Hari ini
usia kandungan ummi cukup 39 minggu bersamaan 9 bulan 3 minggu. Hanya menanti
zuriat ini untuk dilahirkan ke dunia. Ummi sudah terlalu lama tidak mencoretkan
apa-apa di laman ini. Bermula hidup ummi berubah apabila bernikah dengan abi sehingga ummi kini
benar-benar sarat ingin melahirkan anak ummi.
Segala puji
hanya bagi Allah yang menciptakan makhluk daripada tiada kepada ada.
Ramadhan
ummi yang lepas ummi sambut dengan penuh kelelahan. Ketika itu usia anak ummi
baru beberapa bulan. Ummi tidak dapat
berpuasa dengan kuat, ibadah ummi rasakan kosong kerana kalah dengan perubahan
diri ummi. Dalam hati ummi bersangka bahawa ummi begini kerana adanya sesuatu
dalam rahim ummi. Sedang membesar.
Kali ini abi
benar-benar menatang ummi semampunya dia. Abi banyak menitip doa
sambil mengusap perut ummi dan memberi didikan sepanjang ummi mengandungkan
anak ummi ini.
Ummi sungguh
rindu untuk menatap wajah anak ummi.
Yang ummi
kandungkan 9 bulan lebih.
Ummi rasa
berdebar-debar sayang.
Semoga Allah
melindungimu duhai anak
Semoga Allah
mentakdirkan kebaikan dunia dan akhirat buatmu
Semoga urusan
kelahiran anak ummi dipermudahkan
Semoga Allah
sempurnakan solat fardhu ummi sebelum melahirkan
Semoga Allah
temukan kita dengan doktor muslimah yang solehah yang memelihara aurat ummi
sepanjang tempoh dihospital kelak
Semoga Allah
mengizinkan nama-nama AgungNya diperdengarkan ke telinga anak ummi sebaik
sahaja anak ummi dilahirkan
Semoga
zuriat pertama ini menjadi penyejuk mata ummi dan abi, amanah dan aset ke
syurga
Semoga ada
keberkatan surah Maryam, Yusuf, Luqman, At-taubah, Yassin, Taha dan Al-hujurat
Semoga ada
kebaikan pada zikir-zikir
No comments:
Post a Comment