Setiap usaha dakwah insya ALLAH akan dinilai dengan pahala
Kali ni hati benar-benar dicabar
Tahap kesabaran sungguh-sungguh teruji
Tuhanku menguji ku sekali lagi
Berhadapan dengan pelbagai manusia
Aku tersepit antara rasa hormat dan tanggungjawab
Perlu menghormati dan ikut sahaja walaupun salah ?
Kalau begitu, di mana hak dan rasa juang kerana Allah..
Dunia sangat menyesakkan
Rasa mahu lari dari kehidupan yang memenatkan
Benak pula memanggil-manggil
Berkata bahawa kehidupan di dunia inilah menjadi ukuran
Dosa pahala di akhirat
Jauh beza bagai planet dan bumi
Jika mereka di Palestin bumi suci itu
Hanya mendambakan syahid
Hidup dan perjuangan kerana syahid
Aku pula jauh untuk ke peringkat yang hebat itu
Baru diuji dengan hati manusia yang busuk
Baru diuji dengan penganiayaan manusia yang bencikan Islam
Baru diuji dengan kerenah manusia yang tidak memahami
Aku sudah rasa penat..
Aku tidak layak untuk penat !!
Aku tidak layak untuk menyerah kalah dan berputus asa !!
Kerana aku sangat rendah dan kecil disisi ALLAh jika nak dibandingkan
Dengan hambaNYA yang sentiasa bersedia berkorban badan, harta dan nyawa sekalipun
Kerana aku sangat rendah nilainya disisi ALLAH jika nak dibandingkan dengan
hambaNYA yang sentiasa beramal dengan sunnah dan menghayati sirah perjuangan
Siapa aku untuk rasa hebat dan berjaya ?
Sedang aku gagal memberikan yang terbaik untuk dakwah Islam
Siapa aku untuk merasai pejuangan mujahidah ?
Sedang belum pernah sedikitpun darahku menitis semata-mata kerana menegakkan agama Islam
Siapa aku untuk mengimpikan syurga
Sedang baru ujian yang sekecil ini
Aku sudah rasa penat dan letih dalam
Hentikan segala kata-kata diri yang menipu..
Hakikatnya..Aku tiada masa untuk rasa lemah
Aku tiada masa untuk memikirkan hal-hal remeh yang sia-sia
Aku perlu berubah..
Perlu berubah
Berubah ! Berubah !
No comments:
Post a Comment