Friday, September 11, 2009

GAMBARAN HIDUP SEMENTARA



Gambaran hidup sementara

Membawa pengertian akhir Ramadhan

Erti ruang peluang

Tuhan memberi ganti setiap kesusahan

Dengan turut memberi ajar manusia

Melihat hikmah daripada setiap sisi alam

Hingga tergambar nikmat disetiap kesusahan

Allahuakbar.

Ajarkan aku segenap ilmu

Hingga kelak matiku aku beriman

Kurniakan aku mata hati

Yang melihat setiap kemanisan pada kesakitan

Gambaran hidup sementara

Aku ertikan pada hibaku di akhir Ramadhan..

3 comments:

wann said...

nice one..


p/s : boleh ye sy follow kamu..

Saladin The Saracen said...

Semoga Fasa terakhir ini dapat diperoleh bersama ya Humaira'...

(Kamera DLSR macam tu untuk konvokesyen...)

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Salam.
Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri.
Semoga Ramadhan yang bakal berlalu ini memberi seribu makna dalam diri kita.
Selamat pulang ke kampung..
Semoga ukhwah kita berkekalan hingga akhirnya.
-Aizat-