Hidup saya kini dipenuhi konflik,
konflik yang berperang di kawasan tersembunyi. Orang tak boleh baca dari riak
wajah saya. Hati !
Yang dahsyat sekali, bila saya
rungkai menggunakan teknik luahan ianya
bertukar menjadi sesuatu yang lain dari asalnya. Rungutan !
Dan pada penghujungannya, saya
tersepit antara menyelesaikan masalah atau buat tidak tahu dengan konflik saya. Burr !
Saya tahu Allah Maha Adil, Lebih
Tahu atas apa yang kita tidak ketahui dengan situasi semasa saya sebagai wanita
yang juga anak, ibu dan isteri dan guru.
Namun saya selalu stress untuk memenuhi nilai solehah dalam setiap
posisi itu kerana sesungguhnya ianya sangat memerlukan kerja keras.
Ianya soal redha Allah pada
seorang wanita. Saya mengambil hujah setiap jiwa bertanggungjawab atas apa yang dipertanggungjawabkan. Allah
pasti akan memberi markah atas peperiksaan selama saya hidup didunia. Oleh itu,
salah jika survival ini kita rigidkan pada peranan suami sahaja sebagai contoh,
sedangkan suami juga ambil peperiksaan. Waktu exam mana ada ambil kisah hal
orang lain kan.
Oleh yang demikian, menyalahkan
orang lain untuk menutup kesilapan sendiri adalah cara yang kurang cerdik. Saya
perlu letakkan seluruh diri saya di atas slaid spesimen untuk dilihat dengan
teliti dibawah mikroskop.
Sentiasa melihat tanggungjawab
berbanding mempersoalkan hak.
Persoalan awal ialah tempat
seorang wanita adalah dirumah. Di sisi suaminya. Bukan di tempat awam, bukan
bekerja.
Tanggungjawab seorang ibu ialah
membesarkan, mendidik dan merawat seorang anak. Bukan menyerahkan separuh
tanggungjawab terutamanya bonding time
kepada pengasuh.
Tempat seorang anak yang solehah
ialah menjaga ibunya. Bukannya jauh sukar untuk pulang menziarahi walaupun
sekali dalam sebulan.
Dan saya mendapati semuanya bermula
apabila saya bekerja !
Apabila saya buat sifir,
sebenarnya kami lebih menyimpan sekiranya saya tidak bekerja, duit sewa rumah
tidak perlu di bayar sekiranya saya tinggal satu bumbung dengan suami, duit pengasuh
dan pengasuh tidak diperlukan sekiranya saya sendiri mengasuh anak saya. Duit
kereta tidak perlu dibayar sekiranya saya tidak berkenderaan (tinggal dengan
suami) dan kami akan sangat bahagia kerana tidak perlu berjauhan ! Kini saya di
JB dan suami di KL. Dan yang paling baik, anak tidak perlu berjauhan dengan
walidnya. Kami juga boleh balik kampung setiap hujung minggu menziarahi ibu
yang tinggal seorang diri.
Namun, sehingga kini, saya masih
tidak dapat membuat keputusan untuk bersara dari dunia pekerjaan. Mengapa ?
Adakah atas faktor ekonomi dan
keterdesakan hidup benar-benar membuatkan seorang wanita perlu mencemarkan
nilai murni seorang ibu, isteri dan anak untuk mencari rezeki ? Tidak lain tidak, inilah faktornya !
Saya tidak punya jalan lain dan
saya percaya ramai di luar sana juga sedang struggle untuk mencapai matlamat
ini. Melalui survival kehidupan dunia yang penghujungnya adalah kematian.
Namun, apabila kita bekerja dan
kita berdoa “ wahai Allah, aku serahkan rumahku, anakku dan seiisinya pada Mu,
untuk aku bekerja mencari rezeki membantu suami dalam menafkahi keluarga, “ adakah
ianya cukup untuk menjadikan kita solehah? Sudah tentu tidak.
Bila teringat semula tagline suami
yang memberi motavasi work smart and not hard. Saya perlu tahu kunci ke syurga untuk berhadapan
dengan Allah Azzawajalla dalam keadaan paling diredhaiNya.
“Jika
seorang isteri melakukan solat lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, niscaya dia akan memasuki surga Tuhannya.” (HR. Ahmad).
Dari Ibnu Abbas ra ia berkata, wakil wanita ber-kata: “Wahai Rasulullah, saya wakil dari kaum wanita untuk berjumpa denganmu. Sesungguhnya jihad hanya diwajibkan atas kaum laki-laki saja, sekiranya mereka menang mereka memperoleh pahala dan sekiranya mereka terbunuh, maka mereka senantiasa hidup dan diberi rezeki di sisi Rabb mereka. Sedangkan kami golongan wanita menjalankan tugas (berkhidmat) untuk mereka, maka adakah bagian kami dari yang tersebut? Maka Rasulullah menjawab, Sampaikanlah kepada siapa saja dari kaum wanita yang eng-kau temui, bahawa taat kepada suami dan mengakui hak suami adalah menyamai yang demikian itu, dan amat sedikitlah di antara kamu yang mampu melaksana-kannya.” (HR al Bazzar)
Sekiranya dengan membantu suami
mencari nafkah buat keluarga adalah hak yang perlu ditunaikan bagi seorang
isteri yang taat. Maka lakukannya dengan bersungguh-sungguh.
Saya berdoa dengan sifat Adil
Allah dan Kasih sayangNya, Allah tidak memberi markah berasingan dalam
peperiksaan sebagai ibu, isteri, anak dan guru. Kerana dalam memenuhi semua
tuntutan itu, pasti tidak mahu tidak
punya kegagalan dan kelemahan. Semoga dengan Maha AdilNya Allah, markah keempat
posisi itu ditampung bersama menjadikan ianya total hambaNya yang cemerlang di
dunia dan akhirat.
Struggle !