Monday, April 5, 2010

BUNUH SEMUT, GAJAH BERLELUASA



Sekali imbas melihat sejarah hidup Kartika mungkin tiada siapa yang peduli akan setiap getir yang dilaluinya. Kita hanya suka melihat Kartika sebagai wanita yang bersalah kerana meminum arak dan harus dihukum !


NAK ELAK AIR MELIMPAH, TAPI PAIPNYA TIDAK DITUTUP


Hukuman sebatan kartika digantikan dengan kerja khidmat masyarakat yang telah pun bermula 2 April 2010 selama tiga minggu di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan fatimah, Kuantan. Setelah saya baca penyataan media oleh pihak kesatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia dan menghubungi Kak Kartika sendiri, saya melihat ketidakupayaan seorang wanita.


Allah pasti membantu setiap yang membantu agama Allah. Maruahnya sudah hilang kerana MALU ditangkap melakukan perkara Haram berdasarkan agama sehingga hukuman mengikut perundangan syariah telah dijatuhkan. Kartika mempertahankan untuk melalui hukuman ini tanpa membuat sebarang rayuan.


KEPUTUSAN TERKINI


Persoalannya, adakah kerja khidmat masyarakat ini lebih ringan berbanding sebatan syariah yang ditetapkan oleh Islam? Jika faham syariah, sebatan ini adalah jauh lebih ringan dan berperikemanusiaan ! Ianya menjawab kepada tujuan Islam menggariskan hukuman sebagai mendidik manusia menjadi insan Kamil yang memberi manfaat kepada diri dan alam sejagat, tercegah daripada melakukan kejahatan-kejahatan yang merosakkan iman dan sahsiahnya, menghalang daripada mengulanginya serta memberi pengajaran kepada ummat. Bagaimana manusia melihat nafsu lebih BAIK berbanding ketentuan Tuhan pencipta seluruh alam?


Saya yakin, selepas ini masyarakat Islam akan semakin seronok ketagihan arak!


BUNUH SEMUT, GAJAH BERLELUASA


Mengapa masalah tidak pernah kan selesai? Kerana kita tidak percaya pada Tuhan. Jauh melaksanakan hukum Tuhan. Tuhan itu siapa? Pencipta manusia. Malah merasakan undang-undang yang dicipta sendiri lebih relevan dan lebih baik.


Penyakit ini tidak akan pernah selesai kerana kita hanya berusaha mengelak air daripada melimpah tetapi paip air dibiar terbuka. Hukuman hanya kepada semut tidak kepada gajah-gajah pengeluar arak negara. Akhirnya, semut terbunuh dan gajah-gajah hidup berleluasa.


Tidak perlulah nak tangkap orang Islam minum arak, sedangkan pemimpin kita berbangga dengan sumber pendapatan negara yang diperoleh melalui perniagaan ini, malah, kita mempunyai pemimpin Islam dalam syarikat besar arak. Buat apa mahu diambil tindakan minum arak sekiranya lesen-lesen penjualan arak masih diberikan dan arak boleh didapati dengan harga yang paling murah (rm2-3). Jika benar pemerintah sayangkan rakyat, kurangkanlah iklan 1Malaysia,konsert-konsert hiburan melampau, cerita politik kotor dan perbanyakkan kempen kesedaran arak, zina, buang anak dan gejala sosial yang semakin membarah.


KARTIKA


Saya tidak tahu berapa ramai lagi “Kartika” yang akan bertambah berdosa selepas ini sekiranya setiap kali hukuman dikenakan, mereka hanya perlu bersihkan rumah kebajikan. Kartika sekurang-kurangnya berjaya membuka mata kami tentang hikmah hukuman Tuhan namun tidak kurang juga yang semakin keliru dengan sistem perundangan Islam negara kita !


Saya bersangka baik, keputusan terkini ini "mungkin" selepas timbang tara kemaslahatan ummat dilakukan.


TAPI TOLONG LAH, JIKA ANDA ISLAM


Jangan menolak hukum Allah walaupun tahu ianya mustahil untuk dilaksanakan sekarang. Kerana sebenarnya anda telah menganggap diri lebih pandai dari Tuhan !

