Tuesday, May 26, 2009

FESTIVAL MAHASISWI UNIVERSITI MALAYA (FEMINA) 2009



Saya sekarang dalam proses menyiapkan kertas kerja, setelah mendapatkan pandangan dan bertanya soalan secara respon kepada rakan-rakan MPMUM. Saya dalam dilema...~

Boleh tak cakap macam tu ?


Ia berkaitan tema atau objektif dasar Projek Manifesto saya, saya pada awalnya ingin mengadakan Konvensyen Mahasiswi, namun pada akhirnya saya rebranding nama kepada Festival Mahasiswi Universiti Malaya.


Matlamat dan impian dihati, projek mega ini bertujuan untuk membentuk dan mendedahkan mahasiswi kampus Universiti Malaya supaya bersedia terjun kepada masyarakat. Mencakupi semua wavelength mahasiswi samada agama, kaum, latar belakang keluarga, dan peranan mengikut bidang intelek. Ini sahaja.


Saya ingin cetuskan legacy. Mungkin projek ini akan jadi projek warisan Biro Hal Ehwal Wanita ? Mungkin juga tidak. Marilah kita sama-sama berusaha.


Saya dalam dilema untuk membuat pilihan antara dua tema :

  1. Road to parenting
  2. Carrer planning

Dan ada yang mencadangkan supaya di gabungkan sahaja. Emm..siapa yang boleh bantu saya ? ada apa-apa cadangan ?


16 comments:

Anonymous said...

mujaheedah solehah

assalamualaikum... kak tahniah, sy ucapkan akak nk bw perubahan untuk gerakan mahasiswi... insyallah FEMINA akan berjaya... sy berpendapat 100% lebih baik akak bw FEMINA ke arah ROAD THE PARENTING ini kerana ia lebih sesuai untuk persediaan untuk pengetahuan awal untuk mahasiswi untuk faham berkenaan kekeluargaan.ape pon sy harap pembawaan berlandaskan syariat n lebih keaarah tauhid kan allah

lateral maksima said...

salam. kak. saya pikir macam ni. apa mcm kalau akak buat career planning sbg major dan road the parenting sbg minor. sbb walaupun untuk siswi, tapi kemungkinan yang siswa juga akan terlibat dengan festival ini, sama ada sbg peserta biasa atau pun jemputan. Mungkin akak nk majukan siswi tapi golongan sasaran tidak smestinya siswi je kan?? sekadar pandangan. lateral maksima.

papa hamster said...

salam...

nti rasanya sudah tahu pandangan ana, ana cadangkan agar festival ini bertemakan "road to parenting and life planning".

Dalam life planning tu, kita boleh selitkan career planning, tapi khusus kepada yang berkaitan dengan keibubapaan masa kini.

Sayangnya masa agak terhad bukan ? Jadi, ana rasa nti perlu ikut apa yang nti rasa mampu untuk dipikul dan direalisasikan.

Kami hanya memberi cadangan, pokok pangkalnya adalah keberkesanan program yang akan dianjurkan. Sejauh mana ia memenuhi misi dan visi yang diharapkan ada pada mahasiswi, sedalam itulah yang kita harapkan.

Fokus dan sentiasa bersemangat.(^_^)

papa hamster said...

Oh, sebelum ana terlupa, kalau ada nak buat slotkan, ana cadangkan tentang early marriage and its influence among students today. Kat UM mungkin belum ada biah ini, tapi di UIA sudah ada, jadi sedikit penerangan ringkas tentang early marriage ni mungkin perlu.

