Pilihan Raya Kampus yang telah diberi nama baru Pemilihan Perwakilan Pelajar (untuk elakkan penggunaan Mahasiswa) nampaknya telah mula menampakkan ambang dengan terbentuknya Jawatankuasa pemilihan di peringkat Hal Ehwal Pelajar.
Malah uji lari e-undi yang telah diadakan di beberapa tempat, kolej kediaman dan fakulti pada 3 September baru-baru ini memberi satu signal bahawa ianya akan berlaku tidak lama lagi.
Pilihanraya Kampus sesi lepas mencatatkan partisipasi kurang menggalakkan apabila hanya lebih kurang 60% pelajar turun mengundi. Ia mungkin disebabkan oleh ada segolongan daripada kita tidak merasai atmosphere PRK walaupun UM dikatakan antara kampus panas dan meriah, juga mungkin kerana kurang kesedaran betapa pentingnya setiap daripada kita untuk memilih pemimpin kampus.
Masih segar dalam ingatan, awal Januari di DTC apabila senarai nama MPMUM yang berjaya mendapat kerusi diumumkan sehingga jam 4 pagi akhirnya.
Nampaknya Universiti Malaya sudah mula mengambil langkah untuk turut sama menggunakan sistem e-voting ini. Malah, pihak pentadbiran melihat sistem canggih abad ini perlu ada di setiap kampus kononnya ia menunjukkan betapa majunya universiti kita.
Apakah sebenarnya masalahnya jika sistem ini digunapakai ? Nah, ianya akan kembali kepada persoalan asal iaitu KETELUSAN dan KEPERCAYAAN. Ketelusan pelaksanaan dan penerimaan mahasiswa sendiri samada yakin atau tidak dengan setiap cara kerja e-voting ini.
KETELUSAN
Sistem ini diragui kerana ketelusan nya tidak jelas nyata seperti sietem kira undi secara manual. Jika manual, pihak mahasiswa juga diberi peluang untuk turut sama melihat kertas undi, juga boleh membuat kira-kira sendiri setiap kertas undi yang ditanda. Mahasiswa berasa puas kerana jika sebarang perubahan bilangan undian yang ketara.
Pernah dimaklumkan sebelum ini bahawa sistem e-voting akan mewujudkan satu jawatankuasa audit yang terdiri daripada individu bukan Hal Ehwal Pelajar untuk memantau proses pengundian. Inilah turning-pointnya, kerana pihak mahasiswa tidak dapat turut sama memeriksa keberkesanan sistem. Tidak berpuas hati.
KEPERCAYAAN
Pihak MPMUM sesi 0809 tidak melalui fasa pembentangan dan perbahasan berkenaan sistem ini dengan justifikasi MPMUM sesi lepas telah bersetuju dengan e-voting dan ianya akan diteruskan. Bermaksud tiada lagi sebarang bangkangan atau bentuk tidak bersetuju atas pelaksanaan ini.
Jika kita tidak percaya pada sistem komputer ini, bagaimana harus kita setuju untuk menggunakannya ? Dan kemudiannya apabila timbul pelbagai persoalan berkenaan transparency dan penyalahgunaan kuasa pihak-pihak berautoriti, pihak pentadbiran menyatakan bahawa semuanya hanyalah persepsi dan paradigm pemikiran buruk sangka.
YAKINkan kami dahulu sebelum kami SETUJU.
Mari kita sama-sama kaji keberkesanan sistem ini. Yang utama, hak mahasiswa tidak dinafikan untuk setiap satu pelaksanaan melibatkan mahasiswa. ALLAHUAKBAR !
1 comment:
memang tdk dinafikan bhw e-voting ini byk mnimbulkan masalah..trutama skali dlm pngiraan undian yg dterima..walaupun "hired"org yg arif dlm e-voting blm tentu ia dpt mlicinkan pjlnn pngiraan..dr situ kita dpt mlihat ktirisan dan kebocoran dlm sistem pgiraan undi..
sistem e-voting selalunya centralised utk sesuatu kwsn..dn programmer utk sistem itu blh men'sabotaj' candidate dgn berbagai cara..
senang cakap bnda nie kdg2 lembab compare to manual...
Post a Comment