Sunday, August 23, 2009

MEDIA DAN DAKWAH

Bulan Ramadhan yang mulia ini boleh pula disemakkan dengan berita-berita berkaitan rumah tangga. Harian Metro adalah antara surat khabar yang selalu memaparkan kisah-kisah untuk diteladani.

Kartika tak akan ”saman”

Media memainkan peranan yang amat penting dewasa ini sebagai medium penyampaian realiti negara. Malah sikap, budaya dan keadaan semasa di ekspresikan melalui media. Malangnya, saya merasa bosan berhadapan dengan paparan melampau sehingga membentuk pemikiran tidak sihat kepada pembaca.

Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32 yang ditahan dan dikenakan hukuman sebat maksimum 6 sebatan dan denda RM5,000 atas kesalahan meminum arak di sebuah hotel Cherating Kuantan pada 11 Julai 2008 oleh mahkamah syariah.

Mengapa media lebih menonjolkan soal simpati kepada pesalah berbanding, betapa beratnya seksa minum arak pada penilaian Islam. Nah, inilah kesilapan yang paling besar apabila akhbar sebagai medium penyampai masyarakat gagal memberitahu bahawa ”Hukum meminum arak bagi seorang MUSLIM adalah HARAM”

Dosa Pada Suami

Kali kedua selepas semalam membaca topik yang dipanjangkan berkenaan dua orang wanita yang menyesal menggunakan susuk untuk tujuan kecantikan juga untuk tujuan supaya suami sayang sebenarnya adalah realiti keadaan masyarakat yang masih percaya pada bomoh dan jampi serapah untuk mendapat kebahagiaan DUNIA. Malah, sihir ini sejak zaman kenabian memang popular.

Istighfar membaca sehingga bertanya saya pada diri, masih ada lagi kejadian sebegini abad moden lagi sekular. Bagaimana hendak keluar jika masih tidak percaya pada khasiat ayat-ayat al-Quran dan pemantapan jati diri seorang MUSLIM.

Cinta Sempurna

Disajikan dengan drama televisyen ini di astro oasis, menunjukkan realiti juga, yang skrip asalnya ditulis oleh Ustaz Hasrizal . Realiti berapa sukarnya dakwah hari ini. Berhadapan dengan muslim yang bertanyakan soalan seperti orientalis Barat. Media adalah platform dakwah yang paling ampuh. Jika anda orang media, fokuskanlah dakwah penerangan anda dengan panduan sebenar.

Ada lima cabaran pendakwah yang telah dikupas oleh Fathi Yakan dalam kitab yang dikarangnya ” Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Penda’wah”:

1. Orang Mu’min Yang Dengki Kepadanya

2. Orang Munafiq yang benci kepadanya

3. Orang Kafir yang memeranginya

4. Syaitan yang menyesatkan

5. Nafsu yang merangsangkan

Cabaran kehidupan sementara, semoga muhasabah dan kebimbangan ini berasas.

Sunday, August 16, 2009

PEMBENTANGAN MASISNA :FEMINA

MASISNA

MAKLUMAT PEMBENTANGAN:

TARIKH : 9 JUN 2009

TEMPAT : MINES, SERI KEMBANGAN

MESYUARAT : MAJLIS PERUNDINGAN

PELAJAR KEBANGSAAN

PEMBENTANG KERTAS KERJA : SHAH RIZUL AYUNI ZULKIPLY(Setiausaha MPMUM)

MAJLIS MAHASISWI NASIONAL(MASISNA)

PLATFORM KEANGGOTAAN SELURUH MAHASISWI KAMPUS DIWAKILI OLEH PIMPINAN MAHASISWI MPP UNIVERSITI IPTA/S, PERSATUAN KEAGAMAAN.

DI LETAKKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT.

MENYUMBANG KEPADA RAKYAT :

i. Bantuan kajian/penyelidikan/data

ii. Sukarelawan program

iii. Mobilasi tenaga untuk tujuan kebajikan

iv. Penglibatan aktif dalam NGO

v. Agen penerangan

PERANCANGAN MASISNA DIPERINGKAT MPMUM

1. STATUS MASISNA diperingkat KPWKM

• Cadangan meletakkan MASISNA di bawah KPWKM adalah kerana Majlis Perwakilan Pelajar seluruh kampus adalah bersifat sementara, perlantikan setiap sesi berubah. Oleh yang demikian MASISNA adalah platform tetap dan mempunyai kelangsungan mampu bergerak walaupun sesi perwakilan bertukar.

• Status MASISNA daripada KPWKM selepas diluluskan dalam mesyuarat bersama YAB Timbalan Perdana Menteri(pengerusi).

• Makluman kepada YB Senator Dato’ Seri berkenaan MASISNA.

2. Y.B Senator Dato’ Seri sebagai TUNJANG UTAMA MASISNA.

3. PENASIHAT MASISNA daripada KPWKM.

• Wajar mempunyai panel penasihat daripada pihak KPWKM supaya gerak kerja/aktiviti MASISNA dipandu dengan baik.

