Segala puji hanya bagi Allah yang telah mencipta langit dan bumi. Tinggal tidak sampai dua minggu lagi saya bakal mula melangkah sebagai pendidik di medan masyarakat sebenar. Apabila mendapat tahu keputusan penempatan negeri, saya mengucap syukur. Wajah ibu pertama singgah difikiran saya. Entah apakah perasaan ibu jika tahu penantiannya untuk melihat saya mendidik anak kampung sendiri tidak tercapai. Bagaimana saya bisa memujuk ibu.
Inilah yang harus diterima. Kadang kita merancang sesuatu, namun sebenarnya kita harus tahu Allah jua merancang untuk hambaNya. Dan Allahlah sebaik-baik perancang.
Saya berasa tenang..malah rasa tidak sabar untuk mendidik anak muda. Siapakah mereka yang akan saya ajarkan nanti. Namun ia bercampur baur..
Hati saya berat apabila memikirkan tentang ibu..ibu selalu bercakap tentang hari tuanya tanpa anak-anak, dan kami sering menafikan segala tanggapan ibu. Ibu sentiasa memujuk anak-anaknya untuk tinggal dekat dengannya, dan kami sentiasa menyatakan setuju yang tidak berbelah bahagi kepadanya.
Ibu pernah menghabiskan masanya menemani saya memberi ceramah ke satu-satu tempat, padahal ibu lagi sibuk dengan urusan kerjanya, lalu saya pujuk ibu dengan memberi gambaran betapa banyaknya pahala yang dapat dikumpulkan ibu dan arwah ayah setiap kali anak-anak mereka menyampaikan ilmu kepada anak murid dan memanfaatkan setiap yang mereka pelajari. Allahuakbar.
Saya kasihani ibu, punya empat beradik perempuan dan adik lelaki yang masih mencari hala kehidupan selepas tamat SPM. Saya kasihani ibu bagaimana untuk memberitahu ibu bahawa jika kami telah menikah, wajib untuk kami mentaati suami dan mengutamakan suami dalam setiap tindakan.
Padahal ibu semakin hari semakin tua.. Saya berdoa agar ditemukan dengan jodoh yang soleh. Yang bakal mencintai ibu seperti ibunya sendiri. Itulah nikmat yang tidak terhingga dipunyai oleh seorang anak perempuan dalam kehidupan baru.
Duhai ibu, tidak kan pernah aku mampu melunaskan hutangku padamu. Walau ku hiris jariku hingga habis darahku, ia masih tidak pernah cukup untuk setiap pengorbananmu..
Allah menjagamu..kuyakini Allah sentiasa menjagamu..
4 comments:
Sedihnya. T_T Takpe yuni, nanti selalu lah balik pahang. Boleh selalu temankan ibu yuni bile weekend. Moga Allah beri kemudahan atas setiap urusan yuni. Jumpe di johor nanti. Saya sgt nervous nk masuk mengajar!
insya Allah fieza, rajin pula jenjalan kat blog aye ni.hehe..
terima kasih sayang!
smg snts diberikan kekuatan...smgt yer cg ayuni..(^_^)
da lama ta jumpa makde...beliau sihat, kak yuni??
Post a Comment