Sunday, July 5, 2009

UJIAN PERSATUAN ISLAM : PENAHANAN 2 MAHASISWA


Alhamdulillah..Maha Suci Allah atas segala sesuatu yang dipunyainya. Saya percaya segenap hati inilah yang dipegang bagi seorang muslim dalam kehidupannya.

Saya turut bersimpati dengan apa telah berlaku dengan dua orang mahasiswa Akademi Pengajian Islam apabila ditangkap atas tuduhan Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25 dan Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda. Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara.

Kesedihan saya apabila kedua-dua orang mahasiswa ini telah AWALnya dihukum oleh pihak-pihak tertentu daripada menanti pembuktian sebenar samada mereka benar-benar bersalah atau tidak. Sedangkan Islam meletakkan hukum ALLAH yang paling utama terhadap saksi dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah.

Saya ingin berkongsi dalil bersama anda:

Dan barangsiapa yang mengerjakan kesalahan atau dosa, kemudian dituduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah berbuat suatu kebohongan dan dosa yang nyata.

An- Nisaa’: 112

Dan barangsiapa mengerjakan amal-amal yang saleh dan ia dalam keadaan beriman, maka ia tidak khawatir akan perlakuan yang tidak adil (terhadapnya) dan tidak (pula) akan pengurangan haknya.

surah thahaa: 112

Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi Jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.

Ali Imran :120

Pastinya ibu bapa keluarga Izzuddin dan Shahrul Deen ini dalam kesusahan dan rasa bimbang. Saya telah bertemu dengan Puan Thana dan memohon beberapa salinan statut universiti untuk dijadikan rujukan. Allah.. Bagaimana jika aku dituduh sebegitu ? Mengapa lebih suka menghukum daripada membantu ? Adakah segalanya kerana mereka merupa pelajar Akademi Pengajian Islam atau Ahli Persatuan Mahasiswa Islam yang digelar oleh sesetengah pihak sebagai ekstrem.

Saya juga adalah ahli PMIUM malah amat bersyukur kerana berpeluang merasai ukhwah persaudaraan islam malah saya gembira kerana selama di UM saya semakin mengenal keindahan Islam di bawah pimpinan PMIUM. Bukan seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak yang buta dan tuli.

Perkiraan saya mudah. Jika anda mahu mengatakan sesetengah pihak memburukkan Islam dengan menggunakan nama persatuan Islam namun anda masih boleh gembira menunggang motorsikal lelaki dan perempuan berdua-duaan, anda tidak layak mengeluarkan kata-kata begitu.

Jika anda berkata anda adalah pemimpin terbaik yang menjaga kebajikan mahasiswa dan hak mahasiswa namun tidak pernah mengimarahkan surau malah langsung gembira hidup bersosial melampau, ber”couple” tanpa batasan, pegang sana sini, lupakan segala niat anda untuk bersuara.

Dua contoh cukup mudah.. Bukan mahu menghukum mana-mana pihak, namun cukup saya kira untuk membuatkan anda sedar apa tujuan hidup kita sebagai manusia. Jika anda cukup melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan mukmin dengan baik, saya juga akan menilai kebaikan pada setiap kata-kata yang anda lemparkan.

Allahuakbar. Saya melihat ujian ini bersama dengan hikmah. Saya mula celik undang-undang dan mula menghayati erti hidup sebelum kematian. Shahrul deen dan Izzuddin telah ALLAH uji demi hikmahNYA. Allah..Jika aku diuji sebegitu rupa, jadikanlah kekuatan imanku bertambah sehingga akhirnya aku kembali sempurna disisi MU.

Di Universiti.. Bukan tempatnya semata-mata untuk menimba ilmu, namun merupakan medan yang membuatkan dikau memahami apakah tujuan sebenar kehidupan. Hidup bersama Tuhan atau membelakangkan Tuhan.

3 comments:

Anonymous said...

apa reaksi anda sekiranya mereka benar2 bersalah? Anda dengan mudah berlagak alim menggunakan ayat Al Quran sesuka hati..mempermainkan ayat quran utk kepentingan peribadi.dah la buat fitnah...tudung saje labuh

Anonymous said...

well i dunno know the true story.i dunno know both of them.like she said, di hukum sblm benar2 trbukti brsalah.dont u understand that?let me xplain from my point of view, what she mean is tggu court buat keputusan baru kita buat keputusan eithr brsalah atau tidak.brbaik sangkalah kita sesama manusia. mgkn ada tindakan sum of u yg mengenepikan hak kemanusiaan mereka brdua dan sis ayuni mereasakan berlaku zulm.well, kalau trbukti brsalah i believe she will accept it seadanya. x begitu sis ayuni? dia mengeluarkn ayt alquran utk memantapkan lg hujahnya bukan utk brlagak alim.apa yg perlu anda lakukan adlh membuka alquran dan menyemak semula ayt2 trsebut either exist or not.mknanya betul atau tidak. soal fitnah sy xtaw, antara anda dan dia. memakai tudung labuh? at least dia ada rasa ingin menutup auratnya seadanya.anda dan sy?hanya kita dan Allah shj yang tahu. sy hanya mmberi pndapat,trpulang pd anda utk menilainya. andai trsalah kata sy hanya mampu memohon maaf.

muizzuddin API said...

anonymous pertama..
pemakaian tudung labuh tu, baik .allah yg perintahkan pemakaian tudung labuh tersebut..pe yang allah kata baik tu dalam al-quran,tetap baik sehingga hari kiamat,xberubah walaupun si pemakainya berubah..
lagi satu,blh tunjukkan kpd sy penggunaan ayat al-quran sesuka hati dan mempermainkan ayat al-quran utk kepentingan peribadi di sini?tunjukkan point2x!!
pandangan sy terhadap awk,awk bkn seorg pengkritik profesional..