Ini hanya idea, bisa ditolak atau diterima bulat2.(^_^)

qudwaH_Humaira' said...

mujaheedah solehah:

emm..akak juga dekat dengan road to parenting..namun nanti takut tak dapat hit mahasiswi yang x berniat untuk berumah tangga...dan berkeluarga..

qudwaH_Humaira' said...

lateral maksima :

golongan sasaran adalah mahasiswi..
adehh..jangan marah ya...bukan akak nak diskriminasi golongan adam..
hehe

qudwaH_Humaira' said...

papa hamster ( sejurus baca terus rasa nak ketawa) :

hehe..comel la nama nta..(maaf (T_T)..ana berminat dengan early marriage tu..nanti ana tanya dengan MPP UIA yang bercadang nak akad awal untuk tanya biah kat sana..

ana setuju untuk buat life planning la ana rasa....................................................................................................................................

aiman said...

salam..sy tgk apa yg dlakukn anda..mngingatkn sy ttg keadaan d kampus sy..pd pndgn sy apa yg dlakukan oleh anda ialah prubahan mentality mahasiswi...dan ia penting skali especially on road to parenting...hope we can share our idea...
:-)

Wan Nur Shuhada said...

salam...wow! new look! nice one!

hm...pd pndpt sy, sy sndr akan memilih 'route to parenting'. x sbr dh nk jd ibu nih...hehe...mmg relevan utk org cam sy...

tp, menurut pandangan beberapa org shbt yg bkn dr kalangan 'kita', adalah lbh relevan kalau kita ambil tema 'career planning'...itupn kalo sasaran kt mhsiswi um shj..marketnye lbh luas kalo plh tema yg ni...

rata-rata golongan mahasiswi UM ni lbh cenderung kpd akademik means dat they are mostly academician group...akademik ni lak b'kait rapat ngan kerjaya...bila dh b'kerjaya, duit pn dh banyak, brlah diorg akan fikir pasal nk bina keluarga...

lain plk dgn golongan yg mcm 'kita' ni...'kita' lbh cenderung utk bina keluarga, m'jd ibu bapa yg dpt m'didik anak2 m'jd generasi Quraniyyun...menjadi penyambung mata rantai perjuangan Nabi junjungan kita...

so, bg sy kalau nk rncg sesuatu prgram, sgt pntg utk kt tau golongan target kt pny interest...seiring jgk dgn teori dakwah...daie perlu tau mad'u pny interest spy kt dpt smpikn ape yg kt nk smpikn dgn b'hikmah...sy harap ayuni fhm ape yg sy cbe smpikn...

ape2 pn all the best..kalau perlukan bntuan, sila inform... (^.~)y

Mohd Aizat Bin Mohd Saleh said...

Salam.
Pembinaan Karier dan Pembinaan Keluarga.
Dua-dua sgt baik diketengahkan. Pdpt sy lebih cantik digabungkan. Maksudnya, mahasiswi zaman kini sudah popular dgn tugas luar, setanding lelaki. Cumanya, apa nilai yg membedakan wanita itu dgn lelaki dlm masa yg sama sifat2 kewanitaan still dijaga. So, kalu dpt nilai dgn lbh teliti, sbenarnya jika festival ni berjaya, maka akn lahir generasi mahasiswi yg standardnya lbh up dr mahasiswa..
Boleh..?

qudwaH_Humaira' said...

aiman :

will be tough to induce something new..huu..insya ALLAH..tarbiyah !

qudwaH_Humaira' said...

annur :

jujur ngan aye..betul ke nice ?
emm..ikut target people memang ramai lebih dekat dengan career..

aye mula berfikir untuk buat life planning sepertin yang dicadangkan oleh papa hamster..

qudwaH_Humaira' said...

ustaz aizat :

terima kasih atas komen pertama untaz dalam blog ana ! insya ALLAH..ana bersemangat..

papa hamster said...

ada ke MPP UIA yang nak kahwin awal ni. ana tak tahu pula. emm. adakah mereka cuba menyorokkan isu ini daripada mainboard mereka ?

Mohd Shafie Bin Hashim said...

jangan lupa buat sidang media. , baru gempar. Hantar artikel ke Majalah Muslimah , hanatar ke akhbar utama..BIar gempaq..

sya_ais said...

salam kak aye..hehehtetiba ja panggil ka aye kan...jgn majuk2 yerk akak..

yang pastinya..jgn digabung tema ini..ianya akan membawa kekeliruan..
kita x bleh tamak...

parenting lagi best..
career jg penting...