Kelas bersama 4Jaya hari ini. Saya telah menyediakan powerpoint dan sempat menyelitkan doa qunut nazilah dengan niat untuk dibawakan kepada pelajar.
Kelainan perlu dilakukan. Saya tidak mulakan kelas dengan topik baru.saya ajarkan mereka doa qunut ini dan sempat bercerita ringkas tentang sirahnya.
“Kelas, apa berita paling terkini dunia?”
“Facebook!” seorang pelajar berseloroh. Yang lain ketawa dan saya kehairanan. “Kenapa dengan Facebook?” pelajar tadi mati kutu”errr, entah..”
“ Siapa tahu isu yang memang sedang heboh diperkatakan, ramai rakyat pelbagai negara keluar ke jalanan untuk meluahkan bantahan” saya mula memancing fikiran anak muda ini.
“Palestin teacher!” cepat seorang dari mereka menjawab. “ Bagus, sangat dekat dah tu,” cuba memberi satu jawapan tepat. “ Haa, tau dah teacher, yang kapal kena serang oleh Israel tu..” seorang lagi memberi jawapan.
“ Tepat sekali. Nak tahu apa perkembangan terkini?” cuba melihat kesungguhan mereka. Anak muda dalam tidak sampai 30 orang ini menunjukkan wajah ingin tahu. “Nak teacher!”
“Baiklah,” saya memulakan bicara dengan menunjukkan video berita terkini dari al-jazeera yang sempat saya download sebelum kelas.
Akhir penceritaan ringkas, saya tekankan kepada setiap jiwa-jiwa. Allah mentakdirkan kemenangan bagi Islam dibumi Palestin dan ia adalah satu tanda bahawa penghujung dunia itu sangat hampir. Kita semua disini adalah penghuni akhir zaman.
Saya mengajak semua anak muda untuk berfikir lebih jauh, bahawa tujuan berada di sini bukan hanya menuntut ilmu, berjaya dalam peperiksaan dan mengisi jawatan tertinggi, berkereta besar. Hari ini, apabila dunia sedar, PBB tidak berfungsi, kuasa besar dunia menyokong Israel, ia bermaksud hanya kita muslim yang sedar dan punya semangat juang dan jihad yang tinggi akan mengembalikan kegemilangan Islam.
Kelas hari ini sungguh berbeza. Apabila saya meminta sukarela untuk kehadapan menyelesaikan masalah kimia dan kaitkan bahawa seorang pejuang, sentiasa sedia untuk bertindak, bukan tunggu disuruh, cepat sungguh setiap dari mereka kedepan untuk menulis jawapan malah sampai berebut-rebut.
“Saya tak reti teacher” kata Syamim..”Cubalah dulu.” saya cuba yakinkan anak muda ini. “ tak tahu teacher” syamim mula hilang keyakinan” Kelas, awak bayangkan jika ada seorang palestin meminta tolong, dia nak dibunuh oleh tentera Yahudi. Ketika itu dia minta tolong pada Syamim. Syamim kata saya tak tahu, saya tak reti, sedangkan dia belum ambil satu langkah membantu. Adakah ini jiwa seorang pejuang?”
“Tidak!!!!” jawab anak muda yang lain. Kemudian mereka mula memberi semangat kepada Syamim dan akhirnya, Syamim ke hadapan, menulis sesuatu dengan bimbingan akhirnya berjaya! Jawapannya betul .
Alhamdulillah..
Terasa puas. Inilah usroh saya bersama anak muda setiap hari.
Mengajak mereka melihat sesuatu dengan pandangan yang lebih besar dari biasa.
Terima kasih ya Allah.
10 comments:
tahniah yuni sebab dapat membawa pelajar2 mendekati dan memahami islam dalam pengajaran di kelas..moga yuni sentiasa Allah beri kekuatan dan dipermudahkan setiap urusan...doakan kami, teman seperjuangan dapat mencontohi usaha2 murni yuni..~~sangat berharap~~
norhafiza_din:
hari-hari fiza lagi menarik dan mencabar..berbeza tekanan dan cabarannya..
usahanya tidak boleh sama..aye juga doakan kebaikan untuk fiza dan rakan-rakan yang lain..
memahami erti usroh..
sgt brtuah pljr2 saudari.. alangkah indah klu sy jg merasai pglmnya..^^
OMG!!!!!!!!
bagusnya cikgu ni.....membawa P&P jauh dr jangkauan...seharusnya kite memerlukan cikgu yg sebegini..barula anak muda kite tdk leka dengan semua yg didepan mata...
apa yg aku lalui di sekolah aku sgt berbeza..budak2 mcm xkenal erti menuntut ilmu..tak nak berusaha langsung..sampai kertas soalan yg tiada jawapan diberikan pada kami..akhirnya aku jd give up n stress!!! mcm sia2 je mengajor bagai nak rak...
aku bukan mengharapkan jawapan yg dorg berikan sume betul cume mengharapkan satu USAHA!! usaha untuk berubah!! tapi HAMPA...=(
bagi sikit idea...apa nk buat ek??? aku betul2 tertarik dgn tindakan budak tu ko kaitkan dgn seorg pejuang!! kreatif!!!! btw, TAHNIAH!!!
akk..sgt menarik set induksi 2..kaitan dlm pnp juga sgt mgujakn..trgin mnjadi ank didik akk..mis u sis.. (^^)
smassbh:
saya lah yang bertuah kerana dikurniakan anak murid yang sangat bersungguh-sungguh.(^_^)alhamdulillah.
shuk_devdas:
insya ALLAH..cabaran nya berbeza..aye praktikal kat Sekolah berasrama Penuh abang shukor..Budak semua memang ada keinginan untuk belajar.. latihan sentiasa siap..dengar kata..
abang shukor pula berbeza..usahanya perlu berbeza..biasanya pelajar macmni pasti ada masalah peribadi yang belum selesai..keluarga mungkin..
anonymous:
sapa ni rindu-rindu kat akak ni..hehe
Ustazah, tahniah kerana mampu menjadikan PnP lain dari yang lain. Ana yakin, ini merupakan satu jihad yang perlu diteruskan. Semoga terus thabat dalam perjuangan. Insya Allah.
al-fateh:
syukran..ana ambil pengajaran daripada ustaz juga..^^
tahniah.. (^_^)
cikgu,saya syamim :) haha
Post a Comment