Wednesday, September 23, 2009

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA ??


MUJAHID SETIA




Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Ayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia




Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hinggal ajal kan menjelang




Enyahkan rasa takut dan gentar

Walau raga kan meregang nyawa

Karna Allah tlah janjikan surga

Untukmu mujahid setia



~shoutul Harokah~



Kepada yang masih lena tidur, ingatlah bahawa kita masih ada beberapa ketika untuk dimanfaat dalam melangsaikan setiap janji. Semboyan saya bunyikan lebih awal, supaya setiap batang tubuh ke arah kemenangan bersiap siaga..Ayuh! Masanya sudah terlalu hampir.


DOA ZURIAT..sambungan CINTA PERTAMA

Sambungan Cinta Pertama

Aisyah mengusap perutnya..lalu perlahan-lahan aisyah hembuskan kalimat suci. Aisyah mengulangi perbuatan yang sama..Tanpa sedar Mujahid memerhatikan gelagatnya..

Sebulan sudah berumah tangga, Mujahid dan Aisyah sah menjadi pasangan suami isteri. Ketika itu, bunga Cherry sakura sedang kembang mekar, Aisyah meminta izin suaminya untuk berjalan-jalan disekitar taman berdekatan rumah mereka..

Di bawah pohonan yang sungguh cantik itu, Aisyah mula mengusap lagi perutnya, dan kemudian tersenyum..

"Aisyah.." sapa mujahid lembut. Aisyah benar-benar kelihatan terkejut. Terlalu asyik dibuai fikiran sendiri tanpa sedar kehadiran suaminya. Jelas, Aisyah masih cuba menyesuaikan dirinya dengan suasana baru bersama Mujahid.

"Ya," Aisyah memberikan senyuman kepada Mujahid. "Abang perhati, Aisyah selalu mengusap perut dan seperti membacakan sesuatu, Aisyah bacakan apa ya sayang?" Aisyah kelihatan sedikit terkejut, tidak menyangka setiap tingkah diperhatikan suaminya.

"Emm..Aisyah dah terbiasa begini sejak dahulu lagi, bacaan doa untuk dapatkan zuriat yang soleh solehah" Mujahid tersenyum.."Maksud Aisyah sejak dahulu tu bagaimana ya ?" Aisyah membetulkan kedudukannya, masih belum bersedia untuk berkongsi.

"Aisyah ingin sampaikan sesuatu dan meminta izin, Aisyah ingin ke Palestin, mengikut rombongan Ustaz Amir untuk bantuan keamanan di sana bulan hadapan, jika abang izinkan.." Mujahid lama termenung. Terlalu banyak persoalan timbul dibenaknya, mengapa Aisyah terlalu banyak berahsia dengannya, dan walaupun telah sebulan mendirikan rumah tangga, Aisyah masih seperti yang dikenalinya sejak pertemuan pertama.

"Jika abang tak izinkan bagaimana?" duga Mujahid. Aisyah menarik nafas dalam-dalam, air matanya mula bergenang."Ana redha...Asif" Aisyah bingkas bangun berjalan masuk ke dalam rumah.

Aisyah terus mengambil wudhu' lalu menunaikan solat sunat 2 rakaat. Di akhir solatnya dia muhasabah kembali tingkahnya pada seorang lelaki bergelar suami. Aisyah sendiri tahu, keputusannya untuk redha bernikah bermaksud selepas ini redha suamilah penentu syurga neraka bagi hidupnya..


"Allah, ku yakini sepenuh hatiku, bahawa Cinta Pertamaku adalah pada perjuangan
agamaMu. Ya Rahman, berikanlah kekuatan hati tika ia diuji. Jadikanlah aku mata
rantai yang melahirkan mujahid yang tekadnya syahid dijalanMu, sungguh aku
sungguh Cinta pada zuriat yang soleh"

Bersambung….

