Sunday, September 6, 2009

BANYAKKAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK



Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar yang diadakan di UTHM masih segar dalam ingatan. Aktiviti bersama penduduk Kampung Sungai Rambut adalah antara yang paling saya gemari. Pagi itu, sukaneka bersama adik-adik tadika diadakan. Malah saya tidak terlepas menyertai aktiviti tersebut.

Berlari seorang adik menghampiri saya, minta saya ikatkan tocang rambutnya. ” Cantiknya, rambut adik” Dihulurkan klip rambut yang agak besar, ada rambut palsu bewarna perang terjuntai. Astaghfirullahal’azim. Termenung sejenak saya. Kemudian, adik tadi terus lari masuk ke kelas.

Saya tertarik dengan ulasan YB Senator hari ini yang meminta supaya lebih banyak penubuhan taman bimbingan kanak-kanak (tabika), taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) adalah bagi membantu keluarga-keluarga di Malaysia dalam penjagaan dan pengasuhan kanak-kanak.

Malah saya berpandangan bukan sahaja penambahan pusat penjagaan perlu, namun kualiti pendidikan agama dan asuhan mengikut sunnah yang merupakan elemen penting pembentukan jiwa kanak-kanak adalah WAJIB diterapkan. Malah kesilapan penerapan asuhan ketika kecil mampu membina tingkah anak yang negatif.

Termenung melihat adik kecil memakai klip rambut palsu yang hukum memakainya adalah haram disisi agama. Bagaimana asuhan kepada anak ini sehingga dia telah dididik cantik dan selesa memakai sesuatu yang dilarang dalam Islam.

Bukan berniat untuk menyalahkan mana-mana institusi asuhan anak-anak, namun saya ingin mengajak pihak Kementerian atau mana-mana pusat penjagaan supaya menjadi medan tarbiyah akidah anak-anak yang paling proaktif/pragmatis/progresif dan semua is-is yang ada.

Tidak mahu terlalu ekstrem meminta para ibu berhenti kerja dan memberi pendidikan homeschooling kepada anak-anak. Namun, betapa penting para ibu bapa memilih pusat asuhan yang mempunyai elemen keagamaan yang merupakan asas pembentukan jati diri anak diwujudkan. Saya juga ada keinginan untuk membuka pusat asuhan anak-anak berkonsepkan Islamic Homeschooling. insya ALLAH..doa-doakan ya.

Kakitangan awam dapat subsidi pengasuh

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pemberian subsidi itu diluluskan Kabinet, bertujuan meringankan beban tanggungjawab kakitangan awam berpendapatan rendah yang sebelum ini terpaksa membayar yuran penuh.

Beliau berkata, pembayaran subsidi itu disalurkan terus kepada taska beroperasi di kementerian atau jabatan kerajaan terbabit bagi memastikan kanak-kanak di bawah usia empat tahun menerima pendidikan awal berkualiti.

Statement ini saya akan follow up daripada segi implimentasi pendidikan awal “ BERKUALITI”

3 comments:

alyanaharir said...

Teruskan perjuangan Ya Ukhti..=)

alyanaharir said...

Teruskan Perjuangan Ya Ukhti.,,,=)

Anonymous said...

saya tertarik dengan artikel ukhti .saya pelajar tahun akhir architecture dan sedang membuat thesis berkaitan high tech islamic pre school . sedang membuat kajian tentang isu2 berkaitan islamic kindergarten..memang betul..pendidikan awal memeang patut diterapkan dari ketika kecil terutama pendidikan agama..