8 comments:

smas said...

saya jg agk trkjt dgn tndkn sultan phng yg tlh mringkn hukmn kartika..tndkn ini mmg btl seolah2 mgubh apa yg sbnrnya tlh tcatat dlm al quran..dalam agama islam sndiri Allah swt tlh menetapkn tntg hukmn yang akn di knakan kpd peminum arak iaitu dgn cra mgenakn hukuman sebatan 40x.Hal ini jg tlh d jlskan olh Rasulullah saw sbgaimna yg d nyatakn dlm hdisnya yg d riwayatkan olh Muslim yang membwa erti:"Rasulullah saw tlh mghukum empat puluh kali sebatan,Abu Bakar ra jg mghukum empat puluh kali sebatan dan Umar ra mghukum dgn lapan puluh kali sebatan.Hukuman ini ( empat puluh kali) adalah hukuman yg lbh sya sukai..
(riwayat Muslim)..kalau pun kita bersimpati shingga bkuasa utk mgubh ssuatu yg tlh mjd ketetpn sjk azali lg adalah tdk wajar hgga mybbkn hkmn sbsr itu d gnti dgn khidmt masyrakat,apa yg kt mmpu mlkukn ialah bsma2 mdoakn agr Allah mbri keampunn kpdnya walupun kdg terasa perit utk d telan,tapi apa yg pasti apa yg sudah d tetapkn itu sbnrnya adlh yg tbaik buat kita krn Allah lbh thu apa yg tbaik buat kta sbgi hmbnya..insyaAllah klu hukmn ini d jlnkn mcm yg d griskn dalm islam sudah tntu ianya mberi ksn d stiap jiwa umt islam agr menjauhkan diri dari tahi arak ini..
ana asif..

qudwaH_Humaira' said...

smas:

bila saya hubungi pembantu kak Ika, dia kata, kita x dibenarkan guna "diringankan" tapi "diganti".

setiap hari guruh makin kuat berbunyi..sahabat saya di kuantan mengadu cuaca kat sana sentiasa panas sampai mudah jatuh sakit..

saya fikir-fikir, Allah nak tunjukkan sesuatu...Andai bala diturunkan kita pun akan disapu sekali..nauzubillah..

Al-Fateh said...

Hukuman yang dikenakan ke atas Kartika dilihat tidak menghormati pendirian beliau sendiri.

Jika individu yang menjatuhkan hukuman sedemikian merasakan bahawa ia sudah cukup ringan. Tidakkah mereka merasakan bahawa hukuman terhadap kesalahan tersebut akan tetap juga dilaksanakan di akhirat.

Tidak kiralah dia golongan di raja atau rakyat marhaen. Raja tetap hamba Allah yang tidak imun daripada berbuat dosa.

Di mana JAIP dalam isu ini ? JAIP pada saya sudah jatuh darjatnya. Rumah pelacuran, kedai arak dan judi bersepah-sepah di pinggiran bandar Kuantan dan Cherating. Tiada pula usaha untuk menutup dan mengharamkan pusat2 berkenaan di Kuantan.

Apa yang mereka tahu adalah keluarkan pekeliling mengatakan individu sekian sekian tidak boleh mengadakan kuliah di negeri Pahang kerana tidak mendapat Tauliah.

Jaip... Apakah kamu ini perosak sebenar agama ? Di mana fungsi kamu ?

ummu_humaiirra said...

MasyaAllah..Inilah akibat apabila kuasa sultan dipandang lebih tinggi dari Hukum Allah swt...

Seindah Ciptaan Tuhan MU`IZZUDDIN THE BRO said...

assalamualaikum.. melihat kes kartika ni, ada wajarnya soalan ini dilontarkan:

siapakah lagi yang akan merubah keadaan ini, melainkan kita juga?

marilah kita tinggalkan angan2x dan terus mengorak langkah ke hadapan melakukan perubahan.

kegemilangan islam terletak pada tangan - tangan muda.tidak akan tertegak sebatang tiang,tanpa ada usaha yang mahukan ianya tegak.

ayo! di sana masih ramai lagi menunggu kita..untuk berjuang bersama- sama! alangkah manisnya jika idea tentera jepun dahulu: " KAMIKAZE" di islamisasi seterusnya diaplikasikan dalam pendirian kita.


menyinggung sebentar..assalamulaikum =)

qudwaH_Humaira' said...

al-fateh :

sebenarnya ini adalah hakikat undang-undang syariah di negara kita, sebab undang-undang syariah kita tertakluk bawah berlembagaan dan masih mempunyai ikatan tanpa cerai dengan sivil law..

kita harus memuji usaha kehakiman dan penguatkuasa syariah atas sikap sentiasa berjihad mendekatkan perundangan kita dengan hukum Allah..

yang tu ana setuju..ana pun x faham la akhi..

qudwaH_Humaira' said...

ummu humaira':

kalau ikut undang2 syariah yang kita guna pakai sekarang memang sultan ada kuasa pengampunan..

mungkin yang kita boleh lontarkan persoalan ialah, mengapa pihak penguasa melihat hukuman sebatan 6kali secara syariah lebih berat dari khidmat masyarakat 3minggu?
dmana penilaiannya..

qudwaH_Humaira' said...

muizzudin the bro:

terima kasih atas singgungan (^_^)