Friday, August 28, 2009

ULAS KARTIKA


Saya telah membaca banyak komentar dan pandangan, malah turut mendapat ilmu berkenaan dalil dan hadis hudud dan ta’zir yang diguna pakai pada zaman Rasulullah dan sahabat.

Alhamdulillah, saya melihat masyarakat disekeliling sebenarnya ramai yang ingin mendalami segenap ilmu al-quran dan hadis.

Berkenaan dengan isu Kartika Sari Dewi Shukarno yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah Pahang atas kesalahan meminum arak secara terbuka di sebuah pusat peranginan di negeri tersebut, Cherating. Tahu benar saya lokasi tempat peranginan ini bagi saya mempunyai hikmahnya tersendiri daripada sudut berikut :

1. Mahkamah syariah

2. Hukum Allah kepada hambaNYa

4. Media

5. Pentadbir

MAHKAMAH SYARIAH

Mahkamah syariah di Malaysia berperanan sebagai institusi kehakiman yang sepatutnya melaksanakan hukuman kepada pesalah yang beragama Islam. Pandangan yang berbentuk persepsi daripada sesetengah pihak menunjukkan pihak mahkamah seharusnya menjadikan ianya sebagai iktibar dengan memberi pemahaman semula kepada masyarakat Islam.

Hikmahnya, barulah masyarakat tahu apakah itu maksud “sebatan” dalam Islam, kaedah sebatan, apa tujuan sebenar sebatan dilakukan, dan apakah hikmahnya.

HUKUM ALLAH KEPADA HAMBANYA

Hukum Allah kepada hambaNya adalah setimpal dengan manusia. Malah hukuman dalam Islam yang ditetapkan sebenarnya adalah bertujuan untuk mencegah kemungkaran. Malangnya saya juga berpengalaman bertemu dengan individu yang lantang menolak hudud dengan alasan negara kita adalah berbilang bangsa, mustahil dalam keadaan kerajaan hari ini untuk melaksanakan hukum sebegini rupa.

Ketahuilah, sekiranya kita tidak beriman dengan hukum Allah, malah tegar dengan hukum ciptaan manusia, kita ibarat telah membelakangkan Pencipta.

MEDIA

Telah saya luahkan ketidakpuas hatian berkenaan media, yang sepatutnya berperanan untuk menyampaikan maklumat benar kepada masyarakat lagi-lagi ianya adalah berkenaan Islam. Islam telah dipotraitkan sebagai agama yang jumud malah pertikaian yang sejujurnya salah tetap dipropagandakan, apatah pula yang baik. Inilah yang sebenarnya yang dinamakan sebagai mempolitikkan agama.

PENTADBIR

Setelah membaca beberapa pandangan pemimpin kerajaan Negara dalam lembaran akhbar tajaan, saya cukup berasa kecewa. Sikap pemimpin terutama Negara yang turut mempertikaikan keputusan mahkamah tanpa melihat kepada sumber dalil ibarat buta menilai hikmah.

Berbanggalah anda dengan kayu ukur kejayaan pada kekayaan materi, sedangkan anak bangsa semakin tidak terhitung rosak dan hanyut. Menanti negara ditadbir oleh golongan ulama’ umara’, yang hidup untuk menegakkan kalimah tauhid bukan menegakkan kalimah taghut.

PENDIRIAN

Kita harus memuji sikap Kak Kartika dan mendoakan hidayah Allah bersama-sama dengan dirinya, Malah saya selaku pimpinan mahasiswi menyeru seluruh mahasiswa mengambil iktibar dan memberi sokongan padu kepada beliau atas kesalan dan redha dirinya menerima ujian ini sebagai tanda kasih sayang Allah, dan titik permulaan untuk berubah kea rah yang lebih baik.

Saya menggesa pihak berwajib BETULKAN SEMULA statement yang memalukan. Malah apabila membaca statement yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Shahrizat sebagai pimpinan wanita negara, saya sangat kecewa kerana beliau gagal melihat masalah yang lebih besar daripada Kartika “adalah seorang wanita, dan hukuman sebat adalah melampau.”

Semua daripada kita perlu beriman bahawa yang mencipta setiap daripada diri dan jiwa adalah Allah yang mana telah dirakamkan dalam Al-Quran, Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Jika Dato’ Seri Najib mahu saya ubah persepsi pemikiran saya tentang dirinya, letakkanlah Islam pada tempatnya. Jika boleh sampaikan konsep satu Malaysia kepada rakyat, mengapa konsep “amal makruf nahi mungkar” tidak boleh ?

4 comments:

Head Shot said...

http://jilfityan.blogspot.com/2009/08/sebat-cara-islam-ehsan-tko.html

AKU DAN PERJUANGANKU said...

salam singgah...

fatin nasibah said...

salam..
saya bersetuju ngn kata2 akak..
semua pihak perlu memahami hukum Allah ini dr pelbagai sudut..especially pelaksanaan dan hikmahnya pada semua.

Saladin The Saracen said...

Assalamualaikum...

Lama sudah tidak menjenguk blog ini tatkala kesibukan melanda diri.

Pada ana, pemimpin yang menidakkan hukuman sebat ke atas kak Kartika adalah mereka yang tidak mendalami hukum hakam islam terlebih dahulu. Atau dengan kata mudahnya terpengaruh dengan propaganda yang di bawa oleh barat yang terkenal dengan agendanya memerangi umat Islam sejak dahulu lagi.

Jikalau mereka katakan hukuman sebat itu melanggar hak asasi manusia, apakah peminum arak yang kemudiannya melakukan kesalahan di bawah pengaruh arak itu tidak melakukan pengkhianatan terhadap hak asasi manusia di sekitarnya ?

Apakah yang mereka bantah sebenarnya ? Kalau hukum syariah pun telah dibantah, sedangkan mahkamah itu terhad kepada orang Islam shj, lebih baik dibuangkan perkataan "Syariah" itu pada mahkamah.

Seperkara lagi, hukuman sebat dalam Islam bukanlah sekejam seperti yang dilakukan dengan menggunakan rotan ekor pari. Ia lebih kepada rotan sebagai satu pengajaran dan bukannya untuk menyakitkan pesalah.

Jika sebatan dalam konteks hukuman mahkamah sivil memungkinkan untuk mendatangkan kecederaan sehingga terbelahanya kulit dan nampaknya otot dan daging, hukuman sebat dalam Islam lebih ringan dengan kaedah yang sederhana, iaitu tidak terlalu menyakitkan dan tidak pula terlalu perlahan.

Jika orang-orang besar ini masih mempersoalkannya, bukan mata mereka yang buta, sebaliknya mata hati mereka yang buta...