Monday, May 17, 2010

NASIHAT UNTUK DIRI



Panjang renungan ku ke tikar mengkuang. Mata beralih dari satu kotak ke kotak yang lain, urat tikar yang saling bersilang.Entah untuk kali yang keberapa aku mengeluh hari ini. Mata mula berkaca. Allah..


Mengapa aku rasa sayu. Dan aku paling memarahi diri kerana selalu gagal memahami mengapa emosiku selalu begini.


Ketika begini, aku lebih suka banyak berdiam. Kerana bimbang emosi yang tidak tentu arah ini diekspresikan melalui tindakan yang terburu-buru. Pujuk hati untuk bersabar.


Aku mula memintal-mintal rambut sejadah sambil beristighfar. Dada terasa sakit dihujungnya, dan ianya hanya reda dengan tangisan, ku urut untuk memujuk hati. Perasaan apakah ini Ya Allah. Aku mula mencari punca, fikiran ku mula mengimbau kembali apa yang membuatkan aku terganggu. Yang membuatkan aku banyak diam. Yang diluarnya seperti merajuk.


Penat Ya Allah untuk punya perasaan begini..

Bait-bait ayat indah cuba ku hayati. Ya, memang ini sahajalah penemanku. Pantas ingatan dalam LRT kembali menerpa. Aku melihat 3 kerusi yang penuh dihadapanku. Seorang anak bersama ayah dan ibunya. Cemburu. Alangkah indahnya jika ayah masih ada.


Allah, itukah puncanya aku sedih begini. Hanya disebabkan aku cemburu melihat satu keluarga yang bahagia. Dan hanya kerana aku tidak punya ayah ? Astaghfirullahal’azim. Ampunkan dosa-dosaku ya Allah. Tanpaku sedar aku seperti tidak redha. Astaghfirullahal’azim.


Kadang aku marah, bila emosiku terganggu hanya kerana perkara kecil. Aku tidak mahu kehilangan perasaan ini. Ianya istimewa. Biarlah sakit mengurut dada atau menangis untuk rasa reda.


Wanita, melihat satu titik dihadapannya besar pada pandangannya. Ia melihat dengan seluruh jiwanya. Namun kadang gagal mencari punca mengapa ia begitu. Berikan masa itu pada dirinya. Supaya dia belajar memahami diri dan menyelesaikan kusut dalam ribut.


Jangan benci padanya. Tolonglah tiada bosan. Fahami dirinya. Walaupun kadang ianya memenatkan. Kerana dia juga tidak mahu begitu. Dia mahu bahagia.

4 comments:

ummu_humaiirra said...

moga tenang selalu..(^_^)

Norhafizawati Bt Mahmad Rozali said...

yun..moga diberi kekuatan...
sakit bila emosi terganggu...
duk mane skrang???

miss u..rasa lama sangat xjmp..bila last kita jmp pun ana x ingat..tp slalu kontek..keep in touch...

waktu ana sakit dgn ujian, sudah tentu ingat pd Allah ubat paling berkesan..satu benda y buatkan ana kuat..lihatlah mata anak2 didik..renung mereka dgn kasih sayang..sungguh jiwa2 itu y bakal kita didik untuk generasi akan datang ..untuk Islam..itu buatkan kita tidak boleh mengalah..=)

qudwaH_Humaira' said...

ummu_humaira:

syukran ukhti..

fiza:
terima kasih banyak2 atas dorongan dan ingatan..

.:Ismi Farha:. said...

salam rindu kak...

tak pasti akk ingt lg tak pd ana.. =)
apapn smoga tabah kak...
ada hikmah d sebalik ap yg blaku...
Itu janji Tuhan,kak..
kepada Tuhan kita dtg, kpdnya jua kta akn kembali...
ana percaya, akk lbh tabah orgnya..

luv regards,
pesonacleopatra