Thursday, May 20, 2010

TIDAK PERLU FATWA



Perkara yang jelas lagi terang kadangkala tidak memerlukan lagi lampu dari suluhan lain untuk meneranginya. Sebenarnya, tidak perlu meminta mufti bermusyawarah memutuskan apakah hukum nya kerana ianya jelas haram. Lesen pertaruhan bagi kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 diluluskan dan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Datuk Seri Mohd Najib. Apakah maslahatnya kepada rakyat?


Ascot Sport telah diberi lesen sebagai pihak yang layak menjalankan operasi betting sukan, kononnya sebagai usaha untuk mengurangkan aktiviti pertaruhan haram yang berleluasa di negara ini. Sumber itu juga mendedahkan, pasaran pertaruhan sukan haram di Malaysia dikatakan berjumlah sehingga RM20 bilion setahun, sekali gus mengurangkan cukai pendapatan yang dikutip oleh kerajaan.


Astaghfirullahal’azim. Jangan biarkan kami hidup di bawah kezaliman ini ya Allah.


Masih ramai yang belum sedar, kerajaan (tidak kiralah mana-mana parti politik yang menerajui kepimpinannya) adalah pemegang amanah kepada hasil sumber tanah negara dan rakyat. Kerajaan menguruskan segala masalah rakyat. Memang cukup besar peranannya. Kuasa ini yang menentukan kebijakan dalam mengurus negara dan satu kelompok ummat yang Allah biarkan hidup.


Apabila pemegang amanah meluluskan sesuatu yang haram untuk rakyat, ummat akan hidup di dalam laknat Allah. Dunia ini semakin tua, janganlah mati dalam keadaan kufur. Keluarlah dari pemikiran sempit duhai anak muda.



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Maksudnya:

”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya” (al-Quran al-Maidah 5:90).


3 comments:

healthy life said...

salam ziarah..ana setuju dengan pendapat mengatakan judi itu haram...secara jelas judi itu haram. tetapi ulamak bermusyawarah itu merupakan jalan yang dikehendaki oleh syarak, untuk menetapkan sesuatu hukum kepada perkara yang baru dan mutakhir, berdasarkan kepada hukum asal tentang judi itu haram. Ulamak bermusyawarah bukan bermaksud untuk menghalalkan judi, tetapi untuk mendapatkan kata sepakat dan ijmak ulamak. Itulah perkara yang harus difahami oleh orang-orang yang jahil mahupun orang yang berilmu dan merasa hebat dengan ilmu yang mereka ada.

aqilahhanis said...

salamunhi'alaik. bila enti menulis, ana terbayang enti bercakap. sahabat lama sudah lama tidak ketemu. moga terus tabhat dalam perjuangan. ameen.,

qudwaH_Humaira' said...

jalan hidup:

syeikh, apa maksudnya ulamak bermusyawarah bukan bermaksud menghalalkan judi?

aqilah:
rindu sama nti..kuatkan semangat.