Mari berdoa "Ya Allah, jadikanlah cintaMu sebagai perkara yang paling aku cintai & jadikanlah rasa takut kepadaMu sebagai perkara yang paling aku takuti.Putuslah dariku keperluan-keperluan dunia dengan rasa rindu akan hari pertemuan denganMu.Apabila Engkau jadikan penyejuk mata orang yang cinta dunia dengan dunia mereka, maka jadikanlah penyejuk mataku dgn beribadah kepadaMu..." (HR Abu Nu'aim dari Haitham bin Malik Ath-Tha'i r.a dalam Al-Hilyah)
Friday, August 7, 2009
ANTARA HAK DAN KEWAJIPAN
Sunday, August 2, 2009
KEMBANGKAN SAYAPMU..
Maafkan saya kerana gagal update blog ini. Saya lawati blog pimpinan MPM yang lain, paling kurang masih juga diperkembangkan sayap mereka. Alhamdulillah..Sehubungan itu, saya ingin membuat kesimpulan beberapa aktiviti/ pengalaman harian yang saya hayati.
University


gambar atas: Prof. Datuk Dr. Amin sedang mendengar pembentangan kumpulan
18 Julai2009
Marriot Hotel
8.00 am - 5.00 pm
Person In charge : Encik Apandi Khalib
Memang mengujakan apabila duduk semeja dan berbincang dengan pensyarah yang berpengetahuan luas. UMSDC adalah satu pelan/modul bersifat monitoring dan controlling sumber skill mahasiswa seperti berikut dibawah satu payung:
1. Program/projek Hal Ehwal Pelajar
2. Aktiviti Ko-K
3. Projek Kolej Kediaman
4. Latihan Industri
5. Kerja sambilan
6. Palapes
7. Suksis
8. Dll
Bertanggungjawab membantu mahasiswa sedari tahun pertama meningkatkan potensi kemahiran insaniah supaya graduan yang lahir daripada universiti adalah yang terbaik.
MESYUARAT PERPUSTAKAAN
Sis Fitrah mengajak saya untuk turut menyertai mesyuarat bersama Encik Mahbob, wakil Perpustakaan untuk membincangkan berkenaan penambahbaikan perpustakaan.
Encik Mahbob menerangkan perancangan pihak Perpustakaan untuk membukan tender food stall bergerak di hadapan perpustakaan dan pembinaan 8 tingkat perpustakaan baru.
Hari Keselamatan Mahasiswi
Maklumat lanjut bolehlah melayari blog HELWA MPMUM helwampmum.blogspot.com.Tahniah diucapkan kepada adik-adik tersayang, sis Maryam Muneerah sebagai pengerusi Helwa, juga kepada sis Saiedah Nafisah dan semua team Helwa yang bersusah payah selama beberapa hari untuk memastikan SELAMAT’09 berjaya.
Terima kasih kepada Encik Zakir, wakil keselamatan yang sudi meluangkan masa, juga kepada Encik Kamal Affendi yang banyak memberi ilmu secara terus kepada yang hadir.
Berikut adalah nombor yang sangat PENTING untuk mahasiswa/i universiti berdekatan Kuala Lumpur:
1. Pejabat Keselamatan UM : 03 79673582
2. Balai Polis Bukit Aman : 03-20319999 (24 jam)
3. Pondok Polis Universiti Hospital: 03-7502777
4. Balai Polis Pantai : 03-22822222 / 22824786
LAWATAN PENANDA ARAS IPGM, SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH

Pihak MPMUM menerima lawatan daripada pihak Badan Dakwah dan Surau IPGM, Sultan Abdul Halim yang merupakan bakal pendidik negara. Banyak perkongsian yang saya kira dapat dicapai. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rombongan atas kesudian melawat UM dan maafkan saya atas segala kekurangan.
Antara yang dibincangkan secara serius ialah perkongsian berkenaan pendidik, realiti hari ini dan cabarannya, dakwah kampus UM dan IPGM dan suai kenal antara bidang pengajian.
Tamat sesi yang diadakan di bilik mesyuarat MPMUM, saya iringin rombongan ke Pesta Informasi Teknologi Universiti Malaya yang merupakan salah satu Projek anjuran MPMUM.
PESTA INFORMASI TEKNOLOGI UNIVERSITI MALAYA

Sila lawat umitf.com/joomla/ yang merupakan laman web rasmi pesta ini. Meriah dan ramai yang hadir. Kenangan Pesta IT ini adalah satu pengalaman buat saya, betulkan Er ? Ngee~. Tahniah kepada saudara Er atas kejayaan Pesta IT ini. Juga kepada semua AJK yang terlibat. Good JOB !
