Monday, March 30, 2009

HUTAN>>PENGAJARAN ALAM

coursemates
subahannallah
titian gantung..saya tak gayat cikgu ! (^_^)
antara yang menarik..apa pandangan anda?
pokok ni nama dia elephant sitting down

LAWATAN KE FRIM

Ahad lepas saya dan rakan-rakan jurusan Sains Pendidikan dan Persatuan anak-anak Pahang mengisi ruang masa ke Institut Pennyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong. Dengan jumlah hampir 40 orang semuanya. Aktivi release tension yang bagus.(^_^)



Antara aktiviti yang kami sertai ialah jungle trackking ke puncak canopy walk, merentasi pelbagai jenis flora yang menyejukkan pandangan mata. Keistimewaan tempat ini ialah ia merupakan kawasan perladangan pokok, bermakna pohon yang ditanam diletakkan mengikut jenis dan tahap komersial nya.


MENARIK



Usaha memelihara sumber fauna dan flora ini sangat diperlukan, bukan itu sahaja, pendidikan terhadap kehijauan alam yang seimbang perlu ditekankan. Kini, kawasan yang lewat 80 tahun dahulu merupakan kawasan lombong, kebun sayur dan belukar menjadi kawasan pembelajaran kerana menjadi salah sebuah pusat rujukan yang terkemuka dalam penyelidikan hutan.


PENGAJARAN DARIPADA ALAM



Saya mula mencemburui pelajar yang mengambil jurusan sains yang melibatkan alam sekitar, namun saya beriman kepada Al- Musowwir yang berkuasa meletakkan minda kreatif pada setiap bidang. Anda pelihara hidupan dan mengkaji alam dengan Al-Quran, dan saya dan rakan-rakan Sains Pendidikan akan mendidik kain putih anak kecil dengan ilmu berkaitan alam dan keTuhanan.(^_^)


"Katakanlah: ‘Adakah sama orang-orang yang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’ Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran".

(az-Zumar 39: 9).



BERKONGSI


Saya kongsikan beberapa pemandangan dan laluan kami sepanjang ekspidisi ini. Terima kasih kepada Pengarah, saudari Syahida dan Kak Nabila, juga rakan-rakan lain...ALLAH memang HEBAT!


Wednesday, March 25, 2009

SETIAP AIR MATAKU MENGALIR..


Ya ALLAH, tiada Tuhan yang ku sembah melainkan Engkau

Ya ALLAH, ku beriman dengan setiap kalimahMu

Ya ALLAH, ku beriman dengan setiap hukumMU


Benar Ya ALLAH, kejahilanku tidak pernah berkurang

Yang akhirnya aku gagal memperbaiki diri

Benar Ya ALLAH, terasa dunia ini sempit dan kecil

Hingga terasa tidak sabar untuk bertemuMU


ALLAH, Engkau Yang Maha Agung

Aku ini lemah Ya ALLAH

Lemah dan hina segenap tubuh dan pekertiku

Tangisku gagal menginsafi diri

Kerana aku masih sentiasa dekat dengan membuat dosa


ALLAH, Engkau Yang Maha Mengetahui Hati ini

Tiupkanlah semangat kesabaran Khadijah yang membawa kekasihMU sentiasa rindu padanya

Bimbinglah jiwa ini seperti Aisyah menjadi dirinya sangat dicintai kekasihMU

ALLAH….


Aku hanyalah hambaMU yang hayatnya dihujung-hujung dunia

Yang Kelilingku dipenuhi syakwasangka dalam beragama

Yang dikelilingku manusia tidak berasa malu untuk meninggalkan suruhanMU

Yang dikelilingku wanitanya berbangga dengan menunjukkan aurahnya


ALLAH…

Iman ini hanya pinjaman ya ALLAH

Ilhamkanlah kebaikan kepadaku

Sesungguhnya aku terlalu ingin menjadi mulia disisiMU….



Setiap air mataku mengalir…

ALLAH jangan tinggalkan aku lagi

Aku cinta ALLAH

Tuesday, March 17, 2009

TAUJIHAD DAKWAH

tadi baru dengar taujihad daripada Ustaz tuan ibrahim tuan man

tentang


dakwah dalam kampus


ustaz kata dakwah kita ni

bukannya seperti berniaga

kalau orang yang berniaga ni

pagi berniaga

petang baru kira apa pulangan yang dia dapat

tolak modal, kos

baru dapat untung

tapi kita


selagi mana kita berdakwah di jalan ALLAH

selagi itu kita mendapat keuntungan


itu satu

yang kedua

tentang seruan dakwah itu sendiri


tugas kita hanya menyampaikan

sama ada mad'u kita tu terima atau tidak

itu urusan ALLAH yang menggenggam

hati-hati manusia


kita hanya menjadi mereka yang menyampaikan

jikalau tiada orang yang menerima dakwah kita

usah bersedih hati

sebab


bila kita dakwah shj

kita sudah mendapat pahala

dan kita perlu sentiasa sematkan dalam hati

yang dakwah kita tu kerana ALLAH


terima atau tidak

itu urusan ALLAH

ustaz bagi contoh

zaman nabi


kalau nak dikatakan dakwah nabi itu berjaya atau gagal dari sudut pandangan

manusia

tentulah ia gagal

sebab apa ?

