Berbual dengan Prof Khoo yang masih kacak
Pagi ini mood saya agak tidak stabil selepas pulang daripada pejabat Naib Canselor. Kak Tun emelkan kepada saya berkaitan surat yang perlu saya ambil di pejabat Naib Canselor. Cukup menguji kesabaran.
Saya berjanji dengan Brother Nuruddin dan Brother Hanif untuk bertemu Prof Khoo 10.30 pagi ini dan kami berbual di bilik pantri Jabatan sejarah . Hati yang tadi panas, terus sejuk apabila memandang wajah cendekiawan sejarah ini.
CHIN PENG
Membuka perbualan dengan perbezaan Profesor dan Profesor Emeritus cukup menarik. Saya bertanyakan respon Prof Khoo tentang Chin Peng yang tidak dibenarkan pulang ke Malaysia. Mulalah beliau mengimbau tentang sejarah, bercakap tentang Daerah Dinding di Perak, tempat lahir Chin Peng di Sitiawan. Daerah Dinding merupakan termasuk didalam negeri-negeri selat yang di jajah oleh British dan selepas pengisytiharan negeri-negeri selat sebagai tanah melayu, Semua masyarakat di negeri-negeri selat boleh mendapatkan kerakyatan. Persoalan yang ditimbulkan oleh Prof Khoo pada dimanakah Chin Peng berada pada tahun 1948 ? Ini kerana Chin Peng tidak dapat membuktikan bahawa dia adalah warganegara Malaysia. Prof Khoo bercerita lagi bahawa dia mengsyakki kemungkinan butiran bukti berada di Singapura kerana ketika itu Singapura merupakan pusat bagi negeri-negeri Selat.
KESEDARAN PADA MAHASISWA
Saya sempat melontarkan beberapa masalah yang saya dan rakan-rakan MPMUM hadapi ketika ini. Bagaimana ingin berikan kesedaran kepada mahasiswa hari ini ? Jawab prof Khoo “ Its too late. Kalau nak ubah kena start daripada pendidikan awal lagi.”
Beliau bercerita bagaimana UM dulu sangat dikagumi dan kini jatuh. Katanya ini adalah akibat peralihan budaya, mengapa Asia lambat mencapai kemajuan. Prof menekankan tentang budaya mencabar pada satu ketika dahulu yang sebenarnya menaikkan kualiti mahasiswa.
Sebagai contoh, thesis yang dilakukan oleh mahasiswa dahulu berkaitan dengan siapa yang dahulu menemui Pulau Pinang, yang dibuktikan oleh sejawaran Barat ialah Francis Light, sehingga dibuktikan oleh mahasiswa itu akan sejarah sebenar yang berlaku.
Hakikat yang diceritakan Prof Khoo, budaya ini sudah tiada, dikalangan mahasiswa hari ini. Sempat berseloroh tentang Pensyarah muda yang melabelkan gagal pada mana-mana mahasiswa yang tidak memberi jawapan seperti yang dikuliahkan.
MAHASISWA MENGGUGAT
Saya bertanyakan respon Prof Khoo sekiranya MPMUM ingin menghidupkan semula budaya SPEAKER CORNER yang telah menjadi satu platform kepimpinan, Prof Khoo sendiri amat menggalakkannya. (^_^)
Sempat bertanyakan tentang bahan bacaan tentang sejarah gerakan mahasiswa sendiri yang sukar untuk dicari, dan mencadangkan daripada pihak MPMUM sekiranya diberi peluang mendedahkan para mahasiswa tentang sejarah gerakan mahasiswa satu masa dahulu. Prof Khoo menyatakan kesanggupan beliau untuk memaklumkan kepada pihak Prof. Muhammad Abu Bakar supaya membuat cetakan semula buku tersebut. Ceria.
POLITIK NEGARA
Saya terkesan dengan kata-kata Prof Khoo pada ayatnya ”every person is an individual, sukar untuk menjangkakan apa yang akan seseorang lakukan, walaupun kembar siam. “ Nasihat yang sempat diberikan supaya kami berperanan untuk menyampaikan kepada mahasiswa lain tentang pentingnya mengkaji sejarah.
“ Universiti adalah tempat untuk mencipta idea”
“ kita perlu cipta idea yang berbeza”
“ produk mahasiswa ini yang perlu dilahirkan dari semasa ke semasa untuk majukan masyarakat.”
MENARIK
Saya sangat teruja dan melihat ianya menarik apabila Prof Khoo menggalakkan golongan mahasiswa “berguna” memohon untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). kerana apa ?
“ PTD adalah decision maker kepada ahli politik tidak berpendidikan” ( Loud and Vocal)
** Harap dapat jumpa Prof Khoo lagi, selepas ni mahu jumpa siapa pula ?**
** NANTIKAN**