Friday, September 11, 2009

GAMBARAN HIDUP SEMENTARA



Gambaran hidup sementara

Membawa pengertian akhir Ramadhan

Erti ruang peluang

Tuhan memberi ganti setiap kesusahan

Dengan turut memberi ajar manusia

Melihat hikmah daripada setiap sisi alam

Hingga tergambar nikmat disetiap kesusahan

Allahuakbar.

Ajarkan aku segenap ilmu

Hingga kelak matiku aku beriman

Kurniakan aku mata hati

Yang melihat setiap kemanisan pada kesakitan

Gambaran hidup sementara

Aku ertikan pada hibaku di akhir Ramadhan..

Sunday, September 6, 2009

BANYAKKAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK



Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar yang diadakan di UTHM masih segar dalam ingatan. Aktiviti bersama penduduk Kampung Sungai Rambut adalah antara yang paling saya gemari. Pagi itu, sukaneka bersama adik-adik tadika diadakan. Malah saya tidak terlepas menyertai aktiviti tersebut.

Berlari seorang adik menghampiri saya, minta saya ikatkan tocang rambutnya. ” Cantiknya, rambut adik” Dihulurkan klip rambut yang agak besar, ada rambut palsu bewarna perang terjuntai. Astaghfirullahal’azim. Termenung sejenak saya. Kemudian, adik tadi terus lari masuk ke kelas.

Saya tertarik dengan ulasan YB Senator hari ini yang meminta supaya lebih banyak penubuhan taman bimbingan kanak-kanak (tabika), taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) adalah bagi membantu keluarga-keluarga di Malaysia dalam penjagaan dan pengasuhan kanak-kanak.

Malah saya berpandangan bukan sahaja penambahan pusat penjagaan perlu, namun kualiti pendidikan agama dan asuhan mengikut sunnah yang merupakan elemen penting pembentukan jiwa kanak-kanak adalah WAJIB diterapkan. Malah kesilapan penerapan asuhan ketika kecil mampu membina tingkah anak yang negatif.

Termenung melihat adik kecil memakai klip rambut palsu yang hukum memakainya adalah haram disisi agama. Bagaimana asuhan kepada anak ini sehingga dia telah dididik cantik dan selesa memakai sesuatu yang dilarang dalam Islam.

Bukan berniat untuk menyalahkan mana-mana institusi asuhan anak-anak, namun saya ingin mengajak pihak Kementerian atau mana-mana pusat penjagaan supaya menjadi medan tarbiyah akidah anak-anak yang paling proaktif/pragmatis/progresif dan semua is-is yang ada.

Tidak mahu terlalu ekstrem meminta para ibu berhenti kerja dan memberi pendidikan homeschooling kepada anak-anak. Namun, betapa penting para ibu bapa memilih pusat asuhan yang mempunyai elemen keagamaan yang merupakan asas pembentukan jati diri anak diwujudkan. Saya juga ada keinginan untuk membuka pusat asuhan anak-anak berkonsepkan Islamic Homeschooling. insya ALLAH..doa-doakan ya.

Kakitangan awam dapat subsidi pengasuh

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pemberian subsidi itu diluluskan Kabinet, bertujuan meringankan beban tanggungjawab kakitangan awam berpendapatan rendah yang sebelum ini terpaksa membayar yuran penuh.

Beliau berkata, pembayaran subsidi itu disalurkan terus kepada taska beroperasi di kementerian atau jabatan kerajaan terbabit bagi memastikan kanak-kanak di bawah usia empat tahun menerima pendidikan awal berkualiti.

Statement ini saya akan follow up daripada segi implimentasi pendidikan awal “ BERKUALITI”

Thursday, September 3, 2009

PRK UM VS E-VOTING


Pilihan Raya Kampus yang telah diberi nama baru Pemilihan Perwakilan Pelajar (untuk elakkan penggunaan Mahasiswa) nampaknya telah mula menampakkan ambang dengan terbentuknya Jawatankuasa pemilihan di peringkat Hal Ehwal Pelajar.