sebab dakwah nabi tidak berjaya menarik Abu Lahab dan Abu Thalib ke dalam

Islam


tapi

jika kita kira dari pandangan yang sebenarnya

memang tugas nabi itu menyampaikan


dan Allah yang berhak membuka pintu hati orang-orang yang didakwahkan


Dan ustaz juga ada quote kata-kata Saidina Usman Affan

yang mana saidina Usman berkata


"Apa-apa yang Al-Qur'an tidak dapat terangkan, maka siasah itu lah yang berperanan untuk menerangkannya"


dan tugas khalifah itu sendiri adalah


Iqamatuddeen

wa siyasatuddunya


jadi

kitalah yang termasuk dalam mereka yang bertitle "khalifah" ini

dan menjadi kewajipan kita untuk terus berjuang

kalau kita asyik memikirkan perkara negatif

maka kita tidak akan maju

fikirkan perkara positif


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. “ (at-taubah:111)


Yes ! Bersemangat !

Monday, March 16, 2009

UJIAN BERTIMPA LAGI ; MATI

5 hb yang lalu genap sebulan tempoh perkenalan saya dan skuter kesayangan saya MUSKITO yang dihadiahkan oleh ahli keluarga. Mereka berkongsi wang ( mama, babah, along, abang long, angah, ateh) untuk membeli Kito selepas kemenangan dalam Pilihanraya baru-baru ini.

Berkongsi video sepanjang PRK dulu, babah dan mama keduanya menangis.

Telah lama saya mengadu, kurang efektif melakukan kerja kerana masa banyak dihabiskan untuk berjalan , menunggu teksi dan mencari topi keledar(jika dapat pinjam motor kawan), yang kadang menuntut untuk ke tempat yang jauh juga.

Kemuncaknya, hadiah ini diberikan selepas sah ditaklifkan sebagai wakil MPMUM.

KECELAKAAN

Semalam saya keluar ke bandar untuk ke bank atas urusan MPMUM. Kelmarinnya, sahabat saya memaklumkan bahawa nat pemegang ekzos motor telah tercabut, akibatnya apabila Kito melalui bumper atau laluan tidak rata, ia akan bergoyang.

Saya yang cetek pengetahuan tentang motor, memaklumkan pada abang long saya untuk menghantar motor ke kedai.

pagi itu, saya perhatikan ada satu salur getah hitam yang terjuntai keluar daripada bahagian bawah motor. Hati sudah ragu-ragu untuk menaiki motor ke kelas. Namun, saya putuskan juga untuk ke kelas dengan motor kerana saya perlu menyelesaikan beberapa urusan segera.

KEMATIAN

Petang itu, saya keluar dengan Kito, selepas selesai urusan, saya pulang mengekori motor Yang Dipertua, sehingga laluan trafik seksyen 14, saya dapat rasai kelainan pada Kito, mula menderau, dan terasa seperti digesek sesuatu, saya mula gagal mengimbangi motor ( Kito agak berat).

Terus membelok-belok kereta yang ada dan berhenti ditepi jalan, saya lihat ada minyak keluar.

“ Dik, ekzos tu patah !” sebuah kereta proton wira melintasi saya.
“ Allahuakbar” Hati merintih..
“ Ujian” memujuk hati.

HUJAN RENYAI

Saya mula mencari jalan. Malam ini saya perlu pengerusikan mesyuarat, kerja-kerja Setiausaha masih banyak yang belum selesai. Kepala mula berkira-kira.

Saya terus menelefon sahabat, sungguh mereka terkejut.

Hod dan sahabat-sahabat baikku datang menghulurkan bantuan, dan bersungguh untuk menghantar Kito ke bengkel.

HIKMAH

Allah berikanlah hati yang sentiasa mengagungkanMU
Yang merasai nikmat pada ujian
Allah, aku ingin menjadi hamba yang diredhai
Yang merasa bahagia dengan ujian

Allah, aku tidak tahu perancangan manusia
Dan aku hanya mengharap perlindungan daripadaMU

Allah, jika manusia berniat mematikan aku
Tiadalah mereka mampu berbuat begitu, selain daripada itu adalah ketetapanMU.