AMBASSADOR FOR PEACE SEMINAR
Pagi Sabtu yang awal kami bertolak ke fakulti Perubatan UPM untuk menghadiri Seminar ini. Terima kasih kepada 8 peserta daripada UM yang sudi menghabiskan hujung minggu anda untuk mendapat ilmu yang amat bermanfaat.
Perkenalan dengan Dr. Yoo dan isteri yang merupakan Presiden kepada Universal Peace Federation membuka mata peserta betapa pentingnya keharmonian dalam kehidupan. Dan hari ini, Pihak Dr.Yoo menjemput pimpinan MPM untuk makan malam bersama.
Saya yakin, UM akan menjadi tuan rumah pula bagi meneruskan misi keamanan ini. Well done kepada saudara Pak sebagai Pengarah atas kejayaan menganjurkan seminar ini.
PERTEMUAN BERSAMA SENADA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Alhamdulillah.. Pertemuan yang dirangka telah berjalan baik dengan izinNYA. Saya dan beberapa pimpinan HELWA MPMUM telah bertemu dengan wakil SENADA, iaitu Sekretariat Pemerkasaan dan Pembelaan Wanita Islam. Petang Isnin itu, Kak Roziana Mat Amin sebagai Pegawai Khas Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil mempengerusikan majlis.
Diteruskan dengan pembentangan SENADA mengenai penubuhan dan gerak kerja seterusnya sesi perbincangan. Saya akan terus menghubungi pihak Ketua Setiausaha Kementerian untuk memohon pertemuan segera memandangkan Dato’ Seri masih tidak mempunyai kesempatan masa. Lawat blog HELWA untuk makluman lanjut.
Saturday, July 18, 2009
TINGGAL LUAR KAMPUS
Hari ini saya telah mendapat kunci bilik sewa, bayarannya RM 200 setiap bulan. Alhamdulillah, saya pasti masih ramai rakan yang mencari-cari rumah sebagai tempat berteduh, dan masih ramai yang menunggu peluang penginapan di kolej kediaman.
Dalam pertemuan iaitu mesyuarat bersama Naib Canselor akhir Mei dahulu, saya pernah membawa isu penginapan kepada beliau malah saya maklumkan bahawa 8 orang pimpinan MPM yang tidak mendapat penginapan.
Saya antaranya tidak mendapat penginapan atas sebab lewat menghantar borang permohonan(saya boleh panjangkan dan buktikan keadaan sebenar, namun saya batalkan kerana ianya hanya melibatkan diri saya dan bukan rakan pelajar lain), dan beberapa pimpinan(dengan alasan mempunyai kesalahan tatatertib dan terlibat dan kesalahan lain walaupun tiada bukti) membawa isu ini. Jika dalam laporannya begini, namun disebaliknya berbeza saya kira. Kami telah membuat rayuan sama seperti pelajar lain.
ANALOGI MEMBAYAR YURAN PENGINAPAN
Masih segar ketika kempen dahulu, saya keluarkan analogi kepada rakan-rakan mahasiswa, bahawa pemotongan wang elaun MPMUM 30% akan saya berikan kepada pelajar dengan analogi jika MPM sesi lepas tinggal di Kolej Kediaman tanpa bayaran yuran penginapan, sesi kali ini saya rela membayar yuran kolej saya, sama seperti pelajar lain. Saya mengandaikan saya mendapat kemudahan penginapan percuma, iaitu honorarium penginapan sebanyak RM 270 sebulan seperti sesi lepas dan akan keluarkan 30% honorarium tersebut daripada jumlah elaun bulanan (RM 270penginapan + RM150 bil telefon) untuk diberikan kepada rakan pelajar.
Mungkin apabila mendengar manifesto yang saya berikan kepada pelajar terus menyebabkan pihak pentadbiran memutuskan terus untuk tidak memberi subsidi kepada MPM kali ini dari segi penginapan seperti sesi lepas, walaupun pihak saya atau mana-mana MPM tidak pernah membincangkan atau mengusulkan perkara ini kepada pihak pentadbiran. Justifikasinya ialah kerana defisit. Alhamdulillah.Terima kasih.
“PERAMPAS” DAN BUKAN “LAYAK”
Dalam mesyuarat bersama pihak pengetua antara yang disuarakan adalah berkenaan masalah penempatan pelajar dalam kolej under renovation. Tamat mesyuarat pihak TNC bertanyakan tentang penginapan saya yang masihbelum selesai. Pihak TNC telah menghantar memo kepada pengetua-pengetua untuk penempatan, namun ditolak oleh pengetua kerana penuh, saya pendekkan cerita akhirnya saya menerima surat yang perlu dihantar kepada pengetua kolej pada 9 Julai untuk ke Kolej 9.