Malah uji lari e-undi yang telah diadakan di beberapa tempat, kolej kediaman dan fakulti pada 3 September baru-baru ini memberi satu signal bahawa ianya akan berlaku tidak lama lagi.

Pilihanraya Kampus sesi lepas mencatatkan partisipasi kurang menggalakkan apabila hanya lebih kurang 60% pelajar turun mengundi. Ia mungkin disebabkan oleh ada segolongan daripada kita tidak merasai atmosphere PRK walaupun UM dikatakan antara kampus panas dan meriah, juga mungkin kerana kurang kesedaran betapa pentingnya setiap daripada kita untuk memilih pemimpin kampus.

Masih segar dalam ingatan, awal Januari di DTC apabila senarai nama MPMUM yang berjaya mendapat kerusi diumumkan sehingga jam 4 pagi akhirnya.

Nampaknya Universiti Malaya sudah mula mengambil langkah untuk turut sama menggunakan sistem e-voting ini. Malah, pihak pentadbiran melihat sistem canggih abad ini perlu ada di setiap kampus kononnya ia menunjukkan betapa majunya universiti kita.

Apakah sebenarnya masalahnya jika sistem ini digunapakai ? Nah, ianya akan kembali kepada persoalan asal iaitu KETELUSAN dan KEPERCAYAAN. Ketelusan pelaksanaan dan penerimaan mahasiswa sendiri samada yakin atau tidak dengan setiap cara kerja e-voting ini.

KETELUSAN

Sistem ini diragui kerana ketelusan nya tidak jelas nyata seperti sietem kira undi secara manual. Jika manual, pihak mahasiswa juga diberi peluang untuk turut sama melihat kertas undi, juga boleh membuat kira-kira sendiri setiap kertas undi yang ditanda. Mahasiswa berasa puas kerana jika sebarang perubahan bilangan undian yang ketara.

Pernah dimaklumkan sebelum ini bahawa sistem e-voting akan mewujudkan satu jawatankuasa audit yang terdiri daripada individu bukan Hal Ehwal Pelajar untuk memantau proses pengundian. Inilah turning-pointnya, kerana pihak mahasiswa tidak dapat turut sama memeriksa keberkesanan sistem. Tidak berpuas hati.

KEPERCAYAAN

Pihak MPMUM sesi 0809 tidak melalui fasa pembentangan dan perbahasan berkenaan sistem ini dengan justifikasi MPMUM sesi lepas telah bersetuju dengan e-voting dan ianya akan diteruskan. Bermaksud tiada lagi sebarang bangkangan atau bentuk tidak bersetuju atas pelaksanaan ini.

Jika kita tidak percaya pada sistem komputer ini, bagaimana harus kita setuju untuk menggunakannya ? Dan kemudiannya apabila timbul pelbagai persoalan berkenaan transparency dan penyalahgunaan kuasa pihak-pihak berautoriti, pihak pentadbiran menyatakan bahawa semuanya hanyalah persepsi dan paradigm pemikiran buruk sangka.

YAKINkan kami dahulu sebelum kami SETUJU.

Mari kita sama-sama kaji keberkesanan sistem ini. Yang utama, hak mahasiswa tidak dinafikan untuk setiap satu pelaksanaan melibatkan mahasiswa. ALLAHUAKBAR !

Tuesday, September 1, 2009

REDHA SUAMI

"Sesungguhnya Allah telah membeli diri dan harta orang-orang yang beriman dengan memberikan syurga untuk mereka, mereka berperang fi-sabilillah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah yang disebutkan dalam Taurat, Injil dan al-Quran. dan Siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Oleh sebab itu, bergembiralah engkau semua dengan perjanjian yang telah engkau semua perbuat dan yang sedemikian itu adalah suatu kemenangan yang agung." (at-Taubah: 111)


~Sungguh, aku amat berbangga hidup miskin namun bersuamikan pejuang ALLAH yang hidup dan matinya hanya menegakkan kalimah LAILAHAILLAH.~ qudwahhumaira'