Sahabat-sahabat menasihatiku untuk lebih berhati-hati, kenderaan, ,makanan dan apa sahaja.

Bersangka baik dengan ALLAH..

Saturday, March 14, 2009

TERBUDAYA ; BIAR IANYA MENJADI KULIT JANGAN JADI TABIAT

Dua minggu sarat dengan pembelajaran kehidupan yang pastinya membawa saya ke dimensi baru mengenal Tuhan.


TERBUDAYA ; BIAR IANYA MENJADI KULIT JANGAN JADI TABIAT


Saya menyertai Kursus Pengurusan Organisasi baru-baru ini yang menghimpunkan pimpinan mahasiswa seluruh Malaysia. Dan antara pengisian berbentuk team building kami dituntut untuk melakukan aktiviti berair.


Huh..Dan saya tidak bersedia !

Saya membawa pakaian outdoor namun bukan pakaian Sukan. Hajat dihati jalan terakhir yang akan saya lakukan, ku redah jua dengan jubah atau kurung. Namun saya masih mampu meminjam pakaian sahabat-sahabat pimpinan muslimat lain.


Kami semua dipisah-pisahkan mengikut team besar A, B,C dan D dan dipisahkan lagi kepada B1, B2, B3, dan B4. Nah, saya dikumpulan B4. Kami berkenal-kenalan sehingga saya dimaklumkan kami akan memasuki tasik untuk aktiviti berakit !


Selepas berakit kami diminta untuk melakukan aktiviti water confidence. Saya panik, kerana memakai tudung bewarna putih dan pastinya akan basah. Aktiviti ini tidak mengasingkan lelaki perempuan.Petang hari !


TEGURAN PEMIMPIN AGAMA ALLAH


Saya bercakap soal budaya dan kulit kemudian tabiat, apa kaitannya ?


” Ana tak setuju nti masuk dalam air”

” Nti sepatutnya menolak dahulu”

” Nti tau apa keadaanya jika seorang muslimah masuki air dan keluar dalam keadaan basah?”

” Dan yang melihatnya adalah lelaki-lelaki yang berpenyakit hatinya”

”Moga Allah memelihara maruah nti ”


Saya terfikir sejenak.. Di kampus Uni Malaya, bagi saya aktiviti ini biasa, malah saya pernah lakukan aktiviti yang lebih teruk, direndam dalam kolam dalam tempoh yang lama, panjat pokok, terkangkang-kangkang, dan banyak lagi.


Saya renung kembali. Bagi pimpinan muslimin yang berada dalam waqi’ yang solehah tidak akan memahami keadaan di tempat saya kini. Saya meluahkan bahawa saya juga ada malu, dan terpaksa membuang malu itu untuk tujuan dakwah.


Jika saya tidak berani menyahut cabaran-cabaran manusia yang sentiasa memandang rendah kepada muslimah bertudung labuh, menganggap mereka lembik dan bodoh teknologi, perubahan dalam kepimpinan itu akan diisi dengan pemimpin-pemimpin ”lain”.


Saya cuba rungkaikan persoalan ini.. Tiadakah jalan untuk keluar ?

Saya ingin menjadi contoh bagi segenap pemikiran mahasiswa yang pelabagai ragam minda, dan pada masa yang sama ingin memelihara malu dan berjalan atas syariat.


Ya, saya faham dan tidak mengatakan UM teruk, malah banyak mengajar saya erti kehidupan. Cuma kadang cemburu dengan muslimah di UIA dan Universiti lain.


ADIK YANG MENGAJAR


Saya masih mencari titiknya..Saya YM adik pada suatu petang, ketika itu, hati saya masih diganggu dengan persoalan ini. Mendapatkan nasihat daripadanya yang akhirnya menenangkan jiwa :


” Ooo..Kakde, ateh pun pernah alami perkara ini”

”Kena masuk dalam air”

”P ateh berkeras tak nak”

” Ateh bagitau pada fasi tu untuk dua pilihan, samada dipisahkan laki pompuan tempatnya, dan ateh akan turun atau ateh akan fight. Tak kiralah nak cop ape pun, malu ah”

”Nasib baik time tu ada muslimin yang bantu ateh terangkan pada fasi”

” Kakde, kalau kakde memberontakkan, pasti best..hehe”


Adikku, USIM (quran Sunnah)


Petang itu....saya berteleku ama... menangis..ALLAH..