Dan pada keesokan harinya saya menerima satu lagi surat bertarikh yang sama 9 Julai bertandatangan penghulu pengetua mengatakan pihak MPM merampas tempat menginap rakan-rakan yang kami pimpin. Allahuakbar. Malah surat tersebut memohon kami untuk check in ke kolej kediaman yang ditetapkan (saya ke Kolej 4) pada tarikh tersebut juga iaitu 9 julai (surat diterima 10hb) dan mengatakan kami tidak akan ditawarkan lagi penginapan jika gagal berbuat demikian.
Saya terus menghubungi pengetua Kolej 4 sendiri samada ada perbincangan lanjut diadakan sehingga meminta saya ke Kolej 4 walaupun saya telah maklum bahawa kolej 4 ketika itu sudah penuh malah bermasalah. Dan jawapan beliau tiada sebarang perbincangan lanjut diadakan dengan pihak penghulu pengetua dan memang kolej 4 penuh. Jika begitu bagaimana pula saya boleh diminta ke kolej tersebut ? Pelik.
Nampaknya, kami adalah ”perampas” dan bukan ”layak” untuk mendapat tempat di kolej kediaman walaupun sebagai pimpinan tertinggi mahasiswa universiti. Jika sehingga begitu sekali.
ZIARAH LUAR KAMPUS
Minggu lepas, 3 malam berturut-turut pihak Biro Kebajikan Kolej Kediaman dan Luar Kampus (Fadzil), Kepimpinan dan Pembangunan Insan(Aizat) dan HELWA(Maryam) sendiri bersama-sama Majlis Pertinggi meluangkan masa bertemu rakan-rakan yang menginap di luar kampus. Vista, Pantai Permai, Bukit Angkasa, Kondo rakyat, dan seksyen 17.
Saya menerima RM 150 setiap bulan sebagai elaun setiausaha MPMUM untuk tujuan bil telefon dan alhamdulillah, peluang melunaskan janji ketika kempen dulu kami gunakan dalam ziarah kali ini. Pada mulanya kami merancang untuk memberi tepung dan minyak sebagai hadiah kepada rakan-rakan, namun akhirnya bersetuju untuk membeli gula dan biskut ringan( mungkin ada antara mereka yang tidak berasap dapurnya..ngee~)
Pengalaman yang amat menarik. Kami berpecah ke beberapa rumah berbeza, mengikut maklumat yang ada dalam tangan(saya percaya masih banyak rumah baru yang telah disewa oleh rakan-rakan luar kampus). Sehingga sebuah rumah yang kami ziarahi, kami dijamu buah-buahan dan minuman. Salam ukhwah dan terima kasih daun keladi.
Pengajaran yang saya peroleh sepanjang ziarah, saya merasai susah payah setiap daripada pelajar ini. Apabila bertanya samada suasana sekeliling mampu menaikkan semangat belajar, ada sesetengahnya menceritakan masalah seperti pecah rumah, tikus (saya terserempak dengan tikus yang saiznya sebesar kucing!), kecurian, dan perkhidmatan bas yang tidak efisien.
Dikesempatan yang ada saya sempat berkongsi tentang perlantikan pengetua luar kampus baru yang bertanggungjawab ke atas kebajikan pelajar luar kampus dan memberikan nombor telefon beliau, juga hak mendapatkan insuran jika berlakunya kecurian atau mana-mana kes melibatkan kemalangan dan lain-lain.
Pihak kami juga melakukan survey yang mana akan dijadikan sebagai bahan bukti berkenaan penempatan mahasiswa yang tinggal diluar kampus, suasana yang membentuk hasil ekspresi sikap dan representasi akademik mereka, pelajar yang bekerja untuk menampung kewangan seharian dan lain-lain lagi. Saya yakin, ayahanda Naib Canselor pasti berikhtiar untuk turun padang melihat sendiri keadaan anakanda luar kampus.
HAKIKAT KEHIDUPAN
Saya percaya, pilihan untuk menginap diluar kali ini ada hikmahnya. Hakikat kehidupan sebagai pimpinan MPMUM bukan mudah.
Janganlah engkau tertipu
Seorang kekasih punya tanda
Punya hadiah untuk kekasihnya
Pahit balaNya dirasa nikmat
Diterima gembira apa pun yang Dia perbuat
Kefakiran dianggap penghormatan saja
Kau lihat keinginannya
Hanyalah mentaati kekasihnya
Kau lihat mukanya berseri
Hanya si Dia yang ada dihati
Dia taat segala ucapanNya