Thursday, October 16, 2008

PIDATO atau PENGUCAPAN AWAM ?



Salam harapan dan perubahan…

Semoga kita semua diberi rahmat dan keberkatan ilmu dalam amalan seharian sebagai hamba..

Baru-baru ini saya berpeluang menghadiri bengkel pidato yang disampaikan oleh seorang guru yang hebat. Bengkel ini merupakan bengkel anjuran Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya(PBMUM).

Bercerita tentang Cikgu Hafezi, kagumnya saya pada beliau adalah kerana kepetahan beliau dalam pidato, dan rasa bertuah kerana beliau merupakan anak murid kepada Dato’ Syed Ahmad Syed Shamsuddin al-Saggof, penerima Sandang Citra Ageng Pidato Nusantara Dunia) yang mana Dato’ Syed Ahmad ini merupakan anak murid kepada guru yang juga dahulunya pernah mendidik Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) berpidato.

Baiklah..

Hari ini cukup saya berkongsi tentang perbezaan pidato dan Pengucapan Awam(PA) atau bahasa Inggerisnya PUBLIC SPEAKING terlebih dahulu. Memudahkan bicara :

- Pidato adalah warisan bangsa dan budaya nusantara (warisan nenek moyang kita) manakala PA pula berasal dari barat (warisan nenek moyang omputih)

- Pidato merupakan sejenis seni meluahkan kebijaksanaa (ilmu dan seni berfikir) yang menggunakan seni bahasa indah, untuk menambat , memukau, menarik dan mempengaruhi audiens.

- Manakala PA adalah lebih menjurus kepada teknik dan cara penyampaian.

Secara kesimpulan PA ini adalah merupakan SUB kepada pidato itu sendiri.

Kita lihat contoh mudah, ketepikan isu politikus nasional atau isu parti. Saya ingin membawa anda melihat kehebatan DSAI yang bijak berkata-kata sehinggakan setiap ceramah beliau pasti dihadiri hampir puluh ribuan audiens. Hebat bukan ? Antara sebabnya adalah kerana beliau hebat berpidato.

Rasulullah S.A.W adalah pakar pemidato terhebat dunia. Hebatnya pidato baginda sehingga mampu menyentuh setiap roh pejuang Badar, hebatnya pidato baginda sehingga Islam dahulunya menguasai dan tersebar hampir kepelosok dunia, dan sehingga hari ini ajaran Baginda tentang Wahyu keTuhanan segar dihati-hati hambaNYa. Allahuakbar !!

Semoga daripada 2 contoh di atas kita dapat memahami sedikit sebanyak aplikasi pidato dalam kehidupan.

” Kalimah yang baik adalah seperti pokok yang baik, akarnya yang teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit.” ( Ibrahim:24)

” Dan demi sesungguhnya Kami sampaikan kata-kata Kami kepada mereka supaya mereka beroleh peringatan lalu beriman.” ( Al-Qasas:51)

Dan 2 lagi dalil di atas kita jadikan sebagai semangat untuk mula belajar berpidato. Jika mahu berdakwah, atau berucap atas pentas, ataupun sekecil-kecil membuat pembentangan dalam kelas, dan diselami dengan seni kemahiran ikhlas ini, pasti setiap dari butiran kata-kata kita akan memberi kesan yang mendalam pada hati-hati yang mendengar.


Perkataan kalimah yang baik, dan sampaikan kata-kata bagi dua surah di atas memberi penekanan terhadap pentingnya cara komunikasi yang berhikmah dan berkesan untuk setiap khalifah di muka bumi ALLAH ini.

Pidato juga penting untuk PENDIDIK seperti saya !

PENCARIAN UNKNOWN sudah berada di peringkat TERAKHIR…

Assalamualaikum !!

Aku cintai hari-hari ku dalam makmal kimia ini..
Setiap hari Selasa, 7 jam dalam makmal kimia ( 10 pagi hingga 5 petang)
Minggu depan adalah minggu terakhir..(Huuuuu..sedihnya)
Hehe...

Pembongkaran siapa unknown telah hampir ke penghujungnya..

Dan minggu hadapan merupakan peluang terakhirku untuk mencari siapakah sebenarnya unknown ini seterusnya akan mendedahkan formula kimianya....

Fuhh...

