Wednesday, September 23, 2009

DOA ZURIAT..sambungan CINTA PERTAMA

Sambungan Cinta Pertama

Aisyah mengusap perutnya..lalu perlahan-lahan aisyah hembuskan kalimat suci. Aisyah mengulangi perbuatan yang sama..Tanpa sedar Mujahid memerhatikan gelagatnya..

Sebulan sudah berumah tangga, Mujahid dan Aisyah sah menjadi pasangan suami isteri. Ketika itu, bunga Cherry sakura sedang kembang mekar, Aisyah meminta izin suaminya untuk berjalan-jalan disekitar taman berdekatan rumah mereka..

Di bawah pohonan yang sungguh cantik itu, Aisyah mula mengusap lagi perutnya, dan kemudian tersenyum..

"Aisyah.." sapa mujahid lembut. Aisyah benar-benar kelihatan terkejut. Terlalu asyik dibuai fikiran sendiri tanpa sedar kehadiran suaminya. Jelas, Aisyah masih cuba menyesuaikan dirinya dengan suasana baru bersama Mujahid.

"Ya," Aisyah memberikan senyuman kepada Mujahid. "Abang perhati, Aisyah selalu mengusap perut dan seperti membacakan sesuatu, Aisyah bacakan apa ya sayang?" Aisyah kelihatan sedikit terkejut, tidak menyangka setiap tingkah diperhatikan suaminya.

"Emm..Aisyah dah terbiasa begini sejak dahulu lagi, bacaan doa untuk dapatkan zuriat yang soleh solehah" Mujahid tersenyum.."Maksud Aisyah sejak dahulu tu bagaimana ya ?" Aisyah membetulkan kedudukannya, masih belum bersedia untuk berkongsi.

"Aisyah ingin sampaikan sesuatu dan meminta izin, Aisyah ingin ke Palestin, mengikut rombongan Ustaz Amir untuk bantuan keamanan di sana bulan hadapan, jika abang izinkan.." Mujahid lama termenung. Terlalu banyak persoalan timbul dibenaknya, mengapa Aisyah terlalu banyak berahsia dengannya, dan walaupun telah sebulan mendirikan rumah tangga, Aisyah masih seperti yang dikenalinya sejak pertemuan pertama.

"Jika abang tak izinkan bagaimana?" duga Mujahid. Aisyah menarik nafas dalam-dalam, air matanya mula bergenang."Ana redha...Asif" Aisyah bingkas bangun berjalan masuk ke dalam rumah.

Aisyah terus mengambil wudhu' lalu menunaikan solat sunat 2 rakaat. Di akhir solatnya dia muhasabah kembali tingkahnya pada seorang lelaki bergelar suami. Aisyah sendiri tahu, keputusannya untuk redha bernikah bermaksud selepas ini redha suamilah penentu syurga neraka bagi hidupnya..


"Allah, ku yakini sepenuh hatiku, bahawa Cinta Pertamaku adalah pada perjuangan
agamaMu. Ya Rahman, berikanlah kekuatan hati tika ia diuji. Jadikanlah aku mata
rantai yang melahirkan mujahid yang tekadnya syahid dijalanMu, sungguh aku
sungguh Cinta pada zuriat yang soleh"

Bersambung….

No comments: