Monday, December 1, 2008

TERUJA YANG TER AMAT SANGAT


Alhamdulillah…

Allah masih memberi rezeki dan kesempatan yang pastinya amat HEBAT..Kasih sayang terasa menyerap urat nadi..

Entri kali ini, mengekspresikan kegembiraan hati ..

SAYA TERUJA YANG TERAMAT SANGAT : 1


Hari ini saya dan seorang sahabat baik saya akan menghadiri Bengkel Peningkatan Belia di Shah Village Hotel. Saya telah diajak oleh seorang kenalan ketika menghadiri satu seminar Melayu-Islam di Pusat Dialog Peradaban Uni Malaya tidak lama dahulu. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal,tanpa melepaskan peluang keemasan ini, saya dengan gembira menerima ajakan tersebut yang pastinya memberi pulangan ilmu yang akan memuaskan kesuma jiwa.

Tambahan makan minum dan penginapan adalah percuma.(^_^)

Moga ALLAH beri peluang untuk saya lebih dekat denganNya hasil daripada bengkel ini.

SAYA TERUJA YANG TERAMAT SANGAT : 2

Semalam, saya telah menghabiskan masa berjam-jam lamanya di Pustaka Mukmin (Favourite place) untuk mencari buku kegemaran. Malah beberapa hari sebelum semalam, saya bertanya pandangan dan cadangan buku yang menarik untuk dibaca kepada teman-teman saya. Terima kasih atas cadangan anda.

Saya juga ke MPH , namun niat saya hanya untuk mencuci mata. Buku di MPH dan POPULAR agak mahal, susah jika saya mahu minta diskaun, masa pula terhad. (^_^)

Ingin berkongsi…

Saya Teruja Yang Teramat Sangat dengan buku. Tambahan buku yang berbentuk FIKRAH=PEMIKIRAN

Saya sukakan buku yang boleh membuatkan saya berfikir dan merenung jauh, yang memberi lontaran soalan bertubi-tubi kepada benak, membuat saya kenal diri hasil muhasabah, malah mampu menggoncang roh mindset lama kepada satu bentuk “tajdid fikrah”, dan akhirnya membentuk satu peneguhan jati diri yang lebih baik. Saya sangat suka..sangat suka...subhanallah...

Pemilihan buku pada mulanya bergantung kepada penulis..Saya akan lihat siapa penulis dan kemudian barulah melihat tajuk buku. Namun saya sedar, saya masih baru dalam dunia buku ini.

Kali ini, saya memilih buku-buku ini :

1. How to Win Friends and Influence People – Dale Carnegie

2. Men Are From Mars, Women Are From Venus - John Gray

3. CINTA di Rumah Hasan Al-Banna –Mohammad Lili Nur Aulia (Best Seller)

4. Dilema Melayu-Islam ; Kurang Fikir atau Kurang Zikir- Pahrol Muhamad Juoi

Saya mengucapkan terima kasih daun keladi kepada kekanda-kekanda saya yang telah berjanji untuk menjadi penaja bayaran buku-buku di atas. (^_^)

SAYA TERUJA YANG TERAMAT SANGAT : 3

Saya sebenarnya telah lama benar ingin memiliki novel Faisal Tehrani (tajuknya dirahsiakan). Namun setelah memikirkan budget yang saya sediakan tidak mencukupi, saya batalkan niat saya, tambahan buku-buku yang telah saya beli lebih saya utamakan. Novel ini baik sebagai bahan bacaan tambahan.

Dan malam semalam, Allah beri sinar harapan baru, saya berbual dengan seorang adik, yang merupakan peminat novel Faisal Tehrani. Allahuakbar !

Saya sangat gembira kerana dia telah memilik hampir semua novel beliau malahan bersedia untuk memberi pinjam novelnya kepada saya. Allah mendengar bisikan angin lalu saya. Ini dinamakan rezeki yang tidak disangka-sangka. Terima kasih Ya ALLAH.

Saya sukakan novel-novel berbentuk “thriller Islami” yang mampu memberi impak maksima terhadap penghayatan malah memberi suntikan semangat rohani.

Insya ALLAH jika ada kesempatan, akan saya kongsikan hasil pembacaan saya nanti. Sampai di sini dahulu. Salam sayang.

Men are motivated and empowered

when they feel needed..

Women are motivated and empowered

when they feel cherished..

(John Gray)

8 comments:

fit@blonc said...

salam..
cuti x balik umah ke?
nak rekemen satu buku bleh?
"democratization & the contemporary islamic resurgence: democracy vs syuracracy"
penerbit: thinker's library sdn. bhd
penulis: dr. zeenath kausar
first edition: 2008
all da best..

Anonymous said...

salam perjuangan...

wah, mesti sekarang dah banyak bahan bacaan di rumah ni. :) Teruskan membaca, kerana pemimpin yang unggul itu sememangnya lahir dari pembacaan yang kritis.

Juga nanti, kongsikan hasil pembacaan nti dengan sahabat-sahabat ya :)

qudwaH_Humaira' said...

fit@blonc...

balik.. datang sebab ada program
hehe....
fit, hang blanje bagus juga..
baca buku men are from mars and women r from venus...
pasti hang pas ni ramai muslimah suka..
hehe

qudwaH_Humaira' said...

saladin the saracen..

salam perjuangan juga...
ana juga suka tulisan nta...
sebab nta selalu buat analisis kritis..
teruskan ya

insya ALLAH...
boleh nta kongsi x, mcmne nta boleh hasilkan penulisan yang santai tapi kritis..?

fit@blonc said...

x baca pun dah ramai orang minat kak oi...
nanti kalau aku baca abis la,budak laen kata aku tamak pulak...

sya_ais said...

nak pinjam buku men from mars n women from venus tu..plz2....
plz....

fit@blonc said...

maaf,saya hanya melawak dalam komen saya di atas..
tiada kena mengena dengan sesiapa..

sHi said...

salam ayuni tersayang,
waa..dah beli cinta di rumah hassan al banna..sangat2 best. akak dah baca. memang sgt respek bagaimana si mujahid ini bukan sahaja pendakwah di luar, malah menjadi qudwah yang sangat baik di rumah. anak2nya pasti berasa bangga dengannya. alangkah hebatnya jika suami kita sepertinya kan? dan kita sebagai wanita juga pelu amik steps bagaimana beliau mendidik anak2 di rumah. eyh, dh baca habis belum? sile2..baca dulu ye.nanti kite wat sharing session. =)