Tuesday, July 15, 2008

BELAJAR MENCINTAI DIRI SEBELUM MENCINTAI SI DIA


Sarjana hijau dan tenang melihat pohon di luar tingkap seperti dibuai-buai bicara tasbih kepada Yang Esa. Dicelahannya kelihatan dua ekor monyet yang sedang bermain bersama..berguling menuruni bukit. Bertemankan pohon ’flip flap’ yang daunnya digerakkan dengan tenaga solar..comel disinari mentari..Juga bergerak dalam sendu tasbih..Sambil berselawat..


Muslimah itu duduk sambil melihat monyet.. bertanya pada hati siapakah gerangan pengemudi bahtera..termenung..dan kemudian cepat-cepat sedar dan beristighfar..Sudah gilakah aku ? Hari-hari semakin rasa pelik. Hati mula sukakan hadis-hadis berkaitan rumah tangga Rasulullah. Sukakan syair-syair cinta. Mula gemar mendengar rakaman ceramah-ceramah berkaitan jodoh. Ada rasa bimbang kerana masih belum pandai memasak, hanya tahu 2 3 resepi sahaja. Diri mula mengatur kehidupan, jika dulu mengemas katil dan bilik untuk diri sendiri, kini mula bersungguh-sungguh mengemas ibarat mahu mengambil hati seseorang.


Jika dulu buat air berbasi-basi sahaja, kini mula cermat dan memastikan air itu sedap. Wah ! Apa yang sudah terjadi pada diri ? Adakah hati ini sudah bersedia untuk dibuka kepada CINTA manusia bernama ADAM ? Adakah diri ingin mula melakukan persiapan untuk pakej penyerahan CINTA yang terbaik ? Oh..Tidak...


Dalam sujud terakhir subuh ini.. Ada kelainan rasa.. Tangan muslimah itu mengusap perutnya. Indahnya rasa jika benih di dalam rahim ini lahir menjadi pejuang Islam yang hebat. Doa hatinya tidak pernah putus.. Sambil berselawat.. Mula merasai CINTA Ilahi.. Tanpa sedar air mata mengalir. Mula tekad untuk mendidik diri ke arah yang lebih baik, kerana sedar zuriat yang soleh dan solehah lahir dari rahim yang suci dan bersih..

Malam itu hening...


Selepas pulang dari usroh..terserempak dengan sepasang couple yang berbual mesra di tepi tempat letak kereta.Suasana kelam dan gelap.. Hati menjadi panas. Benci melihat gelagat mereka.. Istighfar.. Hati bertanya, mengapa mereka tidak memahami erti CINTA ? Seronok melampias nafsu dan maruah sebelum membina kehidupan yang halal. Mencintai si dia, dengan mengorbankan diri. Sebelum mencintai si DIA..Sepatutnya CINTAi diri dengan menghayati nikmat CINTA pada ILAHI..CINTAI kelemahan diri dengan amalan IBADAH cintaNYA..


Muslimah itu, terus mencapai risalah berkaitan CINTA di dalam beg, dan mendekati pasangan tersebut. ” Assalamualaikum, da lewat ni, elok beredar. ” Jelas air muka berubah, pasangan tersebut terkejut ,mungkin tidak sangka akan ditegur. ” Ni saya ada sesuatu untuk kamu berdua, pulang nanti fikir-fikirlah ya. Assalamualaikum.” Pasangan tersebut terdiam dan terus mengambil risalah yang dihulurkan, kemudian beredar. Hati merasa lega, puas. Hati tidak putus-putus berdoa..

Ya ILAHI
Ajarkan aku kejahilanku
Pelihara diriku dari murkaMU
Janganlah KAU uji hatiku
Tika aku mula memaku yakin CINTA hati ini

YA TUHAN..
Ku susunkan hukum untuk bahagia
Hukuman dalam bersedia menanti si DIA
Jika KAU takdirkan si DIA untukku
Temukan kami dalam redhaMU

YA TUHAN
Pelihara diri ini dari CINTA murahan
Pasakkan semangat pejuangan paling utama
Ku yakini perancanganMU Maha Hebat
Ku serahkan segalaNYA padaMU

CINTA..
Datang dalam hati tanpa sedar..
Tiada rayu tiada pinta..
CINTA itu masih bukan milikku..
Sehingga DIA membenarkannya

CINTA bukan tafsiran nafsu
CINTA adalah nikmat fitrah hamba
CINTA untuk redhaNYA
CINTA untuk zuriat, bakal pejuang agamaNYA
CINTA untuk ketenangan dunia..
CINTA untuk kebahagiaan akhirat..
Tiada CINTA si dia hingga masanya

Sebelum tiba masa itu
Belajar menCINTAI diri
Dengan menghayati CINTA Ilahi..
Menjaga malu pakaian diri...


”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). ”
( An-nisa’ : 34)

Sunday, April 20, 2008

MENILAI ERTI KEHIDUPAN SEBENAR

Sukar menilai erti kehidupan..

