Wednesday, November 17, 2010

ABANG STRES KALAU SAYANG STRES


Salam Eidul Adha. J Alhamdulillah di kesempatan ini mari kita bertakbir dan melafazkan kesyukuran atas setiap nikmat yang dikurniakan.


Apabila merenung kembali kisah Siti Hajar dan Ismail yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim tulisan YB Ustazah Nuridah dalam satu web ia membuatkan saya tergerak untuk menulis sesuatu. Yang pertama saya perhatikan jika muslimat berbicara, mereka sentiasa mahu dilihat berfungsi tidak kira dari sudut kepimpinan atau gerak kerja organisasi. Ia seperti satu sikap mahukan kepastian kepada pimpinan muslimin bercakap “ Ya, memang berfungsi” . Mengapa ya ?


Dan ia berlaku di semua corong parti, saya kira.


Allah mengurniakan Nabi Ibrahim seorang isteri yang sangat taat, luar biasa sabar dan ikhlas mencintai Allah s.w.t. Bayangkan sekiranya Siti Hajar tidak sabar, mungkin sahaja Ismail mati kelaparan, atau sukar Nabi Ibrahim meninggalkan mereka berdua ditengah padang pasir yang panas. Bagaimana mahu dibandingkan dengan seorang isteri yang suka meminta-minta, membentak-bentak, suka bercakap kasar dengan suaminya, jauh taat kepada arahan yang dilihat zalim(ditinggalkan di padang pasir). Subhanallah !


Jika perbandingan positif pengaruh isteri mahu dilakukan kita lihat peranan Siti Hajar dengan luar biasa sabarnya berlari anak mencari air antara Safa dan Marwah. Bukan sekali dua, tapi tujuh ! Allahuakbar. Saya sendiri tidak dapat membayangkan betapa sukarnya pengorbanan Siti Hajar dalam keadaan terik panas, dan betapa sukarnya melihat anak kecil menangis kehausan. Hebat Allah !


Namun, sabar itu bukan perkara yang mudah sebenarnya. Kerana bukan mudahnya sabar dalam mencari keredhaan Allah sehingga Allah s.w.t rakamkan betapa syurga tersedia buat hambaNya yang sabar :


“Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhan mereka, dan mendirikan sembahyang, serta menafkahkan dari apa yang Kami berikan mereka, secara bersembunyi atau terang-terang; dan mereka menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itulah disediakan bagi mereka balasan yang baik iaitu Syurga Adn, yang mereka akan memasukinya bersama orang yang soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka, sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu berkata :Selamat sejahteralah kamu disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amalmu.”'
Ar-Ra’d: 22-24


Benarlah, manusia bisa menjadi luar biasa apabila punya tahap keimanan yang cukup jitu. Sabar perlu seiring dengan mujahadah. Saya nak jadi muslimah yang sabar !

3 comments:

Al Fateh said...

ibrah daripada kisah Nabi Ibrahim, Saidatina Hajar serta Nabi Ismail memang cukup kena dengan tajuknya. Allah kurniakan seorang nabi dengan isteri yang taat dan sabar dengan jalur perjuangan suaminya. Namun tak kurang juga ada isteri nabi-nabi yang tidak menjangkaui peranan suami mereka seperti isteri nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Benarlah, ada hikmah di sebalik setiap kisah yang diceritakan Tuhan.

Aizat Salleh said...

Apabila kita sayang pada seseorang, namun kecintaan kita kepada Allah mengatasi sayang kita pada seseorang itu. Itulah yang diertikan sebagai pengorbanan.. Salam Aidiladha..

Anonymous said...

Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taatlah kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran. Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al-Imam Bazzar).