tadi baru dengar taujihad daripada Ustaz tuan ibrahim tuan man
tentang
dakwah dalam kampus
ustaz kata dakwah kita ni
bukannya seperti berniaga
kalau orang yang berniaga ni
pagi berniaga
petang baru kira apa pulangan yang dia dapat
tolak modal, kos
baru dapat untung
tapi kita
selagi mana kita berdakwah di jalan ALLAH
selagi itu kita mendapat keuntungan
itu satu
yang kedua
tentang seruan dakwah itu sendiri
tugas kita hanya menyampaikan
sama ada mad'u kita tu terima atau tidak
itu urusan ALLAH yang menggenggam
hati-hati manusia
kita hanya menjadi mereka yang menyampaikan
jikalau tiada orang yang menerima dakwah kita
usah bersedih hati
sebab
bila kita dakwah shj
kita sudah mendapat pahala
dan kita perlu sentiasa sematkan dalam hati
yang dakwah kita tu kerana ALLAH
terima atau tidak
itu urusan ALLAH
ustaz bagi contoh
zaman nabi
kalau nak dikatakan dakwah nabi itu berjaya atau gagal dari sudut pandangan
manusia
tentulah ia gagal
sebab apa ?
sebab dakwah nabi tidak berjaya menarik Abu Lahab dan Abu Thalib ke dalam
Islam
tapi
jika kita kira dari pandangan yang sebenarnya
memang tugas nabi itu menyampaikan
dan Allah yang berhak membuka pintu hati orang-orang yang didakwahkan
Dan ustaz juga ada quote kata-kata Saidina Usman Affan
yang mana saidina Usman berkata
"Apa-apa yang Al-Qur'an tidak dapat terangkan, maka siasah itu lah yang berperanan untuk menerangkannya"
dan tugas khalifah itu sendiri adalah
Iqamatuddeen
wa siyasatuddunya
jadi
kitalah yang termasuk dalam mereka yang bertitle "khalifah" ini
dan menjadi kewajipan kita untuk terus berjuang
kalau kita asyik memikirkan perkara negatif
maka kita tidak akan maju
fikirkan perkara positif
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. “ (at-taubah:111)
Yes ! Bersemangat !
3 comments:
Begitulah tuntutan hidup seorg insan yang bergelar MUSLIM...
Sesungguhnya kita telah diikat dengan simpulan akidah...
Andai ia terlerai, pastinya kita termasuk dlm org2 yg rugi...
Menyebut perihal DA'IE adalah refleksi diri yang murni...
Jangan lepaskan peluang utk berada dlm satu spaceship kembara dakwah di planet BUMI... terutamanya di BUMI UNI MALAYA (^_^)
Allah...tak sangka, dan tak terkata apa-apa. :)
Semoga terus istiqamah ya Humaira'. Setiap langkah kita menuju dakwah, akan ALLAH kurniakan pahala berlipat kali ganda.
Setiap usaha kita menjauhi perbuatan tercela, akan ALLAH pelihara kita dari azab neraka.
Satu taujihad yang mantap.(~_^)
salam buat Saudari YB ayuni....
kuatkan smangt....
Allah bersama org yg sabar...
Dah lame x dgr khabar k.ayuni....
smoga sihat n ceria slalu....
Post a Comment