Saturday, August 21, 2010

IBU YANG BERLATIH


Ianya tidak semudah yang saya sangkakan..kerana hasilnya adalah pada acuan yang akan dibentukkan. Acuan itu tidak terbentuk dengan latihan keibuan selama tempoh sebulan dua, ia memerlukan tarbiyah rohaniah yang semulajadinya kepunyaan diri.


Anak yang soleh tidak lahir dari seorang ibu yang berlatih menerapkan unsur-unsur kebaikan agama dalam tempoh sebulan dua sebelum anak dilahirkan. Kerana mungkin sahaja, sukar bagi nya kekal dalam didikannya, mungkin tidak berterusan, sekejap-sekejap, berhenti ditengah jalan. Namun, adakah dengan tarbiyah sedari kecil bagi seorang ibu memungkinkan anak diacu dengan baik? Juga mungkin tidak begitu.


Saya merenung anak kecil itu, sedang asyik menolak-menarik kereta mainan kecilnya. Sekali-sekala, dilalukan kereta kecilnya diatas kaki saya. Cuba mengimbas kembali bagaimana pelajaran saya bersamanya hari ini. Ya, masih ada lompongnya.


Bagaimana Ya Allah.


BINA MASJID DIRUMAH


Niat sudah baik, ikhtiarnya sudah ada namun mungkin kelompongannya di sana-sini. Bagaimana untuk kita punya kefahaman istiqamah mendidik dalam sedar atau tidak. Saya faham begini. Akhlak seorang ibu adalah ekspresi iman atau ruhaniahnya. Bermakna, faham mudahnya apabila kita punya akhlak yang buruk, ia adalah tanda signifikan ikatan dengan Tuhan yang rapuh.


Ketepikan keterikatan bersama suami, antara perkara yang mahu atau tidak seorang ibu haruslah menghidupkan masjid dirumahnya. Masjid dalam ruang kepunyaannya..berzikir ketika berpantang (kerana tidak boleh solat), membacakan doa-doa lazim untuk anak bermula hari pertama kelahirannya(dengan melazimi doa-doa harian dalam hidupnya), menghidupkan alunan ayat suci dan adab.


Ia semakin sukar apabila anak semakin meningkat umurnya. Maka, pengisian isi masjid juga perlu berubah mengikut peningkatan umurnya. Pendedahan hiburan yang lebih mendidik diberikan kepada si anak, pengenalan tentang sifat-sifat Allah dan kisah-kisah sirah sebelum lelapnya.


Tentu sekali masjid ini akan menjadi rumah bagi anak. Insya Allah.


Saya hanya berfikir begitu, dan bercadang untuk mendapatkan pandangan daripada mereka yang lebih berpengalaman. Kerana madrasah yang saya huni kini lebih sukar dari yang saya jangkakan jika dilihat pada matlamat didikan agama solehnya.


Lebih baik bersedia sebelum separuh hidup berdosa.

5 comments:

Al-Fateh said...

Bila terbaca post ini, ana terpanggil untuk menjawabnya. Ana pernah terbaca satu kisah. Kisah mengenai persoalan yang diajukan kepada ayah Imam Abu Hanifah mengenai bagaimana beliau mendidik anaknya menjadi sebegitu hebat. Lalu ayah si imam menjawab. "Aku menjaganya sejak 40 tahun sebelum beliau dilahirkan"

Maksud ayah kepada imam ini adalah, sebelum beliau menjaga anaknya, beliau menjaga dirinya dahulu 40 tahun sebelum kelahiran sang imam ulung ini.

Ayah yang soleh, dan ibu yang solehah bakal menghasilkan pejuang-pejuang kecil yang soleh juga.

Semoga madrasah Ramadhan ini membantu membina diri semua umat Islam. Wassalam.

qudwaH_Humaira' said...

al fateh:

ana nampak dah signifikan perlunya tarbiyah agama awal dalam diri ibu bapa sebelum berimpian punyai anak yang soleh-solehah.

Namun ana melihat secara realitinya dan diri ana sendiri yang mustahil seperti imam Abu hanifah. Terus selepas timbulnya kesedaran dalam diri ana juga berimpian seperti itu .

mungkin ibu ini adalah masyarakat kebanyakan yang bukanlah dari keluarga yang wara' dan punyai kesedaran tinggi dalam agama, namun dia terlalu ingin ke arah kebaikan itu.

jadi ana terfikirkan tindakan praktikal yang mungkin boleh diambil sebagai latihan. mungkin nta tidak bersetuju mungkin bersetuju. wallahua'lam

Al-Fateh said...

Kisah ini sebagai satu motivasi sahaja. Ana yakin, sukar untuk kita meniru apa yang telah dilakukan oleh golongan terdahulu. Dengan dosa yang dilakukan hampir setiap hari, bukan sahaja tidak dapat menyayingi mereka, bahkan ketinggalan sama sekali.

Setidaknya-tidaknya kisah ini akan menyebabkan individu2 yang terlibat meletakkan usaha ke arah itu, arah yang lebih baik.

Praktikalnya, ana yakin setiap orang akan menjalaninya. Seusai mereka diakadkan bersama, atau sebelumhya.

Apa yang penting adalah kita berusaha, kerana penentunya bukan kita, tetapi Dzat yang bertakhta di Arasy, ALLAH SWT.

qudwaH_Humaira' said...

subhanallah..

ana sangat setuju dengan nta..terima kasih atas kata-kata yang cukup membina ^^. insya ALLAH..semangat!

Anonymous said...

benar imam hanafi lahir dari dua pasangan yg berpegang teguh dgn agama....

ayahnya sanggup berkahwin dgn ibunya bagi balasan kerana memakan buah epal yang haram....
untuk cerita lanjut boleh rujuk....
http://wirajiwa.bumicyber.com/index.php?option=com_content&view=article&id=359:kisah-tsabit-disuruh-kahwin-kerana-sebiji-epal&catid=3:cerita-dan-tauladan&Itemid=16