Baru saya memahami erti “ Jadikan ia kulit dan bukan tabiat“

Saya sudah terlalu biasa dengan aktiviti begini, sehingga lupa orang yang bertaqwa itu akan bersungguh-sungguh memelihara dirinya.


” Ana faham waqi’ nti di sana”

”Nti dituntut untuk berhadapan mehnah, dan nti telah teruji”

“Ana maksudkan kulit, jadikan ia hanya sebagai bentuk siasah, nti perlu bertindak luar daripada malu nti untuk siasah“

“Ana maksudkan tabiat, jangan jadikan apa yang nti buat sebagai sebahagian daripada jiwa nti“


------------------moga muhasabah dalam redha ALLAH----------------------------

Thursday, March 5, 2009

USROH PENGUAT TARBIYAH MPMUM

Sudah sekian lama saya gagal mengupdate blog ini, dan hari ini saya ingin berkongsi. Saya dikelilingi kesibukan yang masih “terkawal”, bebanan assignment yang semakin tiba ke penghujung tarikh penghantaran dan pembentangan yang semakin membanyak. Urusan kerja-kerja pentadbiran, jemputan-jemputan segera, dan roadshow MPMUM yang telah berakhir semalam.

Alhamdulillah,

Dalam kesibukan MPMUM sendiri pada sesi ini merancang pengisian tarbiyah yang diketuai oleh Saudara Aizat yang merupakan Pengerusi Biro Kepimpinan, Kerohanian dan Pembangunan Insan yang juga merupakan seorang hafiz.

Jemputan yang amat saya kagumi, Ustaz Azlan membuka usroh dengan penceritaan sejarah kenabian yang Agung.Subhanallah..Hari ini kami berpuasa sunat dan berbuka bersama-sama selepas berusroh dengan tajuk “Nasihat kepada Pemimpin”. Alhamdulillah, makan roti pun sedap.(^_^)

Usroh yang dimulakan untuk pimpinan PMIUM insyaALLAH akan kami panjangkan kepada 41 pimpinan mahasiswa yang lain. Insya ALLAH. USROH akan kami jadikan sebagai pusat MOMENTUM bagi MPMUM kali ini. PERUBAHAN ROHANI !!

NASIHAT KEPADA PEMIMPIN

Saya ingin berkongsi dalam simpulan usroh kami “Nasihat kepada pemimpin”:

  1. Sunnah teragung Rasulullah S.A.W adalah DAKWAH dan PERJUANGAN berhadapan mehnah dan tribulasi manusia.

  1. Rasulullah S.A.W dalam lipatan sejarah berhadapan dengan pelbagai jenis ancaman, kisah berhadapan dengan wanita Yahudi tua yang amat membenci Rasulullah S.A.W mencuit hati saya. Rasulullah akan lebih mahu dan mendekati insan yang membenci dirinya. Lagi dibenci, lagi Rasulullah akan dekati.

  1. Kepimpinan Islam yang terbaik bukan kepimpinan yang bersikap ESKLUSIF tapi INKLUSIF. Pemimpin itu perlu duduk bersama masyarakat, mendekati dalam menyampaikan ajaran suci. Inklusif di sini bermaksud kalau dalam konteks kampus, pemimpin yang bukan sekadar memenuhi jemputan, namun lebih turun padang dan merasai bebanan mahasiswa.

  1. Amanah itu adalah perkara yang akan ditanya oleh ALLAH samada kepimpinan kita berjaya atau pun tidak. ( sangat mengesan hati)

  1. Keputusan syuro ada hikmah alamiah kerana Islam itu bersifat Rahmatan lil’alamin, sebagai contoh kita rasakan keputusan kita lebih baik daripada apa yang diputuskan dalam syuro namun hikmahnya yang perlu diimani, keputusan syuro adalah lebih baik daripada keputusan individu.

Terasa bebanan yang semakin berat di atas bahu ini. Allah, bantulah aku Ya ALLAH.

Saya tekad tidak akan membiarkan ujian yang menimpa tidak kira kata-kata nista dan keji, perancangan demi perancangan untuk mengganggu dan melambat-lambatkan gerak kerja dakwah atau apa bentuk gangguan untuk menenggelamkan perjuangan saya dan rakan-rakan.

Kuasa hanyalah alat untuk menegakkan syari’at ALLAH. Alhamdulillah..Dalam MPMUM sendiri terdiri daripada pimpinan pelbagai agama yang boleh diserasikan dan satukan dibawah kebaikan beragama. Tarbiyah dari ALLAH. SEMANGAT !!

"Ya Rasulullah..aku cinta padamu"