditarbiyah untuk menjaga anak-anak kecil. Hari-hari saya diisi dengan keindahan bau-bauan bayi, pagi saya dimulakan dengan memeluk mereka, menukar pampers dan memandikan anak, memberi makan dan menyusukan mereka, menjaga kakak yang pantang, sehingga saya sanggup ke seorang ke KL dari kampung hanya kerana rindukan mereka!


Sehingga akhir saya berpisah dengan Haikal(3 tahun), hasif(5bulan) dan Saif Ariz(3bulan) saya masih tidak dapat menahan sebak. Tak sanggup!


Dengan ibu apatah lagi..


Saya mengambil masa..berfikir dan merenung kembali isi doa-doa saya..Astaghfirullahal’azim..Allah tidak pernah melupakan kita, malah jauh rahmatNya terhadap kita yang penuh dosa tidak pernah putus..


Saya berteleku lagi usai solat..jawapan demi jawapan akhirnya saya terima..


“Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah..rupa-rupanya aku tidak redha..tidak redha dengan ujianMu” tersentap jiwa, jantung mula laju..


Padahal Allah tidak pernah menghampakan saya selama hidup..Allah sentiasa memakbulkan doa-doa hanya saya yang tidak redha dengan takdir Allah, padahal Allah telah mentakdirkan yang terbaik buat saya.


Saya lupa doa yang saya sering ungkapkan kepada Allah telah Allah buka hikmahnya dengan penuh kebaikan.


Seperti sabda Rasulullah s.a.w, hadis riwayat Bukhari maka sudah pastinya sahih iaitu: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya.”


Dalam perjalanan hidup seorang hamba menujuNya, pasti ujian dariNya adalah suatu yang lumrah dan kadang – kadang dalam perjalanan kita bermujahadah untuk memahami makna CintaNYA, kita diuji dengan istilah cinta, yang mana kadang – kadang dibaluti nafsu dunia, yang juga terkadang sesetengahnya makin menjauhkan kita sedikit demi sedikit dari mujahadah asal untuk mencari erti cintaNYA..


Memang susah untuk mendidik hati, untuk suka apa sahaja yang Allah suka dan benci pada segalanya yang Dia benci kerana kadang - kadang nafsu dulu yang berbicara sebelum iman.


Andai kita yakin. Setiap apa yang berlaku, Qada dan Qadar ke atas diri kita adalah suatu bentuk interaksi Cinta Sang Pencipta kepada hamba, pasti kita menerima pemberianNya dengan ekspresi cinta juga yakni dengan penuh redha.


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Surah al-Baqarah: Ayat 186).


Hakikatnya, Segala ketetapan Dialah yang sempurna buat kita kerana ia datangnya dari Yang Maha Sempurna. Pasti pemberian Allah itu tiada cacat celanya. Relakan, Allah pilihkan apa saja untuk kita, walau pilihan Allah mungkin tak seperti keinginan di hati, Namun pasti disana ada Rahsia Illahi yang tersembunyi, yang kita tidak tahu dan pasti tersirat hikmah yang terlalu banyak . Bukankah kita ini memang manusia yang terlalu banyak jahil dan tidak tahu? Apa yang tersembunyi sedikit dari penglihatan mata kita saja kita sudah tidak dapat menebaknya.


Alhamdulillah..setelah banyaknya nikmat yang Allah kurniakan, saya berazam untuk menunaikan hak Allah dengan bersungguh-sungguh! Marilah kita teguhkan hati-hati kita di jalan Allah. Terima kasih ya Allah!


*penceritaan mudah faham oleh Cikgu Ayuni. Mudah faham kan? Harap-haraplah ya..


5 comments:

ShohwatuL_Islam said...

Astaghfirullahalazim...
Aisyah berkata: Beruntunglah bagi sesiapa yang mendapati istighfar yang banyak di dalam lembarannya (di akhirat)

Qatadah berkata: Al-Quran ini telah menunjukkan kepada kamu penyakit kamu dan ubat kamu. Penyakit kamu ialah dosa dan ubat kamu ialah istighfar.

Ketidakredhaan kita pada apa yg dihidangkanNYA adalah satu penyakit..ubatilah ia agar tidak parah dan diri tidak punah.
Maka,hak ALLAH yg mana harus kita kenal dan bagaimana utk tunaikannya...sama2 kita kembara dan langsaikannya.insyaALLAH...:)

Nurfaain Anafi said...

semangat cikgu ayuni!!teruskan perjuangan ukhti dalam meneruskan dakwah melalui pengajaran!!

Kemboja Putih said...

salam cikgu ayuni..
tahniah.selamat mendidik anak2 JOHOR..(^_^)..

qudwaH_Humaira' said...

shohwatul islam:

menerima hakikat sebagai manusia sentiasa berbuat dosa..dan tahulah bahawa amalan yang kita lakukan tidak akan pernah dapat memasukkan kita kedalam syurga..hanya dengan Rahmat Allah..Rahmat dan kasih sayang Allah..semoga Allah ampuni dosa-dosa..setelah terlalu banyak nikmat yang Allah beri, malu untuk meminta sedangkan dosa tidak pernah hilang dalam diri..

ain: syukran sayang..mudah-mudahan sinar itu kekal dalam dirimu..hingga kelak kau menyinari insan lain juga..ameen

kemboja:
dengor kemboja den teringat kubor..hehe

OTAK BERANGAN said...

salam kak ayuni.. orang pertama yang beri nasihat pd sy dulu smsa sy sampai di um... akak sy rindu sgt pada akk.. sy rndu kta2 smngt akk pd sy... dulu kak ayuni pesan agr sy beljr rjin. ingt pada keluarga.. sy doa kak sentiasa berjaya di dunia mahupun di akhirt..