• Rujukan kepada pimpinan mahasiswi untuk sebarang urusan bersama pihak KPWKM.

4. DANA untuk AKTIVITI/GERAK KERJA yang dirancang oleh MASISNA.

• DANA berdasarkan KERTAS KERJA PROGRAM/Aktiviti melibatkan wakil IPTA/IPTS

• Perancangan aktiviti sesi 2008/2009, pelancaran MASISNA secara rasmi ketika FESTIVAL MAHASISWI UNIVERSITI MALAYA 2009.

5. FEMINA 2009 anjuran MPMUM.

• Permohonan YB Senator Dato’ Seri sebagai Penaung.

• Tarikh : 9 hingga 11 Oktober 2009

• Tempat : Universiti Malaya

• Sasaran minimun 500 orang mahasiswa/i IPTA/S.

• Fokus : “Life Planning”

• Tema : “Shaping A Meaningful Life”

• Objektif :merangkumi dari sudut intelektual, kemahiran, perpaduan dan nilai moral.

• FEMINA ’09 mendukung tanggungjawab dalam melahirkan individu yang terdiri daripada mahasiswa/i seluruh negara yang

i. Memiliki rasa sedar dan cakna kepada realiti semasa.

ii. Menekankan kepentingan merancang kehidupan pada masa hadapan seterusnya membantu negara terus mencapai kemajuan sejajar dengan seruan kerajaan.

Target Projek : Resolusi PERTAMA MASISNA 2008/2009

KUFUR NIKMAT!


Mengapa orang Islam selalu mungkiri masa ? Kenapa kalau mesyuarat dengan non muslim, muslim hadir lambat kadang hampir satu jam lewat ?! Adakah ini akhlak yang dianjurkan Islam? Sedang Allah sangat murka dan membenci hambaNYA yang mensia-siakan masa, malah Allah Subhanahu wa ta’ala telah bersumpah di permulaan Al-Quran dalam beberapa surah menerangkan kepada manusia betapa bernilainya masa dan kesan-kesan peredaran masa.

Demi malam apabila menutupi (cahaya siang), dan siang apabila terang –benderang (surah al-lail:ayat 1-2)

Demi Fajar, dan malam yang sepuluh (surah al-fajr:ayat 1-2)

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian! ( surah al-’asr: ayat 1-2)

Allahuakbar. Betapa pentingnya masa. Saya juga kadang leka dan lalai dengan nafsu sehingga terlalu banyak masa dibazirkan dengan perkara yang langsung tiada faedah untuk islam. Hakikat kepantasan peredaran masa membuatkan manusia merasakan dunia hanyalah impian ? Anda tahu mengapa ?

Seolah-olah di hari mahsyar kelak mereka baru dapat rasakan hidup di dunia, lama masanya hanyalah di antara semalam atau sehari semalam ( surah Al- Nazi’at: ayat 46)

Saya tersedar betapa pentingnya masa muda ini diisi dengan ilmu dan perlunya berkejar-kejar kearah kebaikan. Betapa pentingnya dakwah dan pengurusan masa, malah Islam menuntut setiap individu muslim mempunyai jadual harian. Sesungguhnya, beruntunglah bagi manusia yang mempunyai ‘aqal.

Saya adalah insan yang tidak boleh tahan sabar jika menunggu ! Kerana saya paling tidak suka menunggu, tambahan jika melibatkan komitmen pihak lain. Namun kadang kala tidak terlepas juga menjadi manusia pembazir masa yang terancang.

Menjadi pencinta masa bukan sahaja memerlukan komitmen, namun menuntut kefahaman secara mengakar kerana ia juga merupakan salah satu cabang akhlak yang didasari akidah. Mengapa kita boleh hebat bercakap soal kepimpinan, hukum Islam, kebajikan dan ketidakadilan terhadap wanita namun soal menepati waktu kita gagal ?

Saya mencabar diri sendiri supaya amalkan asas tuntutan agama. Berubah dan istiqamah.

Sabda Rasulullah S.A.W :

“ Sungguh ajaib situasi orang mukmin! Sesungguhnya semua pekerjaannya itu baik. Kebaikan ini tidak diperoleh oleh sesiapapun, kecuali hanya untuk orang mukmin sahaja. Iaitu jika dia memperolehi nikmat dia bersyukur, maka adalah suatu kebaikan dari dirinya. Dan jika dia mengalami kesusahan, dia bersabar, maka adalah kebaikan juga buat dirinya.”

Maha hebat Allah menjaga mukmin. Pada solat lima waktu yang membersih diri daripada kekotoran, qailullah dan qiamullail, bulan-bulan yang dijanjikan penuh barakah dan pertukaran siang dan malam. Subhanallah, semuanya telah disusun.

Saya menyeru kepada setiap jiwa muslim untuk sama-sama berubah dan menghayati detik kehidupan yang singkat. Sungguh Allah telah rakamkan dalam ayat suciNya betapa manusia dipenghujung nyawa dan diakhirat akan menyesal atas masa di dunia yang sia-sia. Allahuakbar !