Monday, July 5, 2010

JANGAN KELUAR DARI MUSYAWARAH


Blog saya telah lama dibiarkan bersarang seperti adanya..


Tiba-tiba tersentak apabila para pelajar saya memaklumkan mereka turut membaca blog ini. Nampaknya mereka sedar saya tidak konsisten.


Minggu lalu terlibat dengan Minggu Sains dan Teknologi, saya dimaklumkan bahawa saya telah dilantik untuk menguruskan satu pertandingan baru di antara sekolah Berasrama Penuh berjiranan dengan Sains Alam Shah. Interschool Mighty Minds Challenge.


Saya pulang lewat hari ini, usai perbincangan bersama AJK pelajar, menunggu Isnin untuk perlaksanaan. Ianya tidak selancar yang saya jangkakan apabila seorang pelajar yang pada awalnya dilantik sebagai pengacara hari itu menyerahkan amanahnya kepada seorang lagi pelajar Tingkatan Lima. Apakah?


Rakan AJK yang lain mula rasa tidak berpuas hati. Teringat saya kisah yang cukup mengesan jiwa. Saya minta mereka supaya mengingatkan saya untuk bercerita kisah ini.


“Ingatkan saya ketika post mortem nanti ya.” Sungguh-sungguh.


Petang itu, saya mengajak mereka ke kantin, sambil memesan kueh tiau kung fu secara berjemaah, saya memulakan bicara.” Kita buka dengan Al-Fatihah”


“Masih ingat perang uhud?” saya menduga. Saya juga ingat-ingat lupa bila sebenanya mereka belajar tentang perang diperingkat sekolah menengah.


“ Ingat cikgu” kata salah seorang dari mereka


“ Cikgu, ceritalah. Apa kaitannya dengan kisah di dewan tadi.” Kata rakan mereka yang lain.


“ Ketika perang Uhud, Rasulullah s.a.w mengajak para sahabat bermusyawarah. Ketika itu, Rasulullah s.a.w mencadangkan untuk bertahan di Madinah sahaja, namun akhirnya bersetuju untuk perang keluar dari Madinah iaitu di bukit Uhud seperti yang dicadangkan oleh sahabat-sahabat Ansar. Maka bersiap siagalah Rasulullah s.a.w memakai pakaian perang. Menyedari keadaan itu, para sahabat mula merasa bersalah kerana tidak mengikut pendapat Rasulullah s.a.w dan akhirnya ingin kembali bersetuju dengan pandangan baginda.” Cerita saya ringkas.


“Kamu tahu apa jawapan Rasulullah s.aw?” mereka mula berkerut.


Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Sesungguhnya jika seorang Nabi sudah mengenakan peralatan perangnya, maka dia tidak akan menanggalkannya hingga terjadi peperangan’.


“ Perbincangan kita kelmarin, kita sepakat siapa yang akan mengacarakan majlis?” saya bertanya kepada mereka.


“Hanif cikgu,” saya tersenyum.


“Bijak. Tapi apa yang berlaku?” dengan harapan mereka memahami perkaitan sirah tadi.


“Bila dalam perbincangan sebelum ni semua setuju bahawa Hanif akan menjadi pengacara majlis, tiba-tiba keputusan yang dilakukan secara sepakat tu diubah ketika majlid berlangsung tanpa mengambil kira pandanga sebulat suara, tu yang jadi tunggang langgang tu kan cikgu?” saya berasa lega.


Kamu nak tahu tak, itu sebenarnya adalah adab dalam musyawarah. Contoh, haikal rasa pandangan dia lebih bernas dari keputusan yang kita dapat secara perbincangan tadi, maka dalam Islam,haikal perlu yakin bahawa keputusan musyawarah adalah lebih baik dan diberkati oleh Allah.


Saya pulang dengan harapan sekurang-kurangnya tidak dapat banyak, mereka mendapat sedikit pengajaran dari kepenatan yang panjang. Bahawa akhlak Islam bukan sekadar mengaji Al-Quran, atau mendirikan solat, namun memahami setiap tingkah adalah menggambarkan iman.


Akhir pertandingan, kami terpaksa membuat keputusan membatalkan finale kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Saya mendapat 12 model jantung diakhir majlis dan saiz nya adalah pelbagai ! seperti paip air pun ada^^.


Ya. Mari belajar dari perang Uhud, kerana Rasulullah s.a.w memberi akhlak terbaik dengan menghormati musyawarah.


(Musyawarah: mesyuarat)

2 comments:

Nurul Shahirah Mohd Saufi said...

Assalamualaikum..
khaifa hal?

Perkongsian yg bermanfaat..
Sekali kita menerima amanah yg diberi,jgn spruh jln..insyaALLAH

(^_^)

shahirah
http://zuyyinqaireen.blogspot.com

Al-Fateh said...

Bila kata sepakat telah dicapai, tak boleh untuk ahli syura saling menyalahkan antara satu sama lain. Apa kesudahannya kepada adik yang bernama hanif tadi ?

Ana nak menyarankan, agar apabila kita bersyura, ingatkan kepada ahli syura tentang kepentingan menggerakkan apa yang telah diperbincangkan.

Amalkan juga istighfar dgn keputusan yang telah dicapai, agar keputusan tersebut bebas daripada pengaruh nafsu dan emosi.

Sekadar cadangan. :)