Sarjana hijau dan tenang melihat pohon di luar tingkap seperti dibuai-buai bicara tasbih kepada Yang Esa. Dicelahannya kelihatan dua ekor monyet yang sedang bermain bersama..berguling menuruni bukit. Bertemankan pohon ’flip flap’ yang daunnya digerakkan dengan tenaga solar..comel disinari mentari..Juga bergerak dalam sendu tasbih..Sambil berselawat..
Muslimah itu duduk sambil melihat monyet.. bertanya pada hati siapakah gerangan pengemudi bahtera..termenung..dan kemudian cepat-cepat sedar dan beristighfar..Sudah gilakah aku ? Hari-hari semakin rasa pelik. Hati mula sukakan hadis-hadis berkaitan rumah tangga Rasulullah. Sukakan syair-syair cinta. Mula gemar mendengar rakaman ceramah-ceramah berkaitan jodoh. Ada rasa bimbang kerana masih belum pandai memasak, hanya tahu 2 3 resepi sahaja. Diri mula mengatur kehidupan, jika dulu mengemas katil dan bilik untuk diri sendiri, kini mula bersungguh-sungguh mengemas ibarat mahu mengambil hati seseorang.
Jika dulu buat air berbasi-basi sahaja, kini mula cermat dan memastikan air itu sedap. Wah ! Apa yang sudah terjadi pada diri ? Adakah hati ini sudah bersedia untuk dibuka kepada CINTA manusia bernama ADAM ? Adakah diri ingin mula melakukan persiapan untuk pakej penyerahan CINTA yang terbaik ? Oh..Tidak...
Dalam sujud terakhir subuh ini.. Ada kelainan rasa.. Tangan muslimah itu mengusap perutnya. Indahnya rasa jika benih di dalam rahim ini lahir menjadi pejuang Islam yang hebat. Doa hatinya tidak pernah putus.. Sambil berselawat.. Mula merasai CINTA Ilahi.. Tanpa sedar air mata mengalir. Mula tekad untuk mendidik diri ke arah yang lebih baik, kerana sedar zuriat yang soleh dan solehah lahir dari rahim yang suci dan bersih..
Malam itu hening...
Selepas pulang dari usroh..terserempak dengan sepasang couple yang berbual mesra di tepi tempat letak kereta.Suasana kelam dan gelap.. Hati menjadi panas. Benci melihat gelagat mereka.. Istighfar.. Hati bertanya, mengapa mereka tidak memahami erti CINTA ? Seronok melampias nafsu dan maruah sebelum membina kehidupan yang halal. Mencintai si dia, dengan mengorbankan diri. Sebelum mencintai si DIA..Sepatutnya CINTAi diri dengan menghayati nikmat CINTA pada ILAHI..CINTAI kelemahan diri dengan amalan IBADAH cintaNYA..
Muslimah itu, terus mencapai risalah berkaitan CINTA di dalam beg, dan mendekati pasangan tersebut. ” Assalamualaikum, da lewat ni, elok beredar. ” Jelas air muka berubah, pasangan tersebut terkejut ,mungkin tidak sangka akan ditegur. ” Ni saya ada sesuatu untuk kamu berdua, pulang nanti fikir-fikirlah ya. Assalamualaikum.” Pasangan tersebut terdiam dan terus mengambil risalah yang dihulurkan, kemudian beredar. Hati merasa lega, puas. Hati tidak putus-putus berdoa..
Ya ILAHI
Ajarkan aku kejahilanku
Pelihara diriku dari murkaMU
Janganlah KAU uji hatiku
Tika aku mula memaku yakin CINTA hati ini
YA TUHAN..
Ku susunkan hukum untuk bahagia
Hukuman dalam bersedia menanti si DIA
Jika KAU takdirkan si DIA untukku
Temukan kami dalam redhaMU
YA TUHAN
Pelihara diri ini dari CINTA murahan
Pasakkan semangat pejuangan paling utama
Ku yakini perancanganMU Maha Hebat
Ku serahkan segalaNYA padaMU
CINTA..
Datang dalam hati tanpa sedar..
Tiada rayu tiada pinta..
CINTA itu masih bukan milikku..
Sehingga DIA membenarkannya
CINTA bukan tafsiran nafsu
CINTA adalah nikmat fitrah hamba
CINTA untuk redhaNYA
CINTA untuk zuriat, bakal pejuang agamaNYA
CINTA untuk ketenangan dunia..
CINTA untuk kebahagiaan akhirat..
Tiada CINTA si dia hingga masanya
Sebelum tiba masa itu
Belajar menCINTAI diri
Dengan menghayati CINTA Ilahi..
Menjaga malu pakaian diri...
”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). ”
( An-nisa’ : 34)
2 comments:
Mabruk...ana ucapkan tahniah buat anti kerana berjaya merealisasikan impian untuk memliki blog sendiri. Semoga ini akan menjadi wadah baru untuk anti melebarkan sayap dakwah...
InsyaALLAH...
salam..ana bersetuju dengn pendapat enti..kita perlu mencari cinta Allah SWT sebelum menerima cinta seorg insan bernama lelaki..after dah jumpa cinta Allah, Allah sendiri yang akan guide kita untuk bertemu dengan jodoh kita yg sebenarnya dan mempermudahkan urusan kita..(^_^)..sayang ayuni..ukhwah yg ikhlas akan membawa kemanisan dalam bersahabat..
Post a Comment