Nak tau...eksperimen minggu ini telah menyangkal unknown yang ku katakan sebagai asik karboksilik... Unknown bukan asid karboksilik !!! Apa ?? Bukan ??

Ya...Itulah realitinya..

Segalanya terbongkar apabila aku buat analisa terhadap bacaan IR, NMR dan UV yang merupakan kaedah untuk mengetahui kumpulan berfungsi untuk unknown dan diberikan keutaman dalam pengesahan berbanding ujian-ujian biasa.

Oh.. Sehingga aku lakukan Brady’s Test, Tollent’ Test dan Schiff’ Test untuk meneliti semula..

Dan akhirnya..sehingga jam 4.30 petang. Aku mencari takat lebur unknown kesayanganku ini... Rupa-rupanya unknownku berkemungkinan besar.. Berkeyakinan 88% adalah sejenis ketone !!!

How sweet..

Ketone dan karboksilik asid dibezakan dengan kumpulan OH. Kedua-duanya ada kumpulan karbonil C=O. Dan bacaan lengkungan pada IR menunjukkan tiada kumpulan berfungsi OH yang lebar...

Bermula daripada ketika itu..Aku mula mengubah persepsiku..

Terlalu banyak hikmah yang aku peroleh daripada eksperimen ini..Pencarian ini bukan sekadar pencarian..Bagi diriku ia lebih dari itu..

Ibarat mencari diri dengan Tuhan..Alhamdulillah..

Ingin tahu siapakah unknown yang sebenarnya ?

Bersabar ya..(^_^)

Saturday, October 11, 2008

Mengenali siapa.. UNKNOWN ??

Apa istimewanya dia sehingga perlu menulis artikel sampai begini rupa..

Bentuk rupa keras, sukar dieerti malah mempunyai bau yang sangat teruk..

Cepat panas dan mudah memberi respon.. Jika dilihat kepada semua sifat-sifat yang ada, sudah tentu anda beranggapan unknown ini sangat teruk dan pelik, malah mungkin ada yang akan membencinya...

Aku kini sedang berhadapan dengan unknown, malah sehingga hari ini aku masih tidak beupaya mengenali dan memahami dirinya. Penat dan pening setiap hari selasa apabila ujian-ujian yang dilakukan semata-mata untuk mengenali dirinya kadang-kala menemui jalan buntu.

Hati sering tertanya-tanya, dan belajar untuk menduga malah berharap suatu masa nanti ALLAH memberi kesempatan untuk mengetahui siapakah dirinya yang sebenar.

Siapakah unknown ?

Hehe..Yang pasti dia bukan manusia. Unknown adalah sejenis compound yang boleh didapati dalam batuan mineral. Aku kini sedang mengambil kertas Kimia Organik tahap 2, di mana mula bermain dengan eksperimen untuk mengenali apakah formula kimia dan persamaan satu compound yang tidak dikenali.

Setakat ini aku telah melakukan beberapa ujian pengesahan,

Satu kesilapan apabila menduga komposisi solid tidak mengeluarkan bau yang teruk, kerana unknown baunya sangat menyengat. Mula-mula, kawan sebelah meja minta tolong aku untuk kenal pasti bau solution unknownnya, mujurlah baunya tidak sekuat mana, lalu ku cuba suakan solid unknownku kehidung, terus hidung terasa pedih yang teramat.

Silapku juga kerana bahan kimia tidak boleh terus didekatkan ke hidung.

Ujian pemanasan, dan ujian halogen memberi keputusan negatif yang mana kemungkinan besar unknown adalah aliphatic compound. Apabila ujian keterlarutan dilakukan, sinar baru muncul apabila unknown memberi respon positif pada ujian keterlarutan dengan asid nitric 5% dan asid sulfurik pekat.

Pengendalian asid pekat perlulah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia boleh menghakis kulit, bermula dengan rasa gatal dan kemudian kulit mula menjadi kemerah-merahan dan boleh tertanggal.

Dan diakhir eksperimen aku mendapati unknown adalah sejenis asid karboksilik. Gembira tidak terkata dan apabila aku tunjukkan keputusanku kepada pensyarahku, beliau memberi positive feedback, tanda ujian yang kulakukan berada di jalan yang benar.

Siapakah unknown yang sebenar-benarnya ? Kita tunggu dan lihat...