Tuesday, September 2, 2008

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN (^_^)


Alhamdulillah.. dengan izinNYA.. kita diberi kesempatan untuk menghirup udara ramadhan.. Melihat hujan ramdhan.. Menikmati solat ramadhan.. Melihat keindahan bunga Ramadhan.. Yang mana ALLAH janjikan tersimpan satu malam yang lebih baik daripada beribu bulan....Subhanallah.. Saya pula tetamu Ramadhan.(^_^)syukur.

Jika dahulu sahabat baginda Rasulullah membahagikan tahun kepada 2. Iaitu 6 bulan awalnya untuk persediaan sebelum menjelangnya Ramadhan, dan 6 bulan selepas Ramadhan sebagai platform mengimplementasikan amalan yang telah dipraktikkan dalam Ramadhan ( kiranya macam gerak gempur juga la ya)

Saya percaya kebanyakan daripada kita akan menggunakan kesempatan yang ada ini untuk membina azam baru dalam usaha memperbaiki diri. Pendek kata , inilah masanya kita nak test kemampuan diri yang sebenar. Almaklumlah, syaitan semuanya sudah dirantai (^_^). Seronoknya Ramadhan ini ialah pada usaha kita apabila berjaya mendera nafsu ketika lapar, menghukum nafsu dengan ayat-ayat Al-Quran, mengawal nafsu dengan menjaga lidah, mendidik nafsu dengan zikir pada Tuhan. Hebatnya Ramadhan. Maha Hebat ALLAH !

Saya juga sungguh bersemangat untuk berkongsi azam saya sempena bulan mulia ini :

  1. Banyakkan bersabar dan tidak bersikap terburu-buru
  2. Kurang semaksimum yang mungkin mengumpat ( ni paling susah ni )
  3. Sentiasa bersangka baik pada ALLAH dan manusia
  4. Perbanyakkan bersedekah ( senyum la yang paling banyak ni )
  5. Perbanyakkan menghadiri majlis-majlis ilmu
  6. Bersungguh-sungguh untuk gerak kerja Islam (walaupun sangat berat, pasti boleh)
  7. Istiqamah dhuha ( ketenangan, rezeki ) dan al-mulk ( pendinding diri )
  8. Qiamullail + jemaah isyak dan subuh ( jaga perut )
  9. Sentiasa bersyukur dalam susah mahupun senang ( didik diri untuk bersikap qana’ah)
  10. Membudayakan ilmu dalam kehidupan seharian ( fenomena da’ie)

Alhamdulillah, semoga mana-mana amalan yang sudah disistematikkan akan bertambah bagus + bagus + bagus lagi. Pelan strategi inisiatif spesifik akan dirangka dalam diari. Moga-moga dengan 10 azam yang dinyatakan di atas, dengan izinNYA diri ini akan jadi lebih baik daripada sebelumnya. Insya ALLAH.

Jika dulu-dulu ketika kecil saya tidak memahami firman ALLAH, yang menyatakan hanya kita yang mampu ubah nasib kita, namun hari ini saya sudah menghayati betapa ayat-ayat ALLAH itu memberi kesan yang sangat mendalam dalam hati ini.

Ya. Hanya kitalah yang mampu ubah hidup kita. Tiada yang lain. Oleh itu marilah kita bersemangat dan sentiasa bersyukur. Yakinlah dengan ALLAH dan janganlah takut untuk membantu agama ALLAH, kerana ALLAH pasti akan membantu kita kelak.

Selamat Menyambut Ramadhan ya !

7 comments:

Anonymous said...

Ramadhan Yulawweh !. Selamat menyambut ramadhan juga ya. Syaitan sudah tiada, jgn biarkan nafsu membelengu kita. Satu artikel yang hebat.

Cuma yang point number 2 tu. pastikan terlaksana. Caranya mudah, kurangkan bercakap hal2 yang berkaitan dengan orang lain.

"Jika bercakap itu perak, diam itu emasnya..."

Salam Ramdahan Al-Mubarak ya ! (^_^)

qudwaH_Humaira' said...

baik !! saya ana akan berusaha..

yang susahnya kita da kurang bercakap, tapi orang sekeliling pula yang bercakap..kan sama juga ertinya..

by the way tq for the advice..i will try to get the gold..hehe

ana tunggu post ramadhan kat blog anta..al d best for ramadhan ya !!

sHi said...

Kurang semaksimum yang mungkin mengumpat ( ni paling susah ni )

* agree, akak pun rasa its tough to make it but yups, as anwar yassin said..kena laksanakan juga. =)

qudwaH_Humaira' said...

haah kak..

kena kurang kan bercakap..hehe

ShohwatuL_Islam said...

Betul,betul,betul...Moga kita sama2 dapt realisasikan apa yg diazamkan. Memg payah nak buat, tapi tak mustahil utk dilaksanakan...Semoga kita akn saling mengingatkan ant satu sama lain...Cayang Ayun.(^_^).SELAMAT HARI RAYA....
MAAF ZAHIR & BATIN

fIcK a.k.a kaka said...

ayuni...
selamat berhari raye~

gud luck gak exam~

ShohwatuL_Islam said...

BILA NAK POST ARTIKEL BARU?
Kumerinduinya dan tertunggu-tunggu kehadirannya di laman ini....hehe.