Sahabat sejati..
Ikatan kasih sayang antara kita adalah akidah pada yang Satu
Kita bersama-sama tunduk dan sujud, dalam tahajjud
Meniti jalan perit menuju cita-cita yang abadi
Perjuangan yang sukar ini walaupun penat dan menyakitkan
Hati ini damai dan tenang
Hanya dengan memandang wajahmu, segala yang hitamkan sirna
Tangisanku diseka, bahuku dipeluk erat,
Tuhan telah kurniakan kebahagiaan dan kehebatan dalam persahabatan
Kita berjanji memilih Allah dan RasulNYa
Kita berjanji meletakkan jihad untuk perjuangan ini..
Sahabat sejatiku,
Menyusuri tika bersama, kita belajar erti memberi
Mengajar erti kasih dalam menerima
Belajar erti mendoakan
Mengajar erti menegakkan yang benar
Kita belajar erti memelihara maruah diri
Dan mengajar sayang dalam marah, kasih dalam teguran, rindu dalam berjauhan
Terima kasih Oh Tuhan..
Telah Kau kurniakan aku sahabat yang sejati
Yang sentiasa melihat dan memahami diri ini
Jatuh dan bangun bersama-sama
Yang bersamanya aku kuat
Sahabat ini tidak pernah curiga
Sahabat ini tidak pernah penat
Kerana tautan hati dan seisi jiwa aku dan dia dalam genggamanMu
Oh Tuhan,
Aku mohon kebaikan tika kami bersama
Aku mohon keredhaan tika kami berjauhan
Aku mohon doanya jika aku pergi dahulu
Aku mohon kasih sayangMu, dalam kasih-sayangnya.
Telah Kau temukan kami di dunia dalam kasih sayang
Maka izinkan Oh Tuhan, temukan kami di syurga nanti..