Duduk kat UM ni pelbagai kerenah manusia yang dapat diperhatikan..Dan banyak juga kelemahan diri yang perlu diperbaiki lagi. Dan lagi…Penat mata dibuatnya kalau ke bandar-bandar.. Jika duduk dalam LRT x jumpa boyfriend and girlfren berpeluk-peluk, bergesel-gesel, berbisik-bisik tak sah..

Bukan sekali aye bawakan isu ini ke pihak pimpinan, namun kebanyakan respon yang diberikan, mereka sudah terlalu dewasa untuk ditegur dan tahu apa yang baik dan buruk.

Pelik dibuatnya.. Ini bukan masalah agama, atau isu personal yang hanya perlu diambil berat dan ambil peduli oleh keluarga semata-mata. Ini adalah masalah moral dan etika, sikap dan rasa tanggungjawab. Jika semua generasi muda fikirkan perkara yang sama, iaitu selagi mereka yang bersikap tidak senonoh ini tidak mengganggu-gugat keamanan sejagat dan diri mereka sendiri, biarkanlah, nah inilah yang akan menghancurkan Negara !! menghancurkan umat manusia !!!

Jika melakukan hubungan terkutuk di belakang kolej kediaman dan dibiarkan, bayangkanlah seandainya yang melakukannya bukan sepasang tapi 20 pasang, dan kita masih amalkan rasa tidak perlu peduli. Akibatnya, beberapa bulan kemudian, kolej kediaman dijadikan sarang maksiat. Nauzubillah.

Mahasiswa hari ini, hebat bersuara, tapi hakikatnya mahasiswa hari ini kurang berfikir dan meneliti. Kurang mengambil pelajaran dari keadaan, dan kurang sedar. Hari ini, manusia takutkan agama, ISLAMOPHOBIA..Kalau boleh tidak mahu setiap yang diperkatakan dikaitkan dengan Islam. Takut untuk berkata benar kerana ianya merupakan pembawaan Islam. Lama kelamaan, tiada lagi rasa bangga untuk menjadi seorang muslim, tapi bangga jadi anak Malaysia, sebab anak Malaysia bebas seperti anak Barat.

Remaja hari ini lupa pada sejarah, lupa ambil pengajaran daripada sejarah, kurang melihat kembali sejarah, dan meneliti sejarah. Tidak hairan jika sejarah dulu akan berulang. Islam ditindas dan dipergunakan. Oleh mereka yang bencikan Islam. Cara nya mudah, tengok sahaja kecemerlangan mereka dalam mempengaruhi hidup anak muda. Mereka cukup hebat dan bangga dengan kecemerlangan mereka.. Entah bila kita akan terus hidup bersenang lenang..sedang bala dan kehancuran menanti depan mata..dan akan menyerang umat ini bila-bila masa...Sukar menilai erti kehidupan sebenar..


Wednesday, April 16, 2008

BERUBAH ! BERUBAH !

Setiap usaha dakwah insya ALLAH akan dinilai dengan pahala
Kali ni hati benar-benar dicabar
Tahap kesabaran sungguh-sungguh teruji
Tuhanku menguji ku sekali lagi
Berhadapan dengan pelbagai manusia
Aku tersepit antara rasa hormat dan tanggungjawab
Perlu menghormati dan ikut sahaja walaupun salah ?
Kalau begitu, di mana hak dan rasa juang kerana Allah..


Dunia sangat menyesakkan
Rasa mahu lari dari kehidupan yang memenatkan
Benak pula memanggil-manggil
Berkata bahawa kehidupan di dunia inilah menjadi ukuran
Dosa pahala di akhirat
Jauh beza bagai planet dan bumi


Jika mereka di Palestin bumi suci itu
Hanya mendambakan syahid
Hidup dan perjuangan kerana syahid
Aku pula jauh untuk ke peringkat yang hebat itu
Baru diuji dengan hati manusia yang busuk
Baru diuji dengan penganiayaan manusia yang bencikan Islam
Baru diuji dengan kerenah manusia yang tidak memahami


Aku sudah rasa penat..
Aku tidak layak untuk penat !!
Aku tidak layak untuk menyerah kalah dan berputus asa !!
Kerana aku sangat rendah dan kecil disisi ALLAh jika nak dibandingkan
Dengan hambaNYA yang sentiasa bersedia berkorban badan, harta dan nyawa sekalipun
Kerana aku sangat rendah nilainya disisi ALLAH jika nak dibandingkan dengan
hambaNYA yang sentiasa beramal dengan sunnah dan menghayati sirah perjuangan


Siapa aku untuk rasa hebat dan berjaya ?
Sedang aku gagal memberikan yang terbaik untuk dakwah Islam
Siapa aku untuk merasai pejuangan mujahidah ?
Sedang belum pernah sedikitpun darahku menitis semata-mata kerana menegakkan agama Islam

Siapa aku untuk mengimpikan syurga
Sedang baru ujian yang sekecil ini
Aku sudah rasa penat dan letih dalam medan dakwah
Hentikan segala kata-kata diri yang menipu..


Hakikatnya..Aku tiada masa untuk rasa lemah
Aku tiada masa untuk memikirkan hal-hal remeh yang sia-sia
Aku perlu berubah..
Perlu berubah
Berubah ! Berubah !