Tuesday, July 7, 2009

sambungan..CINTA PERTAMA

Aisyah tunduk..Lama benar kali ini. Dia tidak mahu ummi mengetahui rahsia hatinya. Malah siapalah dia untuk membantah keputusan ibu bapanya yang telah mengorbankan apa sahaja demi kejayaannya.


”Manisnya adik kakak” Usik kakaknya. Aisyah berkurung merah jambu bertona kelabu lembut, disarungnya tudung seperti biasa. Namun tadi, apabila ditegur umminya pucat, segera kakak minta Aisyah meneguk air suam yang dicampur madu.


pertemuan yang dirancang dengan takdirNya berlangsung elok. ”Mujahid cadangnya selepas akad mahu terus ke Jepun, syarikat beri kenaikan pangkat dan hantar mujahid ke sana, ” Encik Imran seronok bercerita.” Terus berbulan madulah jawabnya Aisyah nanti” abi berseloroh. Panas dan malu Aisyah dibuatnya, semakin tunduk membisu.


”Makcik, izinkan saya bertanya khabar dengan Aisyah” Mujahid dengan sopan meminta kebenaran. Berdegup kencang jantung Aisyah, namun hatinya cepat-cepat beristighfar. Kakak pun segera menarik tangan Aisyah lembut tanda faham dengan senyuman ummi.


Aisyah duduk di buaian hadapan rumah, jauh merenung. Mujahid pula berdiri agak jauh bertentangan dengan dirinya. ” Assalamualaikum, Aisyah”. Mujahid pagi itu hanya berbaju kemeja kemas persis seorang ahli perniagaan. Aisyah menjawab salam dengan tenang.


”Maafkan ana jika lamaran yang ana bawakan kepada ummi dan abi nti membuatkan nti berkecil hati. Ana nak gunakan kesempatan ini untuk perkenalkan diri ana sehingga kelak nti boleh menerima ana seadanya.” Mujahid gusar. Setiap bicara yang dilontarkan langsung tidak mendapat respon daripada Aisyah. Aisyah terus tunduk memandang ke lantai.


”Aisyah ? mengapa nti diam ? Ada apa-apa yang nti ingin luahkan?” Mujahid cuba mendalami perasaan Aisyah. Aisyah menarik nafas dalam. Mula mengangkat mukanya.


” Sekiranya tiada halangan daripada ummi dan abi, ana terima lamaran nta, Insya ALLAH” Aisyah mahu sahaja menangis. Tidak dapat diluahkan apa yang terbuku dihatinya. Aku tidak layak untuk itu. Sedang Aisyah ummul mukminin hidup bersama Rasulullah selepas Khadijah. Inikan pula aku Aisyah yang penuh dengan dosa.


Aisyah mula mencari kekuatan...

13 comments:

kak lina said...

buat sendiri ke ayuni?
well done la..nice story

shahidah said...

menarik cerita ni..t'ingt impian zmn2 skola dl~~^^

qudwaH_Humaira' said...

kak lina:

buat sendiri..x suka baca novel cintan ni..tapi yang cintun ni jugak la yang terhasil..hehe

qudwaH_Humaira' said...

shidah:

hehe....

khalifah said...

nice story sis...huhuhuhuhu

nuwairahsafwa said...

salam akak..
cter dh best..
cume ayt tu kene gune yg lebih halus kot..
hehehe..
sbb cter akak byk yg trus brhubung ngan manusia..
kdg2, kebanyakn penulis lebih byk gunakn persekitaran yg ade sekeliling untk membntu mmbangkitkan watak pelakon dlm setiap citer..
tp xpela..
2 cara org lain..
akak gunela pndekatan akak sndiri..
hehe..
k try banyakkan menulis..
nnti bole cube try wt novel..
hehehe..

ShohwatuL_Islam said...

berbakat jgk sahabatku ini ye...keep on my friend :))..pas ni jgn lupa masuk watak sahabat aisyah plak ye..hehe

terbitanmukmin said...

SALAM ZIARAH..
tahniah, gaya penulisan novel yang bagus dan menarik. teruskan usaha anda!

Yuyuisyunik a.k.a Nurul Syazwani said...

yuyu suka cite ni......sambung cepat kak ayuni xsabar nak bace ni...

qudwaH_Humaira' said...

khalifah :

huu...nak dapat hadiah nobel..

qudwaH_Humaira' said...

Shohwatul_islam...

aye x pandai mana jika nak dibandingkan dengan nti yang pandai mengarah filem...hehe

qudwaH_Humaira' said...

terbitanmukmin:

gaya bahasa ni x boleh ditiru tau ..ngee~~

qudwaH_Humaira' said...

yuyu :

x sabar ek..akak sibuk cket..kena pergi bercuti ke cameron highland untuk dapatkan ilham ni..